CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 899|Reply: 8

[Tempatan] Wanita bertudung ini digelar ‘Wonder Woman’ kerana anak anjing

[Copy link]
Post time 21-4-2018 06:59 AM | Show all posts |Read mode
Wanita bertudung ini digelar ‘Wonder Woman’ kerana anak anjing
Diterbitkan: Jumaat, 20 April 2018 1:46 PM





PETALING JAYA: Apabila sebut tentang anjing terbiar, pasti ada antara orang awam yang berasa takut untuk mendekatinya kerana bimbang akan dikejar mahupun digigit oleh haiwan tersebut.

Namun, lain kisahnya dengan seorang wanita yang tiba-tiba menjadi berani sebaik sahaja mengetahui nyawa seekor anak anjing terancam selepas terjatuh ke dalam longkang di belakang rumah ibu mertuanya.

Sri Diana Tukidi, 36, berkata, perasaan takutnya tiba-tiba hilang dan tanpa berfikir panjang, dia terus turun ke longkang tersebut untuk menyelamatkan anak anjing yang sudah hanyut dibawa arus longkang akibat hujan lebat.

"Kebetulan ketika itu saya dan suami baru tiba di rumah mak mertua sewaktu saya terbaca perbualan dalam kumpulan Whatsapp keluarga mengenai kejadian tersebut.

"Saya terus berasa panik kerana bimbang tentang keselamatan anak anjing itu yang kelihatan sudah tercungap-cungap di dalam longkang," katanya kepada mStar Online.


Kejadian yang berlaku pada petang Isnin di sebuah kawasan perumahan di Nilai, Negeri Sembilan itu tular selepas suaminya, Zairul Annuar Mohd Zin, 40, memuat naik gambarnya menyelamatkan anak anjing berkenaan ke laman Facebook.

Rata-rata netizen berasa tersentuh dengan kemuliaan hati wanita tersebut yang lebih memikirkan tentang nyawa anjing tersebut berbanding pelbagai pandangan dan hukum memegang haiwan itu.

Seorang netizen, Ash Katek berkata: "Terima kasih kerana fikirkan keselamatan anjing itu daripada fikirkan haram memegangnya.

"Contoh terbaik utk umat Islam yang lain... dalam keadaan darurat macam ni, nyawa lebih penting," katanya.

Seorang lagi netizen, Kamala Selvam pula berkata, wanita itu memiliki sifat perikemanusiaan dan kehidupannya pasti akan diberkati sekiranya menyayangi semua hidupan tanpa mengira bangsa.


"Awak mempunyai nilai kemanusiaan. Awak dipuji. Jika awak mempunyai nilai kemanusiaan, tanpa mengira haiwan mahupun manusia atau bangsa, awak akan diberkati dan dihormati.

"Kekal bersatu sepanjang masa," tulis Kamala.

Dalam pada itu, Zairul Annuar berkata, dia dan ahli keluarga yang lain belum sempat menawarkan diri untuk menyelamatkan anak anjing itu tetapi isterinya bertindak terlalu pantas kerana sudah turun ke dalam longkang terlebih dulu.

"Setahu saya, dia takut dengan anak anjing tapi disebabkan rasa tanggungjawab mengalahkan rasa takut itu membuatkan dia secara spontan bertindak begitu.

"Timbul rasa bangga ketika melihat dia turun dan saya sempat berkata kepada anak untuk lihat 'Wonder Woman' buat kerja," ujar usahawan tersebut.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2018 07:48 AM | Show all posts
Kamu tengok aja lobai lobai satu malaysia tu macamana! Tengok aja si budak laba tu! Itu lah taraf pemikiran lobai lobai bodoh semua tu, nak ajak semua melayu jadi bodoh seperti mereka!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa melayu terlalu takut dengan anjing? Domesticated dogs are generally friendly, comel pun ada. They are very loyal to their owners (if owners take good care of them). Kalau stray dogs tak bertuan yg kelaparan tu logiklah nak takut. Btw, my respect to this lady. May allah bless her for her good deeds. Sayangi dan berbuat baik dengan makhluk allah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 10:22 AM | Show all posts
yang sebenarnya kita je yang dah di brainwash untuk geli kat anjing dan babi. padahal kita sendiri pun spesis jijik lagi teruk dari babi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 10:54 AM | Show all posts
yang somi pn, pesal la tak turun tolong?

si bini lak masuk longkang?

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 01:56 PM | Show all posts
Apb ada isu anjing,  maka berlomba2lah orang mengambil kesempatan   yg sedia ada untuk mengutuk dan mencerca.  Menyelamatkan satu nyawa binatang, jika tidak merbahaya  tak ape.  Anjing, sekalipun najis  bersertulah, maka akan terangkat najisnya dn kembali suci.  Begitu Allah permudahkan.  Muslimin menjauhi anjing kerana tak kuasa dgn najisnya, takut juga dgn gigitannya, gigitan yg merebakkan penyakit anjing gila.  Itu yg sebenarnya.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2018 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg najisnya anjing? Kalau najis kenapa tuhan ciptakan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 21-4-2018 02:02 PM
Apa yg najisnya anjing? Kalau najis kenapa tuhan ciptakan?

Entahnya. Dalam quran beberapa kali menceritakan kisah haiwan bernama anjing ini. Cuba kaji surah al-kahfi. Kucing pula tak pernah disebut. Bukan anjing sahaja pandai menggigit, kucing pun gigit orang juga, kalau bukan cakar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2018 08:35 PM | Show all posts
Saya yakin Sri Tukidi bukanlah melayu islam .. tetapi pseudo melayu yang berpura-pura menjadi melayu untuk menjatuhkan dan memburokan nama islam mata umatnya .....melayu sejati pasti tahu bahwa haram hukumnya memelihara atau merawat anjing ... hukuman berat menanti .. bukannya saja di dunia dari umat melayu tetapi juga di akhirat nanti ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.086698 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list