CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jofizo

[Tempatan] Puad Zarkashi: Kesiannya bila macai kena tikam belakang

  [Copy link]
 Author| Post time 25-4-2018 11:00 AM | Show all posts
Puad kecewa dengan Zahid
SHAH ALAM -  Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menzahirkan rasa dukacita berhubung komen Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai situasi terkini di Parlimen beliau.

Jelasnya, kenyataan Zahid bahawa Parlimen Batu Pahat adalah semakin parah dari segi kerosakan dan hakisan sokongan terhadap BN seperti menidakkan kejayaan Umno Batu Pahat.


“Umno di sini menambah keahlian baru dan antara Bahagian yang tertinggi menambah jumlah pemilih baru di Johor,” katanya menerusi perkongsian di Facebooknya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kenyataan Ahmad Zahid yang menasihati Mohd Puad agar menerima hakikat bahawa kawasan itu (Batu Pahat) berada dalam keadaan agak parah dari segi kerosakan dan hakisan sokongan kepada BN.

Beliau berkata, dengan meletakkan calon lain untuk bertanding di kawasan Parlimen itu, BN berharap mereka akan dapat merampas semula kawasan berkenaan daripada tangan PKR.

Ahmad Zahid berkata demikian semasa diminta mengulas spekulasi mengenai kemungkinan Mohd Puad akan bertanding sebagai calon Bebas pada PRU14 ini selepas namanya tidak tersenarai sebagai calon BN yang akan bertanding di Johor.

"Jangan jadikan pemilihan calon pilihanraya sebagai agenda persiapan untuk menghadapi pemilihan parti. Buruk padahnya,” katanya.

Pada PRU12 lalu, Mohd Puad menjadi Ahli Parlimen Batu Pahat selepas menewaskan calon Pas, Muhammad Abdullah dengan majoriti sebanyak 12,968 undi.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya pada PRU13 apabila gagal mempertahankan kerusi itu selepas tewas dengan calon PKR, Datuk Mohd Idris Jusi.

Mohd Puad juga sebelum ini pernah dilantik sebagai sena
Justeru katanya, beliau mempertikaikan kredibiliti metodologi penilaian yang Ahmad Zahid gunakan.

“Sedangkan khidmat wakil rakyat PKR yang teruk menjadikan BN semakin popular,” katanya.

Oleh itu, beliau melontarkan pertanyaan kepada Ahmad Zahid apakah dengan meletakkan seorang calon kontroversi yang dikaitkan dengan isu moral peribadi boleh menjamin kemenangan.

“Dan apakah dengan meletakkan seorang lagi calon yang selama lima tahun tidak membantu Bahagian dalam menjaga parti, memulaukan Persidangan Perwakilan Tahunan Bahagian selama lima tahun berturut-turut dan lain lain adalah wajar?,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata, kenyataan ini sama sekali tidak menunjukkan bahawa beliau merajuk terhadap parti.

“Di mana hebatnya kaedah penilaian beliau? Ini bukan soal merajuk. Ini soal kenapa dibiarkan satu kaedah yang boleh menjadi presiden buruk di masa hadapan digunakan?
tor dan diberi peranan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 02:52 PM | Show all posts
Ulasan
Surat terbuka mengapa saya tinggalkan JASA
Puad Zarkashi  |  Diterbitkan 25 Apr 2018, 2:46 petang  
   

ULASAN l Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di JASA. Saya tidak mengubah keputusan untuk meletak jawatan. Memang, ramai juga yang akan mengutuk saya. Saya tetap tabah.

Berakhirlah riwayat saya di JASA. Tempat panas sehinggakan DAP membawa usul ke Parlimen di sidang Parlimen terakhir awal tahun ini supaya JASA dibubarkan. Sebelum ini dalam bajet Pakatan Harapan (HARAPAN) mereka mencadangkan supaya JASA ditutup sahaja.

Kalau mahu disebut satu persatu memang banyak yang telah dilakukan sehingga JASA semakin dikenali termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan juga di kalangan pelajar Malaysia di luar negara.

Apakah saya marah dan merajuk? Itulah tuduhan oleh mereka yang tidak mengikuti sejarah saya.

PRU tahun 1999 nama saya dipotong di saat akhir kerana saya dituduh penyokong Anwar kerana pernah menjadi guru di sekolah beliau Yayasan Anda Akademi. Saya tidak lari.

PRU 2004 nama saya langsung tidak tersenarai walaupun ketika itu saya adalah Timbalan Ketua dan Setiausaha Politik Menteri Besar Johor (Tan Sri Abdul Ghani Othman). Saya juga meletakkan jawatan sebagai setiausaha politik serta merta. Tetapi saya juga tidak lari.

PRU 2013 saya kalah kerana tsunami Cina. Ramai tokoh lain juga kalah tetapi mereka tetap dapat bertanding kali ini. Saya juga tidak lari.

Pada PRU 2018 ini, saya digugurkan dalam tempoh 24 jam setelah menerima panggilan dan sebelumnya ditemui oleh Tan Sri Fatmi Salleh yang mengesahkan pencalonan saya. Pengguguran saya berlaku tanpa perundingan walaupun saya adalah ahli Majlis Tertinggi Umno, ketua pengarah JASA dan ketua bahagian.

Sebab itu saya berani mempersoalkan sistem memilih calon kali ini adalah ROSAK. Sebab itu apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa saya digugurkan kerana berlaku kerosakan sehingga sokongan terhadap BN merosot di Parlimen Batu Pahat maka ia meyakinkan saya sistem memilih calon Umno kali ini adalah rosak dan corrupted.

Bagaimana dikatakan berlaku kerosakan sedangkan Umno Batu Pahat berjaya menambah dan memindah pengundi hampir 7,000 orang sehingga menyebabkan Parlimen Batu Pahat menjadi top five pertambahan tertinggi pengundi Melayu di Johor.

Apakah saya akan dikenakan tindakan disiplin kerana menjawab komen TPM secara terbuka?

Kalau begitu kenapa bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang membawa usul supaya Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dipecat sebagai MB tidak dikenakan tindakan dan dicalonkan semula.

Memang sistem kita rosak sehingga calon tidak bermoral dipilih. Calon yang tidak membantu parti juga terpilih.

Walaupun mempertahankan kerajaan melalui JASA seperti tidak berbaloi tetapi meletakan jawatan adalah langkah terbaik.

Terima kasih kepada seluruh staf JASA kerana bekerja sama dengan saya siang dan malam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan dedikasi.

Maafkan saya kerana memimpin JASA dengan cara yang keras dan tegas. Allah juga yang akan membalas pengorbanan anda semua. UNTIL I WIN.

DATUK MOHD PUAD ZARKASHI ialah anggota Majlis Tertinggi Umno dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2018 04:15 PM | Show all posts
Bagaimana dikatakan berlaku kerosakan sedangkan Umno Batu Pahat berjaya menambah dan memindah pengundi hampir 7,000 orang sehingga menyebabkan Parlimen Batu Pahat menjadi top five pertambahan tertinggi pengundi Melayu di Johor.



berjaya pindahkan pengundi.... LALALALA

korang paham2 sendiri lah yer
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn replied at 23-4-2018 03:18 PM
Baru tahu dan sedar ker umno bn tuh rosak dan najis... hahahhaaa

PKR ko pun sama totok... Main kroni nak pilih calon

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 26-4-2018 02:52 PM
Ulasan
Surat terbuka mengapa saya tinggalkan JASA
Puad Zarkashi  |  Diterbitkan 25 Apr 2018, 2:46  ...

*Bagaimana dikatakan berlaku kerosakan sedangkan Umno Batu Pahat berjaya menambah dan memindah pengundi hampir 7,000 orang sehingga menyebabkan Parlimen Batu Pahat menjadi top five pertambahan tertinggi pengundi Melayu di Johor.*



Kantoi pindahkan pengundi....bajet nak menang lettew...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
lkick2113 replied at 26-4-2018 04:22 PM
PKR ko pun sama totok... Main kroni nak pilih calon

Ehh.. layeeennnnn.... layeeennn....  tapi takder lagi ugut jadi calon bebas...muhahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2018 07:48 AM | Show all posts
totokreturn replied at 26-4-2018 07:22 PM
Ehh.. layeeennnnn.... layeeennn....  tapi takder lagi ugut jadi calon bebas...muhahahaha

calon bebas ok gak dapat pecah undi pembangang keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
lkick2113 replied at 27-4-2018 07:48 AM
calon bebas ok gak dapat pecah undi pembangang keh keh keh

Yg bestnya calon bebas tuh dari umno.... dah laa umno pecah seapruh pegi bersatu undi pkr nnt.. dah separuh tuh pecah lagi pegi sokong puad calon bebas... umno nak makan apa...? Muahhahahaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 10:16 AM | Show all posts
totokreturn replied at 27-4-2018 10:14 AM
Yg bestnya calon bebas tuh dari umno.... dah laa umno pecah seapruh pegi bersatu undi pkr nnt.. da ...

ye ke tok???? yakin???? eh tahun ni mengundi mana tok??? gombak lagi ke???

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
GE kali ni penjilat tegar mcm jamal, fuad dan papagomo semua langsung tak dicalonkan dan dibuang mcm sampah..

sementara itu di penang shaik mydin mamak bekas penjilat tegar dicalonkan plak..

nampak tak cai kaki jilat? dont overdo k..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 10:29 AM | Show all posts
jofizo replied at 26-4-2018 04:15 PM
Bagaimana dikatakan berlaku kerosakan sedangkan Umno Batu Pahat berjaya menambah dan memindah pengun ...

alamak, dia kasi pecah lobang laa
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
lkick2113 replied at 27-4-2018 10:16 AM
ye ke tok???? yakin???? eh tahun ni mengundi mana tok??? gombak lagi ke???

Ko bpeh tak jgn tanya qku ngundi mana.. mencik tau...jilaker.. muahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn replied at 27-4-2018 01:23 PM
Ko bpeh tak jgn tanya qku ngundi mana.. mencik tau...jilaker.. muahahhaa

Totok undi BN OK?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
lkick2113 replied at 27-4-2018 02:30 PM
Totok undi BN OK?

Bak 250 juta.. aku undi bn.. jadahnya hidup kais nak undi bn.. puiiii...muhahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam radio tadi ada sebut yg BN buat pemilihan dengan teliti untuk setiap calon,  malah mengambil kira prestasi mereka sepanjang 5 tahun.
Mungkin Puad ni tak cukup membadut ala Pontian atau kurangajar ala PadangRengas,  jadi markahnya tak cukup tinggi untuk jadi calun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 07:45 PM | Show all posts
semua gila kuasa baik beend atau pakatan haprakan
bila tak tercalon mula2 la mcm2 cerita keluar
tak cukup kaya lagi ke?
nak jadi mcm kutty kot kalau boleh nak pastikan sampai cucu cicit ada jawatan menteri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka menjilat kuat zakarshit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.079319 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list