CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10247|Reply: 121

Nak ke taknak lepak mamak nak ke taknak lepak mamak

[Copy link]
Post time 21-4-2018 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Salam.

Aku nak mintak pendapat, kecaman, kata2 kesat & jugak pndangan korang psal satu masalah ni. Ape yg korang kne tau psal ak:-
1. Aku perempuan.
2. Aku dalam kategori 20an lagi tapi dh nak hujung2.

Cerita dia mula bila atok aku selalu dk call aku tnya bila nk kawen bila nk kawen. Aku dah takde mak ayah. Atok aku risau takot aku tak kawen sampai tua. Takot tkde laki nk kt aku. Takot aku tak laki, barang expired. Dah la dgn mak ayah tkde lg. Maka nya, phone aku ni akn selalu la bunyi smnggu 2 3 kali, call dari atok tanye bila nk kawen.

Long story short, aku kenal sorang laki ni, kita pnggil H la. Dia ni keje not bad la. Boleh la nak make sure aku tak kebulur. Umor 31. Solat tak tinggal. Bangun pg solat sunat. Subuh maghrib g jemaah kt surau. Aku kenal dia baru sebulan, then dia ckp nk balik jumpa akak dgn atok aku. Kalau boleh nk brtunang lepas raya nanti.

Aku mcm terkejut la jugak sbb baru kenal je pn. Jumpa pn baru 2 kali ttiba dh nk ajak kawen. Well, aku cakap nanti aku fikir dulu. Aku fikir mlm tu, betol2 pnye fikir. Aku search google "calon suami terbaik". Hasilnya, 8/10 ade dekat laki ni. Aku istiqarah. Then aku ckp la okay kt laki tu. Jom balik kampung.

Aku bagitau kt akak aku & atok yg aku nk bawak laki ni balik nk kenalkan. Atok aku ni dia jenis concern tapi kepoh sikit. Aku syak dia pkai internet celcom first. 4G punya. Sekejap je mak sedara ayah sedara aku semua dh tau. Jadi nye, atas dasar concern ambik berat psal aku yg yatim wal piatu ni, diorang pn beramai ramai la nk datang tgk laki tu nanti mase aku bwak dia balik.

Then, sampai hari tu, aku bwak balik laki tu. Okay2 je la. Atok suka. Akak suka. Cuma aku ja. Ttiba aku rasa mcm tak best. Aku tak excited. Aku tak happy. Langsung. Aku sedih. Rasa nak nangis. Rasa mcm dh buat salah. Tersilap buat pilihan. Mngkin kah ini syaiton punya angkara?

Macam aku ckp td, aku jumpa dia baru 2 kali sblum dia ajak aku kawen. 1st jumpa kami kurang cakap sbb masing2 malu2 kucing kambing biawak. 2nd jumpa pn sama kurang cakap. Aku fikir positif maybe sbb kami malu lagi kot. Tak biasa lg. Mngkin la. Padahal aku tau aku jenis yg mcm mne. Kalau org tu satu kepala dgn aku, kejap je aku dh boleh sembang dgn org tu mcm knal dh 10 tahun.

Aku rasa kami mcm tak sesuai. Aku tak penah gelak bila dgn dia. Aku rasa tak happy. Aku nk cepat2 balik bila kluar dgn dia. Aku tak jadi diri aku. Aku jadi org lain. Aku bnyak diam. Aku takde idea nk sembang ape. Bila dgn dia aku jd tktau nk ckp ape. Otw balik dari kampung datang kl, aku just diam je. Dia pn diam. Kami takde kimia. Biology mahupun sejarah.

Aku skarang tgh confius nk teruskan ke tak rlationship ni. Kalau aku teruskan, aku akan jd mcm ni:-
1. Tak happy.
2. Jarang gelak.
3. Banyak diam.
4. InsyaAllah kawen & ade anak.
5. Muslimah yang lebih baik sbb aku tau dia mampu bimbing aku ke jalan yg lebih baik.
6. Tak bahagia.
7. Tak jadi diri sendiri.
8. Akan ade org yg jage aku sbb dia ckp depan akak aku, dia nak jaga aku smpai bila2.

Tapi, kalau aku letak titik dlm rlationship ni, ni yg akn jadi:-
1. Aku maybe takkan jumpa laki mcm dia lg dah.
2. Aku maybe takkan kawen. Maybe la. Sbb aku pn dh nk dekat 30. Bnyak lg muda2 kt luar sana.
3. Aku malu dgn atok, akak, mak ayah sedara sbb akak2 semua kawen je dgn laki yg diorang bawak balik jumpe family.
4. Aku akan bahagia. Aku boleh gelak2 mcm biasa. Aku tak murung. Aku tak stress.
5. Maybe takkan ade org yg akn jage aku.
6. Aku akan dduk rumah org tua2 nanti. Hahahaha.
7. Aku maybe akn hanyut lg dgn dunia. Sbb aku sejenis yg iman turun naik.
8. Aku akan sunyi & hidup sendiri.

Aku taktau nk buat mcm mne skarang. Aku sedih. Aku tau tak smua yg kita nak, kita akan dapat. Tp aku ttap rasa chemistry tu penting dalam satu2 rlationship tu.

Mohon pendapat korang. Thanks.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2018 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu semua hasutan syaitonurojim je yg hasut kauuu.....

Dia tanak kau kearah kebaikan....

Mgkin dah sampai jodoh kau...sbb tu semua dipermudahkan.....

Proceed je lah....
Doa yg baik baik....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
penting ke gelak bila dh jumpa lelaki memenuhi empat ciri yg nabi gariskan
gelak tu nabi marah
nabi kalu gelak nampak gigi je

tapi sebenarnya kalu x jadi dgn dia pun bukan pengakhiran dunia
ramai sangat laki atas muka bumi ni
cuma berjurus atau tak je
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka nak speku sebab hang rasa tak happy:


1. Dia tak hensem
2. Dia gemok
3.kurus tapi tak hensem
4. Hitam
5.gemok dan tak hensem
6.putih gemok dan tak hensem.

Sebab  ni kah? . Cer jujur  ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel la tt ni..
Ntah la tt. Hidup n jodoh ni tkd formula or manual. Tak leh nk kabo. Yg penting happy.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 07:31 PM | Show all posts
noor2 replied at 21-4-2018 06:48 PM
Kaka nak speku sebab hang rasa tak happy:

Nak tambah...

7. Tidak berkerjaya. Gaji kurang dari 6k...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2018 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 21-4-2018 07:31 PM
Nak tambah...

7. Tidak berkerjaya. Gaji kurang dari 6k...

erk

kena gaji 6k ke atas je ke boleh gelak bersama
nescaya tidak adalah nak gelak dgn akak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 07:48 PM | Show all posts
onexox97 replied at 21-4-2018 07:40 PM
erk

kena gaji 6k ke atas je ke boleh gelak bersama

Ikut pengalaman. Kalau nak rasa sopan, girls x tanya berapa gaji tapi girls akan tanya kerja apa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2018 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 21-4-2018 05:24 PM
penting ke gelak bila dh jumpa lelaki memenuhi empat ciri yg nabi gariskan
gelak tu nabi marah
nab ...

Penting utk make sure chemistry tu ada. Dia ada buat lawak tp ntah la..mcm tak brapa nk jadi. Nak gelak pn tak sampai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2018 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 21-4-2018 06:48 PM
Kaka nak speku sebab hang rasa tak happy:



Dia category no 6. Takde la tak hensem. Takde la hensem. Boleh la nk buat tengok tiap kali bangun tido.

Ajak tgk wayang pn dia fikir dulu 10x. Maksiat katanya. Bkn nya nk meraba pn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2018 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
lilac85 replied at 21-4-2018 07:18 PM
Comel la tt ni..
Ntah la tt. Hidup n jodoh ni tkd formula or manual. Tak leh nk kabo. Yg penting ha ...

Deep down sebenarnya tak happy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2018 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 21-4-2018 07:31 PM
Nak tambah...

7. Tidak berkerjaya. Gaji kurang dari 6k...

Biasa2 ja..gaji rakyat marhaen. Idak ler tanya brapa gaji nya. Tgk ke cara pakai, baju & rumah dah boleh agak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayapun rasa awak patut relax sekejap dan melihat kembali. Jangan buat apa apa keputusan dulu. Ambil sikit masa lagi utk kenali dia lebih lagi.

Tak semestinya kalau awak tilam yg ni awak Tak kan jumpa dah ur jodoh yg sebaik ni

Pandangan saya, komunikasi adalah alat penting dlm perhubungan. Lebih lebih lagi lepas kawin. Kehidupan lepas kawin memang sangat berbeza dgn masa bercinta. Dgn komunikasi yg baik, banyak perkara baik akan berlaku. Komunikasi adalah kunci . Ianya pemangkin faham memahani, memudahkan penyelesaian bila konflik berlaku dan penguat kadih sayang

Kalau masa bercinta dah rasa macam sukar nak betkomunikasi then memang awak kena fikir banyak kali sebelum buat keputusan. Lebih lebih lagi kalau awak jenis huha dan dia jenis Seljuk beku
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde kimia, biologi mahupun sejarah...haha.. ayat ni lawak wei

Dik ... Akk pun jenis mcm kau juga. Ada peel sewel yang tersendiri. Laki akk ustat tau. Baik Aje orangnya. Dah 18 tahun kami kawin. Tp dia layan je perangai sewel akk tu. Gelak2... Kadang2 dia serius je. Tapi akk takdelah jenis serius sgt.

Kawin tu memang macam2 dik. Tp kawin tu LA kita dapat mawaddah, Rahmah dan Sakinah...tenang perasaan dapat berkongsi perasaan Ngan dia. Dia pun tenang dapat berkongsi perasaan Ngan akk. Akk syak berus gigi pun dia pakai berus gigi akk...haha

Doalah pada Allah dik, semoga kalau ini jodoh yang terbaik, permudahkanlah... Btw.. good luck dik. Dik, kalau kau buat novel mesti best. Akk suka ayat kau
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 21-4-2018 06:48 PM
Kaka nak speku sebab hang rasa tak happy:



Hahaha.. lawak LA ayat kaka
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 21-4-2018 07:31 PM
Nak tambah...

7. Tidak berkerjaya. Gaji kurang dari 6k...

Hahaha. Haruskah 6k ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2018 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noraidil_06 at 21-4-2018 11:47 PM

I cant la dgn lelaki yg gagal buat i ketawa. I need that. Terus minus bila dia x de sense humor
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka rasekan, x happy jgn proceed. Can u visualise life with him?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Drp senarai yang chuols buat tu, nampak menang baik drp yang tak baik.

Laki tu pun nampak serious bukan nak main2... Lagipun dia yang nak kat u khenn... Baik la pilih lelaki yang nak kat kita dari kita yang terhegeh2...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 21-4-2018 06:48 PM
Kaka nak speku sebab hang rasa tak happy:



Haha kaka Noor, cekap betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.186666 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list