CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2002|Reply: 8

[Tempatan] Wanita hamilkan anak luar nikah bintang rock legenda.

[Copy link]
Post time 23-4-2018 10:45 AM | Show all posts |Read mode


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x517.
Wanita hamil anak luar nikah bintang rock legenda


[size=1.125]










KUALA LUMPUR 22 April - Seorang wanita berusia lingkungan 30-an mendakwa dirinya hamil anak luar nikah hasil hubungan sulit yang dijalinnya dengan seorang pemuzik kumpulan rock legenda tanah air.

Mahu dikenali sebagai Ann, wanita tersebut mengakui bayi yang dikandung adalah angkara keterlanjurannya bersama pemuzik berkenaan yang dikenali lebih setahun lalu.

“Kami mula berkenalan dalam sebuah majlis persendirian, namun hubungan tersebut pada peringkat awal hanya sekadar kenalan biasa, tidak lebih dari itu.

“Bagaimanapun, disebabkan urusan perniagaan yang ada kaitan dengan kumpulan rock terkenal itu, saya jadi kerap bertemu dengannya termasuk ahli yang lain.

“Ekoran itu, kami mula jadi kawan baik, semakin hari semakin rapat sehinggalah memutik rasa kasih dan sayang antara kami berdua.

“Mulanya saya enggan terperangkap dalam hubungan tersebut memandangkan pemuzik veteran itu sudahpun berumah tangga,” katanya berterus-terang.

Pun begitu, layanan mesra serta sikap budiman lelaki itu membuatkan Ann termakan umpan yang dipasang lalu merelakannya menjadi mangsa kepada jerat percintaan kasanova berkenaan.

Akuinya lagi, pada Julai lalu, hubungan mereka kian intim sehingga berlanjutan ke adegan ranjang yang akhirnya mengundang padah buat Ann.

“Selang beberapa minggu, saya disahkan hamil selepas melakukan pemeriksaan kesihatan lantaran menyedari kitar haid yang terhenti, di samping menghidapi simptom lazim kehamilan.

“Sebaik dimaklumkan tentang kehamilan itu, terus saya hubunginya untuk menceritakan situasi yang sedang dialami.

“Pada waktu itu, meski dia menunjukkan reaksi terkejut, namun berjanji untuk bertanggungjawab termasuk mengatur perancangan menikahi saya,” jelasnya.

Trimester pertama kehamilan, Ann mengatakan lelaki itu berusaha mengotakan janjinya sehinggalah hubungan sulit mereka dihidu isteri pemuzik terbabit.

Sejak itu, kedua-duanya berhadapan masalah dan jarang bertemu bagi mengelakkan rahsia mereka terbongkar, cuma kata Ann, hanya telefon pintar menjadi medium komunikasi.

Disebabkan hal itu, pelbagai kesukaran mula timbul, sekali gus menyulitkan lagi hubungan terlarang yang berlaku antara mereka.

“Lama-kelamaan, hubungan kami makin renggang, selalu terjadi perselisihan faham dan sebagainya yang kemudiannya menjadi punca terhadap perpisahan kami.

“Lebih teruk, dia sekarang seolah-olah sudah lepas tangan membiarkan saya seorang menanggung bahana onar kesilapan kami,” ujarnya memberi penjelasan.

Berjanji tidak akan menggugurkan kandungannya, Ann berharap luahan itu dapat melembutkan hati pemuzik tersebut agar mengotakan janji yang telah dilafaz sebelum ini.


http://www.utusan.com.my/berita/nasi...genda-1.655626


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2018 10:49 AM | Show all posts
Dah masuk Board gossip kah? Mereka pakar CSI artis
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 10:51 AM | Show all posts
Aiyoyo. Siapakah rocker itu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 10:53 AM | Show all posts
wow sapa pula ni....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 10:55 AM | Show all posts
tanakkampung1x replied at 23-4-2018 10:49 AM
Dah masuk Board gossip kah? Mereka pakar CSI artis

dah ada dah...
ni ha...
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1103040
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 10:58 AM | Show all posts
so, wanita ni PH ke BN ?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2018 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 23-4-2018 10:58 AM
so, wanita ni PH ke BN ?

Demam erection nih...oopppsss election hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 07:22 PM | Show all posts
groupie ke kak?

umur dah 3 series pun termakan umpan laki org. kemon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2018 09:24 PM | Show all posts
dah tau nak mengesek .. tak yah ar pancot dalam ....
kan dah berbenih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.058944 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list