CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3649|Reply: 45

[Tempatan] Isu penangguhan pemilihan parti UMNO, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) KANTO

[Copy link]
Post time 21-4-2018 07:13 AM | Show all posts |Read mode
Berita
Lim: Umno ‘haram’ bermakna BN ‘haram’ dan tiada 'dacing'
Diterbitkan 20 Apr 2018, 6:37 petang
   

BN harus diisytiharkan sebagai pertubuhan haram, kerana salah satu parti utamanya, Umno, adalah juga organisasi haram, dakwa pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Lim berkata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) secara haram membenarkan Umno menangguhkan pemilihan parti itu yang dijadualkan selewat-lewatnya semalam, sehingga menjadikan parti itu haram hari ini.

"ROS tidak mempunyai kuasa sedemikian sama ada di bawah Perlembagaan Umno atau Akta Pertubuhan untuk memberi lanjutan seperti itu.

"Ini bermakna bahawa mulai hari ini, Umno menjadi parti politik haram. Ini juga bermakna BN telah menjadi gabungan politik yang tidak sah, sebagai salah satu parti komponennya telah menjadi parti politik haram.

"Ini bermakna bahawa dalam Pilihan Raya Umum ke-14, simbol 'dacing' BN tidak boleh digunakan, kerana 'dacing' juga menjadi haram," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ROS memberi Umno satu lanjutan masa untuk pemilihan parti itu dengan merujuk satu peruntukan yang membolehkan Majlis Teringgi melengahkan pemilihan selama 18 bulan.

Pengkritik, walau bagaimanapun, berkata, peruntukan berkenaan hanya sah boleh digunakan sekali, dan menyatakan bahawa parti itu telah melakukannya pada 2016. Kali terakhir, Umno mengadakan pemilihan parti adalah pada tahun 2013.


Sebelum ini, ROS memberi alasan masalah dengan status BERSATU antara sebab mengapa gabungan pembangkang Pakatan Harapan tidak dapat didaftarkan.

Walau bagaimanapun, tidak jelas sama ada pembatalan pendaftaran Umno akan memberi kesan yang sama kepada BN.

Pada tahun 2004, PBDS parti komponen BN juga dibatalkan pendaftaran, tetapi tanpa memberi sebarang kesan kepada gabungan pemerintah itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2018 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Umno xde masalah la..ros pn xde masalah..rilek2 sj
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
saya tak heran isu ini tiada kesan kpd Amno
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 08:36 AM | Show all posts
Ros udang
muka pun dekat2 sama
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Umno sdmua blh langgarlah...no hal lah...undang2 semua dlm kocek
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Umngok mmg parti haram bermasalah tpi cacai buta @tobby @whitemagic @kakmonaBN @Badawi @rashiman @akusukaq
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2018 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari fb Ab jalil Baker
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216204660569586&id=1244194023
UMNO TIDAK SAH? LOL!

1. Rais Yatim elok keluar sahaja dari UMNO, lebih tepat elok dipecat. Beliau sedang merosakkan UMNO dari dalam namun tiada sesiapa pun di Pejabat Perdana Menteri hendak bertindak? Mengapa beliau masih mengekalkan jawatan  Penasihat Perdana Menteri?

2. Hari ini beliau mempersoalkan legitimasi UMNO sebagai sebuah pertubuhan. Jika Rais Yatim hendak tahu kedudukan Pemilihan UMNO, beliau boleh sahaja menghubungi Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor untuk bertanya. Malangnya beliau memilih untuk mengkritik dan bertanya di media sosial.

3. Untuk pengetahuan Rais Yatim, Tengku Adnan telah pun beberapa kali memaklumkan kepada umum bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah memberi kebenaran untuk menangguhkan pemilihan UMNO sehingga selewat-lewatnya April 2019 berdasarkan surat bertarikh 31 Oktober 2017.

4. Ini dibuat oleh ROS melalui Akta Pertubuhan 1966 dan kuasa tambahan (residual powers) di bawah Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966, yang memberi kuasa untuk ROS membenarkan perlanjutan masa kepada UMNO.

5. Katakanlah Rais tidak mahu menerima semua penjelasan tersebut. UMNO masih parti yang sah kerana prosedur pembubaran parti tersebut belum dilakukan. Sehingga ia diisytiharkan bubar, UMNO kekal sebuah organisasi yang sah walau apa kesalahan atau kegagalan ia mematuhi peraturan pun.

6. Sesebuah pertubuhan tidak boleh terbubar sendiri. Jadi selagi tidak bubar, selagi itulah ia sebuah pertubuhan yang sah.

7. Barisan Nasional gabungan banyak parti telah didaftarkan sejak berpuluh tahun lalu. Ia tidak terbubar jika ada salah satu pertubuhan di dalamnya terbubar.

8. Ini berbeza dengan pakatan Harapan yang belum didaftarkan. ROS tidak boleh mendaftar kerana salah satu pertubuhan yang terdapat dalam permohonan tersebut sedang berhadapan pembubaran.

9. Dari segi pilihan raya, yang bertanding adalah Barisan Nasional bukan UMNO. Jadi sama ada UMNO sah atau tidak, ia tidak relevan dalam penentuan calon pilihan raya Barisan Nasional. Ia sama sahaja macam calon DAP, PAN dan PPBM menggunakan logo PKR.

10. Kedudukan Perdana Menteri juga tidak terjejas kerana pemilihan Perdana Menteri bukan berdasarkan keahlian parti atau kedudukan dalam parti. Ia berdasarkan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat dan perkenan Yang Di Pertuan Agong.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg menyaman bukan ahli umno lagi so Tak perlu sibuk hal urusan umno lagi. Tapi kalau masih ahli umno lagi mereka kena faham pasal 20.7 perlembagaan umno...bersedialah selepas ini...iaitu ahli umno yg saman parti otomatik gugur keahlian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2018 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
PUTRAJAYA 21 April- Sebanyak 16 ahli UMNO dari lima buah negeri yang menfailkan semakan kehakiman bagi membubarkan UMNO di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dipecat serta merta berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mana-mana ahli yang memfailkan permohonan atau tindakan ke mahkamah akan secara automatik hilang keahlian bawah fasal 20.7 perlembagaan UMNO.

“Pemecatan itu juga mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan tidak membenarkan apa jua perkara parti sama ada hal ehwal pengurusan, kewangan dan yang berkaitan dengan pentadbiran parti dibawa ke mahkamah.

“Kita tahu ada dalang dalam perkara ini, kita telah bersedia untuk apa jua kemungkinan dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak juga boleh menandatangani watikah untuk calon,” katanya-UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ros bwh dia..mmg laa takde masalah
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
So, acane tu? Nak tarik balik bubar prlimen ke tumpang tanding atas logo parti mca, gerakan or mic?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tanding je atas logo MIC...barulah 1Malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Igtkan semua org yg macai umno bersatu teguh bercerai roboh..ni siap nak kena kick dari umno lagi..kesian macai
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
bioessence replied at 21-4-2018 10:03 AM
Yg menyaman bukan ahli umno lagi so Tak perlu sibuk hal urusan umno lagi. Tapi kalau masih ahli umno ...

biarkan berok berok bekas ahli umno tu melompat lompat mcm ekor kena api.ujung ujung  jadi senasib dgn ahli semangat 46 dulu. terpaksa sujud balik sambil jilat ludah bila parti serpehan tu dibubarkan. ingat tu,  sejarah selalu berulang
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 11:57 AM | Show all posts
kalau umno kena bubar pun(tapi tak akan berlaku), BN masih ada.. umno tak pernah bertanding dalam pru..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
ros tu bawah telunjuk sapa. tu je komen acik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2018 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 21-4-2018 11:53 AM
biarkan berok berok bekas ahli umno tu melompat lompat mcm ekor kena api.ujung ujung  jadi senasib ...

Semua negara ada undang2, jbtn kerajaan pun ikut lawmakers yg bersidang di parlimen tu. Ini tak main redah je padahal masa jadi ahli parti patut tahu undang2 parti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dah mcm parti komunis..tak payah ada pemilihan..

ROS sepatutnya mansuhkan je pemilihan utk parti haram ni..biar dear leader je kekal presiden sampai mati..lps tu wariskan jawatan presiden ke anak bini
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 12:55 PM | Show all posts
sejak berkawan dengan china kominis ni perangai pun dah sama..

tapi DAP juga yang kena tuduh china kominis..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 01:05 PM | Show all posts
Edited by kasijelaya at 21-4-2018 01:13 PM

ekceli kalu UMNO jadi parti tak sah
semua wakil dah boleh bertanding dlm PRU
tak perlu ikut arahan Najib


Wangsa Maju
Bandar Tun Razak
Jelebu


semua tempat ni Najib beri kat MCA, MIC
walaupun peratusan Melayu lebih tinggi


semua wakil kalu tak puas hati dgn calon pilihan Najib
pada hari penamaan calon 28 April
boleh pergi daftar nama sendiri dgn logo BN


yg haram tu UMNO dan logo keris nya
padahal UMNO tak penah pakai logo keris bertanding dlm PRU
logo BN masih releven


dlm erti kata lain
calon bebas yg amik logo BN bertanding
sama cam PPBM
cedet amik logo PKR bertanding







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.085082 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list