CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 836|Reply: 4

[Tempatan] 50 kios Starbucks di stesen Petronas terpilih

[Copy link]
Post time 20-4-2018 05:32 PM | Show all posts |Read mode
50 kios Starbucks di stesen Petronas terpilih dalam setahun
Diterbitkan pada April 20, 2018 15:10 MYT

KUALA LUMPUR: Berita baik untuk peminat kopi Starbucks. Sekurang-kurangnya 50 kios Starbucks akan dibuka dalam setahun di stesen Petronas terpilih seluruh negara.

Pelanggan Starbucks di stesen Petronas terpilih itu juga berpeluang menikmati menu baru yang ditawarkan secara eksklusif di kios berkenaan, 'Starbucks Espresso Kaw Kaw'.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Dagangan Berhad (PDB) Datuk Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus berkata: "Starbucks telah lama menjadi rakan niaga kami. Hari ini, kami bekerjasama untuk memanfaatkan lagi kelebihan masing-masing, dengan komitmen serupa untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan.
Kios Starbucks kini di Stesen Petronas Penchala Link (arah Damansara) dan beberapa lagi kios akan dibuka dalam beberapa bulan akan datang.

Sementara itu, CEO Berjaya Food Berhad dan Pengarah Urusan Starbucks Malaysia, Sydney Quays berkata Starbucks percaya kerjasama itu akan menambah nilai pengalaman pelanggan setiap kali mereka melawat kiosnya di stesen Petronas.

"Ia sentiasa menjadi matlamat di Starbucks untuk dapat membangunkan kerjasama berterusan dengan jenama dan syarikat yang hebat, dengan hubungan pelanggan dan nilai yang kukuh," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2018 05:50 PM | Show all posts
iolss bli time promo je..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Syiok la pepagi hadap setarbaks
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kat 7 Eleven pon ade kopi starbucks dlm botol. cantik botol die. sekali sekala beli ok lah
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
shell pun ada buat kopi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.079130 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list