CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1042|Reply: 3

[Dunia] China biak 6 bilion lipas, pembiakan lipas terbesar dunia

[Copy link]
Post time 21-4-2018 07:04 AM | Show all posts |Read mode


BANGUNAN beberapa tingkat itu dipenuhi lorong sempit yang dipenuhi rak yang menempatkan air dan makanan.

Suasananya panas, gelap dan lembap sepanjang masa dari saat menetas, habitat ini tidak pernah dipenuhi cahaya.

Walaupun umpama penjara, situasi itu mampu meletakkan China sebagai negara yang memiliki premis pembiakan lipas terbesar dunia.

Angkanya mencecah enam bilion setahun.

Ia sebahagian proses pengeluaran untuk tujuan kesihatan dan ia menjadi pilihan jutaan rakyat negara itu, demikian menurut kerajaan China.

Banyak kemudahan pembiakan lipas di China termasuk di Xichang, selatan wilayah Sichuan di mana hasilnya untuk kegunaan kesihatan atau sumber protein untuk haiwan ternakan.

Premis pembiakan di Xichang yang dilengkapkan dengan sistem pengumpulan data menempatkan hampir 800,000 seranggan yang menjagi 'penghuni'.

Saintis tempatan dari Institut Zoologi, Profesor Zhu Chaodong berkata, tentunya menggerunkan jika berlaku kemalangan di premis ini.

Lebih-lebih lagi, premis itu terletak berdekatan dengan lapangan terbang Qingshan.

Berdasarkan laporan kerajaan, premis itu telah menghasilkan pendapatan mencecah 4.3 bilion yuan (AS$684 juta) setahun dengan mengeluarkan produk berbentuk cecair yang berasaskan lipas.

Lebih 40 juta pesakit bermasalah pernafasan, gastirk dan beberapa penyakit lain menggunakan produk berkenaan, malahan ia juga dijual di lebih 4,000 hospital seluruh China.
Setiap bungkusan produk itu mengandungan dua botol 100 mililiter berharga lebih 50 yuan (AS$8).-SCMP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2018 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Lipas?
Euw
What ure talking about?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam artikel lain diceritakan lipas ni digunakan utk perubatan tradisional, makanan haiwan dan kosmetik. Bila sebut kosmetik terus terbayang barang kosmetik di malaysia yang mana bahannya datang dari china.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
So euwwwwww.

Geli gelemam aku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.058637 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list