Kejadian berlaku pukul kira-kira pukul 11.35 malam itu berjaya dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kereta mangsa jenis Hyundai Santafe.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, insiden tersebut berlaku ketika sebuah keluarga baru sahaja meletakkan kenderaan di dalam kawasan pagar rumah sebaik pulang dari sebuah kompleks beli-belah.
Katanya, salah seorang suspek berbangsa India kemudianya secara tiba-tiba meluru masuk dan bertindak memecahkan cermin sebelah kiri bahagian penumpang hadapan menggunakan rantai besi.
Manakala seorang lagi suspek menunggu di motosikal di luar rumah tersebut.
"Terkejut dengan situasi tersebut, salah seorang keluarga mangsa telah bertindak keluar dari kereta tersebut sebelum mengejar dan memukul suspek menggunakan batang mop lantai.
"Keadaan tersebut membuatkan suspek panik sebelum melarikan diri bersama rakannya menggunakan dua motosikal berasingan masing-masing jenis Yamaha LC dan Honda EX5," katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
Beliau menambah, impak kejadian tersebut salah seorang daripada ahli keluarga terbabit mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan kaki.
Jelasnya, kerugian pula dianggarkan sebanyak RM500