"Bagai melepaskan anjing yang tersepit, sudah dilepaskan menggigit pula."
Itulah peribahasa paling sesuai ditujukan bagi segelintir masyarakat yang tidak tahu berterima kasih dan menghargai bantuan diberi.
Semalam, pengguna Facebook Md Yusof Hj Yahya memuat naik sebuah video memaparkan dua kanak-kanak membuat onar di sebuah unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Hiliran Ampang.
Berdasarkan posting itu, Yusof mendakwa lif berkenaan baru sahaja diganti dengan yang baharu sebelum skrin LEDnya ditumbuk salah seorang hingga pecah.
Perkongsian itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang menyifatkan tindakan mereka sebagai tidak reti beryukur hingga mengharapkan mereka sekeluarga dihalau dari PPR berkenaan.
Mentaliti kelas bawahan!
"Ingat barang tu turun dari langit ke?
"erangai macam kera dapat bunga," komen netizen.
Dalam masa sama, segelintir netizen menyalahkan ibu bapa mereka yang kurang memberi didikan.
Anak kelahiran pasangan WeChat
"Betul-betul ibu bapa dia simpan sikit kebodohan untuk anak cucu, dan inilah hasilnya," tulis netizen.
Bagaimanapun, Yusof mendakwa ada pihak menghubunginya dan meminta supaya posting berkenaan dipada jika tidak mahu disaman.
Ada bukti CCTV lah!
"Tujuan posting ini bukan untuk ditularkan dan mengaibkan sesiapa memandangkan segelintir masyarakat tidak reti cara hidup bermasyarakat," tulis Yusof.
Foto: FB Md Yusof Hj Yahya
Hidup bermasyarakat ibarat cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga. Kalau pelaku dan keluarganya sahaja yang susah, tidak mengapa. Ini tidak, habis semua penduduk blok berkenaan terjejas sama. - CARI |