CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jofizo

[Tempatan] Puad Zarkashi: Kesiannya bila macai kena tikam belakang

  [Copy link]
Post time 24-4-2018 06:47 AM | Show all posts
Puad tetap tabah walaupun tidak dicalonkan


KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi tetap tabah walaupun tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau mengeluarkan kenyataan itu, selepas 'kejutan' apabila namanya tidak tersenarai untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu Pahat yang pernah ditandinginya pada PRU-13.

"Hari ini walaupun tidak dicalonkan semula tetap tabah ke 15 sekolah menyampaikan sumbangan RM6,000 kepada setiap Kelab Bilik Guru (KEBIRU)," katanya menerusi akaun Facebook miliknya, hari ini.

Pada majlis pengumuman calon BN Johor hari ini, Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat, Haliza Abdullah diumumkan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Batu Pahat.

Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang mendakwa Mohd Puad akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan bakal bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Batu Pahat kerana tidak dicalonkan oleh BN.

Beliau didakwa kecewa dengan sistem pemilihan calon yang digunakan UMNO, selain dikatakan pernah menjadi mangsa fitnah dalaman parti menyebabkannya tidak dicalonkan semasa pilihan raya pada 1999 dan 2004.

Mohd Puad pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Pahat selepas berjaya menewaskan calon PAS, Muhammad Abdullah dengan majoriti sebanyak 12,968 undi pada 2008 ketika PRU-12.

Bagaimanapun, beliau gagal mempertahankan kerusi itu semasa PRU-13 selepas tewas pada calon PKR, Datuk Mohd Idris Jusi yang memperoleh 38,563 undi, dengan majoriti 1,524 undi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 07:01 AM | Show all posts
Puad Zarkashi harus terima hakikat, kata Zahid
Bernama
| April 23, 2018


KUCHING: Keputusan tidak meletakkan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Batu Pahat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) adalah berdasarkan kepada hasil penilaian landskap politik di seluruh negara, termasuk di kawasan Parlimen berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ketua Umno Bahagian Batu Pahat itu harus menerima hakikat kawasan itu berada dalam keadaan agak parah dari segi kerosakan dan hakisan sokongan kepada BN.

Beliau berkata dengan meletakkan calon lain untuk bertanding di kawasan Parlimen itu, BN berharap mereka akan dapat merampas semula kawasan berkenaan dari tangan PKR.

“..tapi kalau ada kawasan PDM (bilik gerakan pusat daerah mengundi) buat sementara ditutup sebab protes dan beliau sendiri akan bertanding atas tiket apa sekalipun, itu hak beliau,” katanya dalam satu persidangan media di penghujung lawatan kerjanya ke Sarawak.

..tapi (kalau itu berlaku) beliau tidak menunjukkan semangat kepartian yang tinggi walaupun dia salah seorang ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua pengarah Jasa. Negara ini adalah negara demokrasi, terserah kepada beliau,” tambahnya.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas spekulasi mengenai kemungkinan Puad akan bertanding sebagai calon bebas pada PRU14 ini selepas namanya tidak tersenarai sebagai calon BN yang akan bertanding di Johor.

Zahid berkata beliau sendiri pernah menerima tekanan lebih hebat sebelum ini, namun menurutnya sebagai “orang parti” semangat kepartian harus mengatasi kepentingan lain.

“Kalau saya dalam kedudukan beliau (Puad), saya tidak akan keluar parti, apa lagi bertanding sebagai calon bebas,” katanya.

Menurutnya, Puad sebelum ini pernah bertanding bagi kerusi Parlimen Batu Pahat pada 2013, namun nasib tidak menyebelahinya, dan Puad juga pernah dilantik sebagai senator dan diberi peranan sebagai timbalan menteri pendidikan sebelum ini.

Merujuk kepada persiapan PRU di Sarawak, Zahid berkata BN perlu berfikiran positif dalam usahanya memenangi kawasan pilihan raya, dan walaupun ketika ini BN negeri menghadapi sedikit masalah dalaman, namun menurutnya ia adalah perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana pilihan raya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Aik x kenyang2 lg ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 23-4-2018 08:51 PM
Dia luluskan projek kat Sabah ni ikut suka kapla bana dia ja tanpa bincang dengan JPN Sabah. Penga ...

Bagus ke kak..tukar menteri tukar sistem, yg pening cikgu dengan budak jugak..Kesian tengok budak2 skrg, stress kemain sekolah, susah mcm apa..

Btw, P.kamalanathan saya sokong, heols nampak bagus & bersungguh kerja
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
jofizo replied at 23-4-2018 03:04 PM
ok dah jumpa lambang yg boleh digunakan oleh puad and diva aa.... hahaha

Logo calon bebas ni dari zaman 60an lagi. Tak ada inisiatif buat logo baru ke ikut peredaran zaman.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 24-4-2018 08:39 AM
nazzse replied at 24-4-2018 08:31 AM
Bagus ke kak..tukar menteri tukar sistem, yg pening cikgu dengan budak jugak..Kesian tengok budak2 ...


Tak bagus. Tapi if penukaran tu mampo naikkan menteri yang bagus gi atas, akak ok je. Caprut2 tua kerepot tak reti buat keja ni takyah la berangan dok atas lama sangat. Nyampah akak.

Btw bebudak sekarang memang banyak lemak. Sikit2 stress sikit2 stress. Pulun A banyak kat sekolah pun tetap bodoh EQ. Hairan akak. Pemalas nak mampus mengharap disuap manjang tu satu hal. Sebagai contoh, nama jah budak sekolah sains tapi isi form dengan betul lengkapkan semua details masa bertanding chess competition peringkat negeri pon tak reti padahal dah form 4. Bengkek jeh akak tengok.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2018 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Amina_Mirza replied at 24-4-2018 05:26 AM
Kannnnnn? Heols menyombong nak mampus jugak

See. Nampaknya ramai yang tahu perangai bodoh sombong Puad ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 24-4-2018 12:35 AM
Tak bagus. Tapi if penukaran tu mampo naikkan menteri yang bagus gi atas, akak ok je. Caprut2 tu ...

Siap berangan nak naikan had bersara lagi tu..tua2 dok rumah je lah, komputer tak reti, 2 jam sekali hilang nyampahss..

Iye kak, kena suap manjang padahal maklumat di hujung jari je..penat tgok manja budak2 bbnu nih,dieorg yg malas  cikgu yg kena dgn makpak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 08:52 AM | Show all posts
adat orang2 umno...dah terpalit najis baru nak perasan busuknya
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Sudah la ko......sblm bubar parlimen ko la yg paling kuat menyalak, jilat montot boss ko....skg apa jd? Nak menentang ketidak telusan konon....phuiii
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
sepiITUindah replied at 23-4-2018 02:39 PM
tanding tiket BEBAS susah nak dapat sokongan kalau kat semenanjung ni

apa pun simbol apa nak guna ...

Simbol pisang je sis....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 11:12 AM | Show all posts
hzln replied at 23-4-2018 02:53 PM
Puad ni ada doctorate
Elok jadi calon bebas kat parlimen marang
BN punyala nak kasi laluan mudah k ...

bukan kasi laluan mudah. P marang tu mmg susah nak jatuh. hardcore ramai dalam kg sana.  quarters polis buka masa pru 13 pun tak boleh cover.  alang2 takde peluang, letak calon darjah lima pun takpe.   
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 11:19 AM | Show all posts
Sistem rosak konon. Sendiri tak dah rosak? Anih bin ajaib
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 23-4-2018 02:32 PM
Padan muka. Ko banyak buat taik jah masa pegang KPM dolu.

Kan.. Salah satunya tu smk pekan nabalu yg tak jadi.. Pui...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon macai umno bagi sepatah dua kata..pasal sistem rosak itu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigih hari2 masuk tibitigasuku bekap najib kutuk tm..last2 tak kne pilih..meroyanla..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku mengundi kat kawasan dia ni...Mr Puad ko cakap ko dpt sokongan ahli MT...tapi tu semua x guna sbb yg akan tentukan ko layak ker tak adalah rakyat.....so mcm tahun sudah ko kalah...akan kupastikan tahun ni ko kalah lagi...hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 01:47 PM | Show all posts
Aikkkk.... sentapppp
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 23-4-2018 04:49 PM
kalu org batu pahat, yg aktif umno, mmg tau  puad ni aktif msuk kampung2, bagi bantuan
yg ketua umn ...

Iyeke puad aktif masuk kg?  Seumo hidup sekali je aku penah nmpk dy.. Tu pun masa nk pru lepas.. Tp yg calon pompuan tu mmg haremmm x penah tau sape
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
anaktoyol replied at 24-4-2018 01:33 PM
Aku mengundi kat kawasan dia ni...Mr Puad ko cakap ko dpt sokongan ahli MT...tapi tu semua x guna sb ...

Aku lg nyampah dia nih sejak jadi Pengetua ITTAR KL dulu..circa 1993. Aku lps SPM amik english course jap sblm A Level kt ITTAR. Si Puad nih ada satu perangai yg org akan hencap laa. Dengan muka sombong n saiko... Dulu2 naik Honda City  tikus mondok tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.068550 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list