"ada awalnya, kami ditunjukkan video lawak jenaka.
Tapi tidak lama selepas itu, kami ditunjukkan pula
video adegan orang dewasa telanjang."
Pelajar sekolah rendah di daerah Glagah, Banyuwangi, Jawa Timur, mendakwa dipaksa untuk menonton klip video lucah oleh guru subjek Pendidikan Jasmani mereka, lapor Detik News seperti dipetik Sinar Online.
Gambar Hiasan
Foto: The Express Tribune
Menurut laporan, guru berusia 57 tahun itu melakukan perbuatan keji berkenaan setiap kali mengendalikan kelas Pendidikan Jasmani.
Lebih mengejutkan, ia bukan kali pertama suspek melakukannya.
"Maklumat yang kami terima, guru itu sering menyasarkan murid tahun satu dan tahun empat di sekolah tempatnya mengajar.
"Tidak kira pelajar lelaki mahupun perempuan, mereka dipaksa menonton video lucah," kata polis. - CARI |