View: 1531|Reply: 10
|
Peniaga Durian Rugi RM2,700 Selepas Dipukau
[Copy link]
|
|
Malang nasib seorang peniaga durian apabila dia dipercayai dipukau hingga mengalami kerugian sebanyak RM2,700.
Sinar Online melaporkan, mangsa dikenali sebagai Ahmad, 55, dipukau pasangan warga asing yang kononnya mahu membeli durian di gerainya kira-kira jam 3 petang di Taman Samudera, Seri Manjung semalam.
Gambar Hiasan
“Ketika itu saya seorang diri dan baru sahaja buka gerai sebelum didatangi seorang lelaki dan wanita yang dipercayai suami isteri warga Pakistan berusia lingkungan 50an.
“Pasangan itu mahu membeli durian dan menyuruh saya menimbang buah berkenaan bagi menentukan harga,” katanya.
Ketika diberitahu durian berkenaan berharga RM22, suspek menghulurkan wang bernilai RM100 kepadanya dan menghampiri mangsa ketika mahu memulangkan baki wang.
Manakala, wanita itu pula meminta wang RM50 jenis lama dan menunjukkan contoh wang yang dimahukan.
Apabila diberitahu tidak memiliki jenis wang dimahukan, suspek cuba merampas beg pinggang mangsa.
“Dia menyuruh saya periksa di dalam beg pinggang yang saya pakai dan ketika itu juga lelaki berkenaan cuba memegang beg namun saya berjaya menepis,” katanya.
Ketika cuba mencari wang yang dimahukan pasangan itu, suspek lelaki tiba-tiba merampas wangnya dengan alasan mahu mencari wang RM50 jenis lama.
“Saya marah lelaki itu dan merampas semula wang berkenaan.
"Selepas empat kali mencari barulah wang yang dimahukan pasangan itu ditemui dan saya menyimpan semula wang ke dalam poket setelah memulangkan baki pasangan itu,” katanya.
Ahmad kemudian memeriksa wangnya selepas berasa tidak sedap hati dan berasa lega apabila mendapati ia bukan wang palsu.
“Namun, saya perasan wang di dalam beg pinggang agak nipis kerana saya membawa wang sebanyak RM8,200 di dalam beg berkenaan untuk membayar duit bekalan buah serta beberapa urusan lain.
“Saya mengira kembali duit itu beberapa kali dan mencarinya di tempat lain namun wang itu sudah berkurangan sebanyak RM2,700.
“Saya juga sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk tindakan lanjut,” katanya.
Foto: Sinar Online
Difahamkan, terdapat beberapa orang lagi menjadi mangsa pasangan terbabit. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
cm tu dipukau ke..siap bleh tempis2 bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn selalu kena pukau patut tak ingat ke... ni pnjg plak cite dia. |
|
|
|
|
|
|
|
jahatnya... harap tangkap denda hantar balik dan ban muka derang dari masuk mesia... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau macam tu bukan kena pukau ni dah kena rompak. |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya pakcik ni claim kena samun. Siap main rampas rampas beg lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian, susah nak untung ribu ribu |
|
|
|
|
|
|
|
kena pasang cctv walaupun hamya gerai tepi jalan |
|
|
|
|
|
|
|
klu duit berkepuk. knala bdua ..walaupn lelaki |
|
|
|
|
|
|
|
usaha sendiri malas
nak pukau pukau org la
nak rompak rompak org rajin pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Di Malaysia ni sebenarnya jauh ketinggalan bab mobile payment. Di China orang boleh beli barang dan bayar perkhidmatan dengan scan QR code sahaja jadi tak perlu bawa banyak cash di tangan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|