CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1629|Reply: 18

[Tempatan] Penduduk tak puas hati 'orang BN' hadir hari sukan sekolah

  [Copy link]
Post time 20-4-2018 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk tak puas hati 'orang BN' hadir hari sukan sekolah

https://www.malaysiakini.com/news/420694

Siti Rafiah Tahir  |  Diterbitkan 20 Apr 2018, 10:00 pagi  |  Dikemaskini 20 Apr 2018, 9:59 pagi



PRU14 | Ahli kumpulan Facebook Kota Kemuning telah menyatakan rasa tidak senang mereka ekoran kehadiran seorang lelaki anggota parti BN di Sekolah Sukan Bukit Rimau semalam.

Seorang anggota kumpulan memuatnaik gambar yang memaparkan anggota parti Gerakan, Jordan Tiew Hock Huat beramah mesra dengan ibu bapa, memakai baju warna parti dan didakwa berkempen untuk BN.

Hantaran itu menarik sejumlah besar komen negatif, yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan politik kepartian di sekolah.

Seorang saksi Feizrul Nor memberitahu Malaysiakini, dia pada mulanya beranggapan Tiew ialah wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ketika Tiew memberi ucapan yang terakhir.


Bagaimanapun, Tiew didakwa menemui hadirin serta berjabat tangan dengan ibu bapa dan menyerahkan kad nama beliau.

Logo BN jelas dicetak pada kad itu dan juga pada baju yang dipakai oleh seorang wanita yang menemaninya.

"Saya juga mendengar Tiew secara jelas meminta ibu bapa untuk mengundi BN," dakwa Feizrul.

Seorang lagi penduduk Kota Kemuning, Steve Low, yang menghubungi Malaysiakini untuk membuat aduan mengenai kejadian tersebut, berkata sekolah bukan tempat untuk menyebarkan bahan kempen parti politik.


'Buatlah teladan yang baik'

"Dia harus memberikan teladan yang baik untuk kanak-kanak dengan mengikuti peraturan," kata Low.

Semasa dihubungi, guru besar sekolah Fauzanah Sharif menafikan dakwaan Tiew berkempen di sekolah.

"Dia telah dijemput ke sekolah kami untuk menyampaikan ucapan pembukaan, dia tidak datang ke sekolah kami untuk berkempen. Malah, tidak ada retorik politik dalam ucapannya," katanya.

Guru besar itu menjelaskan sekolah itu telah menjemput Tiew sempena hari sukannya.


Dijemput sebagai penyelaras BN
Apabila dihubungi, Tiew berkata beliau dijemput ke sekolah atas kedudukannya sebagai penyelaras BN bagi kawasan Kota Kemuning (secara rasmi Sri Muda) dan tugasnya untuk menyampaikan ucapan.

"Saya tidak berkempen, saya hanya dijemput memberi ucapan pembukaan untuk hari sukan.

"Kami telah melawat banyak sekolah sebelum ini dan kami sedar akan peraturan tersebut," katanya.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan nama calon BN Kota Kemuning ketika berita ini ditulis.

Penyandang ADUN Sri Muda yang hadir ialah Shuhaimi Shafiei. Pada PRU13, beliau menang 63.7 peratus undi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2018 12:28 PM | Show all posts
orang nak bersukan la bukan berparti.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Terdesak nya. ...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 12:51 PM | Show all posts
dia memang tak dijemput untuk berkempen, tapi klu dah dia mula bagi ucapan dan start selit untuk kempen, boleh ker cikgu cikgi nak stopkan dia???????

parents bukan x suka dia, tapi klu betul dia bersifat neutral dan takder niat nak berkempen, apa perlunya ko dtg sekolah pakai baju melambangkan parti siap bawak namecard lambang parti dan ada pembantu setia dengan uniform parti??????

knowing kawasan Kota Kemuning, Sri Muda, Jalan Kebun nih bukan lar tpt parti biru tua tuh, so perlu apa panggil mamat nih bagi ucapan????


Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sekarang kan musim pilihanraya... nak tunggu bila berkempen nya... selalu je org berucap selitkan fahaman politik waktu ucapan... ai tak kisah sngt... cuma jgn over sngt...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 01:32 PM | Show all posts
sepatutnya baling taik je orang macam ni

orang sibuk bersukan dia sibuk kempen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2018 01:39 PM | Show all posts
Hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Allo apekk..lu kasi namecard ka lu kasi speech ka serupa mcm lu simbah air ke daun keladi..situ bukan area BN..sia2 je usaha lu..undi tak dpt, kecaman yg dpt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2018 02:05 PM | Show all posts
wow..desperate much. tapi x patut sampai nak langgar hari sukan sekolah camnie.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 03:10 PM | Show all posts
kalau aku tak layan der.....buat muka ketat je
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan sampai one day org pandang be end ni sebelah mata je.. kecik besar kecik besar. Hahha.. asal sebut be end org menyirap... that day will come. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 03:45 PM | Show all posts
sampai event kat skola pun nak kacau..hamlau betul lah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampah nya kau, dgan budak sekolah pon berkempen bagai. Sampah!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 10:01 AM | Show all posts
apa la korang ni
dia mesti turun nak bagi semangat kat pasukan  Rumah Biru
itu pon nak kecoh naw..naw
mesti Rumah Kuning, Rumah Merah & Rumah Hijau jeles smpi gi report
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2018 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Politik pon sukan gak...depa banyak 'berlumba' tuk memenangi hati pengundi..seterusnya 'mengalahkan' pihak lawan dgn jaringan...eh undilah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2018 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap bagi business card lagi nak kate bukan kempen. Sembang je la ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2018 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun xsuka pokitik kat sek..menanamkan rs kepartian kat sekolah..budak2 mengejek2 padahal depa bkn tau mn betul mn salah pun.tp benda ni xblh elak..kt tmpat aku skrg pun byk acara buat kat sek.menteri/vip dtg rasmi dan akan bckp bab politik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2018 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Jordan tu English name dia ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2018 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan tak tau.. depa mmg tgh actively seeking to be invited dalam event2 corporate jua.

Pastu kalo dah invite kang terus dihijack nye majlis orang sesukati utk release statement politik to media

Lebih tak malu pun ada, siap dtg ke office mintak donation..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.081123 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list