CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1389|Reply: 12

[Politik] PAS duit banyak, tak macam dulu - Mat Sabu

[Copy link]
Post time 20-4-2018 03:37 PM | Show all posts |Read mode



Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu menganggap pengakuan seorang pemimpin PAS bahawa parti itu menerima RM2.5 juta sudah cukup untuk mendorong siasatan dibuat mengenainya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengakuan Anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Zuhdi Marzuki semalam bahawa parti itu memang menerima dana berkenaan.

Mat Sabu berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan bekas pengarah biro pilihan raya AMANAH Selangor, Jaafar Samsudin yang kembali menyertai parti itu selepas dua hari meninggalkannya.

Isu dana RM2.5 juta itu mula dibangkitkan bekas naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa sejumlah RM1.5 juta didepositkan ke pejabat PAS pusat dan tiga pemimpin PAS Terengganu menerima RM1 juta.

Penyandang anggota parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan dari mana dana itu itu diperoleh.

Mahfuz berkata PAS yang berhasrat bertanding di lebih 160 kerusi parlimen memerlukan sekurang-kurangnya RM2.4 juta untuk menampung wang deposit dan bahan kempen.

Susulan itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS memperoleh dana bukan sahaja daripada anggota parti, malah sumbangan daripada orang luar atau sumber lain yang halal.

Bercakap dalam satu forum semalam, Zuhdi mengulangi kenyataan PAS bahawa dasar parti itu terbuka menerima sumbangan daripada sesiapa sahaja termasuk di kalangan individu.

Bagaimanapun beliau tetap menafikan sumbangan RM2.5 juta yang diterima parti itu diperoleh daripada Umno.




Read more at https://www.kinitv.com/video/59584O74#Lcd6bASZGQ76yWq4.99

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2018 03:53 PM | Show all posts
ala..derma je tu..
derma kn xpe..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 03:55 PM | Show all posts
kan.. derma tu takpe... boleh terima...
lagi pun tak cukup 4 saksi mana leh tuduh mcm tu jer...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
hahaha abam mat sabu pelakon terbaik jeles yer...pooooorah duit dap tak mahu cerita
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 02:45 PM | Show all posts
Ostad Mat Sabu ni kaa?? 10 cakap 1 jaa buleh dengaq

Dia mula2 gelar "el-juburreee" pastu pelok cium ngn "eliwat Tegar" ... dia gelar macam2 kat Tun Det .. Bapak Pelingkup Negara la apa laa.. laa nii... "elingkup Negara" yang diangkat untuk "Selamatkan Malaysia" ... serupa suruh tikus betulkan labu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada bc sajak mat sabu ttg kesetiaannya pada Pas.tgk dia skrg..sedehhhhhhh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2018 09:39 PM | Show all posts
betul tu... dulu mat sabu ni yang bagi gelaran AL-JUBOORI.  dan kami semua percaya sampai sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 09:40 PM | Show all posts
pakatan huru hara...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2018 10:00 PM | Show all posts
Bila bertanding sikit kau kata camana nak tawan Putrajaya. Bila bertanding banyak kau persoalkan mana dapat duit. Nak serang UMNO dah kering idea sbb Mahathir dan join PH. Kalau tak memang terpekik2 kau cakap Pelingkup Negara, Kepala perompak la. Mat mat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Shukorrrr tak payah dah tadah tin milo
Lobai sudah advance, tunggu derma juta2 dlm akaun bank dr sorang dua penderma pemurah dah cukup dah skrg
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 10:23 PM | Show all posts
teringat sebelum sebelum ni, setiap kali ceramah PAS, tabung derma akan di edarkan, merayu lah penceramah mintak derma, jihad katanya... tapi sekarang ni dah tak perlu kot sampai macam tu..lagi pun tengok pemimpin pemimpin PAS ramai yang dah kaya raya, ada kereta merah, bunglow, boleh hadiah kat bini audi Q7 lagi..
nak pasang bendera pun bersusah payah kena cari buluh, panjat pokok tinggi tinggi, sekarang dah guna besi dan guna crane.. naik seiring dengan bendera BN pulak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 10:30 PM | Show all posts
alhamdulillah ramai dah penderma jota2 untuk PAS. banyak jer pusat tahfiz pas guna juta2 sekejap jer derma datang mencurah.

boleh buat banyak lagi sekolah2 islam dan tahfiz. pas buat tadika PASTI guna duit kutipan ahli. umno buat tadika KEMAS guna duit dari mana eh? pakatan nanti buat tadika juga ya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pas dah makin maju skrg. Dah pandai cari duit. Penderma pun makin konfiden nak letak duit sbb elemen DAP dah takde. Pis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.385865 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list