Post time 22-4-2018 12:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
revolusi_30 replied at 22-4-2018 11:28 AM
Adakah beliau anggota Hamas .... ?
Kalau org hamas pun, bukan level bawahan rasanya.
Takat hamas level macai baling batu tak kena execute cara gini, guna hitman gini biasa utk yg level atasan atau aset penting jer
Ni ada netizen yg komplen lebih2 pasal standard intel kiterrr,dunia intel ni bukan benda simple, sedang kan baru2 ni UK pun tak terhidu assassin2 Russian yg masuk buat ops kat negara mereka, sampai gomen Brits & Russia saling halau menghalau diplomat2 mereka...
Kalau ni memang confirm kes intel terrorist yahudi mabuk, memang paranoid nyerrrr bangsa laaaa, dengan batu kecik dia paranoid,dengan protester kudung tak berkaki pun dia paranoid, dengan wartawan bersenjata kan kamera DSLR pun dia paranoid, dengan rocket & peluru era 1960s pun dia takut....bangsa paranoid.
Author|Post time 22-4-2018 07:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ulamalu at 22-4-2018 07:21 PM
Kosmo Online/Terkini/
Jenazah Dr. Fadi akan dihantar pulang ke Palestin
EDDY HAMIDI
22 April 2018 3:51 PM
GOMBAK - Jenazah Imam Palestin, Dr. Fadi M. R. Albatsh yang ditembak mati di Medan Idaman, Setapak pagi semalam disahkan akan dihantar pulang ke kampung halamannya di Palestin.
Duta Palestin ke Malaysia Datuk Dr. Anwar H. Al Agha berkata, pihaknya berhubung terus dengan keluarga Fadi di Palestin yang memohon agar jenazahnya dihantar pulang ke kampung halaman.
"Ketika ini kami sedang dalam proses bagi melengkapkan segala borang berkaitan yang diperlukan untuk menghantar jenazah Fadi ke Palestin.
"Proses ini juga dijangka akan mengambil sedikit masa memandangkan ia melibatkan kerjasama daripada pelbagai pihak," katanya dalam sidang akhbar sewaktu hadir ke Unit Forensik Hospital Selayang di sini sebentar tadi.
Menurut Anwar, pihak kedutaan Palestin di Malaysia turut menerima arahan daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, agar menguruskan segala keperluan bagi penghantaran pulang jenazah Fadi serta isteri dan tiga anaknya.
"Walau bagaimanapun kita harus menghormati undang-undang di Malaysia serta Mesir dan mematuhi setiap proses yang harus dilalui bagi memudahkan urusan penghantaran pulang jenazah," katanya.
Dalam pada itu, Anwar turut menyatakan keyakinan mereka terhadap keupayaan Polis Diraja Malaysia dalam mengesan serta menghukum individu yang bertanggungjawab ke atas kejadian tersebut.
"Kami yakin dengan kemampuan polis Malaysia untuk menyiasat serta menyelesaikan kes ini dan sekali gus membawa pelaku ke muka keadilan," katanya. - K! ONLINE
Kat negara haram tuuu banyak volunteer dari kalangan kristian yg pro zionist dari serata dunia jadi askar IDF & macam2 lagi, ada yg diletak kat merata dunia, mereka volunteer untuk kepentingan zionism....dulu ada satu documentary kat Al-Jazeera tentang volunteer2 jenis ni. Macam2 boleh jadi..