CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1422|Reply: 17

[Tempatan] Mahathir pula beri amaran pengundi hantu dari Bangladesh

[Copy link]
Post time 22-4-2018 01:47 PM | Show all posts |Read mode
"Lagu" pengundi hantu berkumandang lagi, antara "lagu" popular menjelang PRU. Cuma penyanyi orang lain........

Mahathir pula beri amaran pengundi hantu dari Bangladesh

PRU14 | Ketika PRU 2013, ketua pembangkang ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas BN kerana dikatakan mendakwa sejumlah 40,000 dari Bangladesh dibawa masuk ke dalam negara untuk mengundi.

Anwar menafikan dirinya ada membuat tuduhan itu, sebaliknya mendakwa Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak cuba mengelirukan Parlimen.

Bagaimanapun lima tahun kemudian, bekas musuh ketatnya Tun Dr Mahathir Mohamad hadir dengan amaran yang sama - tentang kemungkinan munculnya pengundi hantu daripada Bangladesh pada hari mengundi nanti.

"Jika Pakatan Harapan (HARAPAN) menang dengan 100 atau 200 undi, Najib akan membuat penipuan dan sumbat (kotak undi) dengan undi haram.

"Mungkin orang Bangladesh juga akan mengundi," kata pengerusi HARAPAN itu pada ceramah di Felda Johol, Negeri Sembilan malam tadi.

Beliau membuat dakwaan itu ketika menggesa penyokong HARAPAN turun mengundi beramai-ramai pada hari mengundi ini iaitu 9 Mei.

Ia bagi memastikan HARAPAN menang dengan majoriti yang selesa, justeru penipuan seperti yang disebutnya itu tidak boleh dilakukan.

Sekitar PRU 2013, Anwar memang membuat dakwaan bahawa warga asing ada di kalangan sejumlah 40,000 individu meragukan yang menurutnya diterbangkan kerajaan ke semenanjung.

Namun beliau tidak dilaporkan menyatakan secara khusus kewarganegaraan mereka yang didakwa menjadi pengundi hantu itu.

Sementara itu, Mahathir turut mendakwa pemandu teksi hanya akan menerima bantuan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia untuk pembelian petrol atau gas asli (NGV) selepas pilihan raya.

"Dia (Najib) janji nak beri mereka RM800...tiba-tiba mereka diberi tahu tak akan dapat sehinggalah BN menang.

"Mereka tidak akan dapat, kalau BN menang pun Najib akan mungkir janji. Apatah lagi jika Najib kalah," kata bekas perdana menteri itu.

Najib mengumumkan bantuan itu dalam satu program bersama pemandu teksi pada 13 April lalu.
Ketika program itu, sejumlah 10,000 pemandu teksi berebut mengambil kad itu sehingga keadaan menjadi kecoh, menyebabkan 30 orang cedera.

Tiga hari kemudian, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan menafikan dakwaan di media sosial, mengatakan kekecohan tercetus selepas pemandu teksi diberitahu mereka hanya akan menerima kad itu selepas PRU ini.

SPAD berkata kad yang diperuntukkan kepada lebih 67,000 pemandu teksi itu boleh diambil di pejabatnya di seluruh negara.

Suruhanjaya itu juga berkata ia boleh digunakan serta-merta di stesen minyak Petronas.

-malaysiakini-

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2018 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
jika hidup bergelumang fitnah sampai kiamat jangan mimpi nak dapat bantuan dr Allah. semoga pemfitnah terus dihukum dgn kekalahan oleh Allah.amin
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2018 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
"Mungkin orang Bangladesh juga akan mengundi," kata pengerusi HARAPAN itu pada ceramah di Felda Johol, Negeri Sembilan malam tadi.

Gile mengarutkene buktikn ni...tp die letak mgkin
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2018 02:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2018 02:28 PM | Show all posts
sis vokuru suka makan bawang tp dia bukan bangladesh, dia vampire
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2018 02:37 PM | Show all posts
22 tahun kot jadi pengerusi BN, semua trick nak menang dia tau la..
bila dah jadi pembangkan, dah tak boleh buat semua trick tu lagi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2018 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 22-4-2018 02:37 PM
22 tahun kot jadi pengerusi BN, semua trick nak menang dia tau la..  
bila dah jadi pembangkan, d ...

So bulih lah dikatakan, bagi mahathir, umno bn = syaitan yg dikenali
22 tahun jadi presiden umno pengerusi bn kalu tak kenal luar dalam isi perut umno bn sajaaaa la...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2018 03:05 PM | Show all posts
hzln replied at 22-4-2018 02:54 PM
So bulih lah dikatakan, bagi mahathir, umno bn = syaitan yg dikenali
22 tahun jadi presiden umn ...

fitnah ada 40,000 pengundi bangla tapi satu pun tak dapat tangkap.  walhal setiap pengundi wajib baca IC & alamat mereka depan wakil/ejen calon parti masing2 di setiap pusat pengundi.  apa yg pakatun tangkap ialah chindian yg difitnah sebagai bangla.  itulah pakatun & fitnah berpisah tiada...

fake news pengundi hantu ni sejak dulu lagi disebar tapi takda satu pun laporan polis yg dibuat. sbb semuanya hearsay.  klu ada pengundi hantu mana laporan polisnya?  kenapa tak berani buat laporan polis sedangkan pembangkang juara buat laporan polis. barang harus di ingat, buat laporan polis palsu org tu boleh kena tangkap & boleh backfire diri sendiri.

baru2 ni DAP cuba nak buktikan pengundi hantu dgn cara menipu. mrk tangkap lelaki chindian yg bapaknya india, mak dia cina. kulit dia hitam legam walaupun nama dia cina. DAP dakwa pemuda ni adalah pengundi hantu bangla. bila dah kantoi DAP langsung tak mahu memohon maaf kpd keluarga pemuda chindian ini. itulah perangai celaka DAP.  

kononnya pengundi hantu bangla BERATUS-RATUS ribu masa pru 13 tapi satu pun tak jumpa di pusat mengundi.... satu report polis pun tak berani dibuat oleh cai pakatun. sekor bangla pun takde dihadapkan kemahkamah.. selamat la korang dikencing oleh anwar kunyit and the gang..





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2018 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat kes kat Sabah....apabila .'aku buat betul...ko buat salah'....kekdahnya....mmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2018 03:25 PM | Show all posts
jangan lupa baru2 ni mahathir kata pru14 akan ada 700,000 pengundi dari People Republic Of China.   biar betul punya auta keling ...

sekarang dah tukar jadi bangla pulak dah...   haha  madey madey..  
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2018 10:08 PM | Show all posts


Under Najib ni mcm mcm boleh jadi -- tgklah sekarang berapa ramai warga asing yang "berkampung" di Malaysia. Bangla, indon, aprika, myanmar, middle east etc

Perkerja2 dari Mainland CHina tu pun berkemungkinan menjadi pengundi hantu. So segalanya tidaklah mustahil.

Ohhh tu belum lagi undi post dari orang orang overseas -- kelakar betul. undi undi itu kami kena post sendiri ..post kepada siapa penerimanya we all pun tak tau. Yang pasti ada udang di sebalik mee. Fishy sangat.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2018 10:14 PM | Show all posts
Sejak zaman Mahathir jadi PM lagi cerita pengundi hantu sudah didendangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2018 10:17 PM | Show all posts
highcastle replied at 22-4-2018 10:14 PM
Sejak zaman Mahathir jadi PM lagi cerita pengundi hantu sudah didendangkan.

sekarang orang duduk share dekat whassap

gambar gambar orang tulis flight dari bangladesh

aku rasa masa musim bukan pru pun ada je pekerja bangladesh datang malaysia

bila time pru , mereka datang je orang snap gambar abis
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2018 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 22-4-2018 03:05 PM
fitnah ada 40,000 pengundi bangla tapi satu pun tak dapat tangkap.  walhal setiap pengundi wajib b ...

Aku cukup benci dgr isu pengundi hantu ni.....
PRU 13 dulu pun kecoh kata BN guna pengundi hantu sbb nk amik sgor....bila sgor pkr amik....senyap pulak....klu betul ada pngundi hantu, mesti lah pkr jd pmbangkang kat sgor skrg....

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2018 11:48 PM | Show all posts
DARSITA replied at 22-4-2018 10:08 PM
Under Najib ni mcm mcm boleh jadi -- tgklah sekarang berapa ramai warga asing yang "berkampung"  ...

klu ikut kira-kira mahathir & pakatun bahawa BN ada 700,000 pengundi hantu People Republic of China dan 1 juta pengundi Bangla. Oleh itu kami penyokong BN cadangkan pakatun jangan sesekali sertai PRU14 sebab dah confirm korang kalah teruk dgn jumlah pengundi hantu yg mahathir & pakatun claim tersebut. mahadey kata 700,000 pengundi dari china.   sah-sah pakatoon akan kalah...  kenapa nak masuk bertanding pru14?




Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:17 AM | Show all posts
tobby replied at 22-4-2018 07:48 AM
klu ikut kira-kira mahathir & pakatun bahawa BN ada 700,000 pengundi hantu People Republic of Chin ...

Percaturan dan pemikiran seorang Doctor lain tau. Rela bertanding walaupun

BN ada pengundi hantu, under table money, bomb etc

dan

PAS ada para malaikat, doa buta mata etc


Rakyat Malaysia sudah celek mata - Nyahkan kepimpinan Najib Razak.

Encik Tobby, those that don't learn history are doomed to repeat it!    So marilah menyokong Parti Bersatu.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2018 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
If amaran pengundi hantu ni kuar dari mulot Mahathir akak ek eleeeehkan jeh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 09:57 AM | Show all posts
DARSITA replied at 23-4-2018 02:17 AM
Percaturan dan pemikiran seorang Doctor lain tau. Rela bertanding walaupun

BN ada pengundi han ...

TAK PAYAH LA BERTANDING PRU14. sebab sah2 madey kalah nak lawan dgn pengundi hantu 700k. madey sendiri kata ada 700,000 pengundi hantu warga cina. klu madey percaya apa yg dia kelentong dah tentu dia tak akan masuk bertanding sbb sah2 kalah teruk klu najib letak 700k pengundi hantu lawan madey.   



Tun M dakwa lebih 700,000 warga China akan diberi IC untuk mengundi

Read more: http://www.milosuam.net/2016/11/tun-m-dakwa-lebih-700000-warga-china.html#ixzz5DSN0fMJB
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.426423 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list