Edited by spiderman80 at 19-4-2018 10:18 PM
KUALA LUMPUR: Seorang penumpang wanita pengsan dan terjatuh ke trek di stesen LRT Damai pada pagi Khamis. Rapid KL menerusi akaun Twitternya @MyRapidKL memberitahu, wanita itu diselamatkan dan diberi bantuan perubatan susulan kejadian itu pada pukul 7.46 pagi. Kejadian tersebut menjejaskan perkhidmatan LRT, sekali gus mengakibatkan penumpang terkandas. KJ Line Update: Referring to cause of delay at Damai earlier, a passenger fainted and had fallen onto the track. Passenger was rescued and currently receiving medical assistance. Further updates to be provided soon. — RapidKL 03-78852585 (@MyRapidKL) [color=rgb(0, 51, 153) !important]April 19, 2018
"Stesen Damai ditutup untuk keselamatan ketika ini. Tren akan beroperasi secara berselang-seli. Kami akan menyediakan bas untuk membawa penumpang. "Kami menghantar tren-tren ke KL Sentral dan Setiawangsa untuk memudahkan orang ramai," menurut RapidKL.
|