Cantiknya dia kan? Tak macam 39
Usianya sudah 39 tahun, tapi raut wajah, tutur kata dan gayanya langsung tidak mencerminkan angka tersebut. Sementelah lagi darah kacukan Irish – Melayu membuatkan kulit putih kemerahannya makin cantik. Nyata, figura selebriti bernama YM Che Puan Sarimah Ibrahim ini langsung tidak makan dek tua.
Kecantikannya terserlah walaupun hanya dengan solekan tipis - membuatkan pengikut di Instagram sentiasa bertanyakan rahsia yang diamalkan.
Beliau juga sentiasa berkongsi petua dan tip penjagaan diri yang boleh dilakukan oleh para wanita. Namun ada satu hal yang tidak disukainya iaitu apabila ramai yang mengatakan “memanglah cantik, anak kacukan Mat Salleh kot!”
Baginya persepsi begitu tidak bagus untuk semua wanita yang berhak berasa cantik. Jadi nak tahu apa rahsia cantik isteri kepada YM Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzafar ini, jom semak 13 rahsianya. Banyaknya? – kata nak cantik.
1) Skin food
- Walaupun jadual padat, saya tak abaikan waktu makan. Selain itu, saya ambil Vitamin D, Zink dan I suka pegaga sebab boleh lancarkan darah.
2) Rutin cuci muka
- Jangan over basuh muka sebab ia akan hilangkan ‘natural oil’ yang melembab dan melindungi kulit.
3) Foundation
- sapu gunakan puff atau span. Jangan gunakan tangan sebab banyak bakteria. Sebabnya pengalaman I banyak jerawat timbul bila guna tangan.
4) Distraction
- Pernah masa shooting dengan majalah, muka I tiba-tiba naik jerawat di dahi. I cuma merahkan bibir dan fokus solekan pada mata. Jangan cover jerawat tebal nanti ia makin tebal. Biar saja dan jika media tanya, jawab dengan hemah.
5) Detoks dengan peluh
- Sentiasa bersenam seperti treadmill, angkat berat dan boxing.
6) Aktiviti yang menggembirakan
- Bila dalaman bahagia, luaran akan automatik ceria.
7) Serum
- kecilkan pori-pori dan lembutkan kulit.
8) Semuanya ‘light’
- Semuanya basic iaitu lipgloss yang light, sedikit maskara dan pembayang mata cukup. Tak perlu tebal pun.
9) Pelembab yang banyak
- Dalam usia begini memang perlukan banyak pelembab. Sebotol pun tak cukup kot!
10) Tidur 8 jam
- Cuci muka dan tidur yang cukup
11) Abaikan ugly people
- Kalau rasa nak marah, tarik nafas dalam-dalam dan lepas. Biar mereka dengan perangai buruk, tapi kita tetap lawa.
Pipi merah!
12) Be healthy
- Kurus atau gemuk, buat pemeriksaan kesihatan.
13) Berjalan lebih 5 juta langkah setahun
Jadi, kulit cantik bukan kerana genetik tetapi ia adalah gaya hidup anda sendiri.- CARI
|