CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1283|Reply: 17

[Tempatan] Last CALL: Rayuan BN diberi peluang mandat sekali lagi

[Copy link]
Post time 23-4-2018 10:14 AM | Show all posts |Read mode
BN perlu diberi mandat
23 April 2018 3:00 AM


ALOR SETAR 22 April - Pelaksanaan perancangan untuk jangka panjang merupakan antara sebab mengapa Barisan Nasional (BN) perlu diberi mandat untuk terus mentadbir negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, apa yang ditawarkan BN bukan sekadar janji kosong seperti ditawarkan pembangkang kerana parti dipimpinnya itu sememangnya mempunyai rekod yang cemerlang dalam mentadbir negara.

“BN memiliki perancangan cukup jauh dengan generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) sentiasa mengingatkan kita bahawa tanggungjawab dipikul sebagai sebuah kerajaan, bukanlah hanya untuk tempoh satu atau dua tahun akan datang.

“Kalau setakat jadi Perdana Menteri dua tahun saja, ke mana dia nak bawa kita? Perlu diingat, Kota Rom tidak dibina hanya dalam satu hari dan bandar raya Alor Setar ini juga tidak dibangunkan dalam tempoh setahun dua.

“Untuk menjulang negara menjadi antara yang terhebat di dunia, petandanya sudah ada, perancang­an dan pelaksanaannya pun sudah dibuat. Garis penamatnya pula insya Allah kesampaian de­ngan sya­rat, kita pilih BN bagi mem­bo­leh­kan seluruh negara membiru de­ngan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Program Perumahan Rakyat (PPR) Suka Menanti, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; timbalannya, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM20 juta yang akan diberikan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menaik taraf serta menyelesaikan masalah dihadapi para peniaga serta penjaja kecil di bandar raya ini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, sebanyak 85,198 unit rumah PPR melibatkan 125 projek di seluruh negara telah disiapkan dengan nilai RM6.18 bilion.

“Bila sebut PPR, tiada siapa boleh lawan kerana di di Suka Menanti ini pun, kos keseluruhannya mencecah RM108 juta dengan seunit rumah bernilai RM217,000. Namun harga jualannya cuma RM35,000,” ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2018 10:17 AM | Show all posts
ok ok.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 10:22 AM | Show all posts
dia tau pulak rom tak dibina dlm sehari..
tp bila time org belum cukup sehari dah menyalak
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Asyik merayu rayu jah macam takdak maruah dah bn ni sepertimana cacai2 bn yg mmg xde maruah menjilat sana sini. @tobby @Badawi @kakmonaBN @whitemagic @Simunggu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 10:31 AM | Show all posts
Den rasa PRU kali ini ujian terbesar bagi Najib & Mahathir. Apakah teori RAHMAN itu menjadikan Najib sebagai PM terakhir dalam BN atau PPBM akan menerima nasib seperti Semangat 46.  Bagi den, kelebihan BN pada PRU14 ni bukan terletak pada org Felda atau saluran satu, tapi pertandingan 3 penjuru. Tapi itu lah, keputusan PRU susah nak diramal.........
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 10:32 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 23-4-2018 10:25 AM
Asyik merayu rayu jah macam takdak maruah dah bn ni sepertimana cacai2 bn yg mmg xde maruah menjilat ...

mustahil pakatan menang sebab BN guna berjuta2 pengundi hantu kata Mahadey.   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2018 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
sori la ..  2050 aku dah takde .
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 10:35 AM | Show all posts
good luck lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2018 10:40 AM | Show all posts
dess402 replied at 23-4-2018 10:33 AM
sori la ..  2050 aku dah takde .

innalillah hiwwa innaillahirajiun. setiap yang bernyawa pasti mati.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-4-2018 10:40 AM
innalillah hiwwa innaillahirajiun. setiap yang bernyawa pasti mati.

khann ..  yg dua tiga tahun kedepan ni pun dah macam merempat kat ng sendiri . ini kan pula tiga empat puloh tahun.kedepan . dah tentu2 jadik hamba abdi kat china .
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 12:20 PM | Show all posts
go for PRU..menyalak la slagi bole..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 12:22 PM | Show all posts
dess402 replied at 23-4-2018 11:18 AM
khann ..  yg dua tiga tahun kedepan ni pun dah macam merempat kat ng sendiri . ini kan pula tiga e ...

lepas ni anak kita xpayah sunat dik, cina pun xsunat, lepas tu mata kena sepet macam mata spidey, kena belajar makan bak kut tueh
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Laptop pelajar sorang satu mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 12:53 PM | Show all posts
seriusly kempen kali ni lebih mcm BN merayu kpd rakyat...

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 01:58 PM | Show all posts
Merayulah BN selagi boleh. Rasa PRU kali ni memang sengit. Kempen undi rosak pon dah ke mane, kawan2 aku yg sibuk nak undi rosak, sume uturn nak undi PH . Dengan aku nak boikot PRU, dah uturn  nak balik ngundi. Gigih book tiket walapon rega yahudi sangat
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 08:56 PM | Show all posts
berehatlah BN.... tempoh berehat tu boleh ubat segala luka nanah kudis sopak yg ada bagi cantik balik

bila dah cantik  you can always make a comeback
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 07:36 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 23-4-2018 10:25 AM
Asyik merayu rayu jah macam takdak maruah dah bn ni sepertimana cacai2 bn yg mmg xde maruah menjilat ...

bukan merayu lah..itu namanya mau pilihanraya...PH apa buat? tidok? pegang bijik, goyang telok ja??? bagus kalau jadi menteri ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 24-4-2018 07:36 AM
bukan merayu lah..itu namanya mau pilihanraya...PH apa buat? tidok? pegang bijik, goyang telok ja? ...

Suluk gi mampus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.476149 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list