CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1431|Reply: 15

[Tempatan] Politik 7 Penjuru: Sabah bakal jadi Fixed Deposit lagi?

[Copy link]
Post time 23-4-2018 06:23 PM | Show all posts |Read mode
'Pilihan raya seperti menu makanan, lebih banyak pilihan lebih bagus'


MOHD RAHEEZAL: Cabaran pembangkang sekarang adalah mengurangkan sebanyak mungkin pertindihan kerusi bagi mengelakkan pertandingan pelbagai penjuru. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Fenomena lompat parti cukup sinomin dengan landskap politik di Sabah.

Terbaharu, seramai 150 ahli UMNO Sepanggar membuat keputusan untuk keluar parti dan menyertai Parti Warisan Sabah pimpinan Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pensyarah Mohd Raheezal Shah menjangkakan biarpun fenomena itu bakal berlaku sepanjang tempoh pilihan raya ini, namun kemelut politik di UMNO bahagian itu tidak harus diambil mudah.

"Setiap pilihan raya umum pasti ada beberapa ahli yang akan bertindak keluar parti atau calon dari sesebuah parti keluar bertanding sebagai wakil parti lain dan sebaliknya.

"Namun di Sabah, parti yang dilihat lebih menonjol sekarang adalah Parti Warisan. Jadi, apa yang berlaku di Sepanggar, iaitu ahli-ahli UMNO yang masuk Warisan ini, pasti akan menjejaskan semangat ahli-ahli lain," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini pada Khamis.

Jelas tenaga pengajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah itu, apa yang mendorong tindakan ahli UMNO yang keluar parti didorong oleh pergelutan dalaman parti yang lahir daripada rasa tidak puas hati dengan kepimpinan bahagian parti berkenaan.
Namun lebih penting, menurut pensyarah Sains Politik dan Dasar Awam itu, adalah persoalan bagaimana ia membentuk corak pemilihan pengundi di Sabah?

Faktor calon vs parti bertanding

Berbeza dengan senario politik di Semenanjung Malaysia, ujar Mohd Raheezal, pengundi di Sabah tidak dipengaruhi oleh faktor parti sebaliknya lebih cenderung ke arah pemilihan calon bertanding.

"Aspek calon adalah yang paling ketara di sini. Hasil kajian juga menunjukkan faktor calon begitu penting berbanding parti.

"Mereka lebih mengutamakan calon. Contohnya, calon mana yang telah banyak tolong mereka, berbanding kesetiaan kepada parti.

"Ia bukan seperti di Semenanjung yang lebih kepada parti identifikasi. Tetapi di Sabah, sejarah parti politik sering terbentuk dengan banyak. Jadi kesetiaan parti itu mudah berubah," katanya.

Namun, beliau yakin pengundi Sabah dapat membuat pilihan terbaik.

"Dari konteks rakyat, lagi banyak pilihan lagi bagus. Macam di kedai contohnya, menu lagi banyak lagi bagus. Tetapi rakyat pun tahu menilai parti yang mereka rasa mampu bawa perubahan atau ia hanya wujud untuk perjuangkan sesetengah pemimpin," katanya.

Bagaimanapun yang pasti, dengan kewujudan banyak parti bertanding, ia bakal memecahkan undi pembangkang melawan Barisan Nasional pada PRU nanti.

"Cabaran pembangkang sekarang adalah mengurangkan sebanyak mungkin pertindihan kerusi bagi mengelakkan pertandingan pelbagai penjuru. Jika tidak, kemenangan pasti berpihak kepada BN," katanya.

Ketika ini terdapat tiga 'blok pembangkang' Sabah terdiri daripada Parti Warisan Sabah dan Pakatan Harapan; selain itu Parti Cinta Sabah (PCS) dan Gabungan Sabah yang disertai empat parti pembangkang tempatan iaitu Parti Solidariti Tanahairku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2018 06:23 PM | Show all posts
Sebanyak 22 buah parti politik telah didaftarkan secara sah oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) selepas Pilihan Raya Umum ke-13 sehingga bulan Disember 2013.

Menurut Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, terdapat empat parti politik yang didaftarkan di Semenanjung Malaysia.

“Parti Nasional Malaysia telah didaftarkan di Negeri Johor, Parti Nasional Penduduk Malaysia pula telah didaftarkan di Negeri Sembilan, manakala Parti Keadilan India Malaysia telah didaftarkan di Selangor, dan Parti Generasi Baru telah didaftarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,”katanya secara bertulis menjawab soalan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Katanya lagi, bagi Negeri Sabah pula, terdapat 13 buah parti politik telah didaftarkan oleh JPPM :
[b]
Parti Bersatu Bugis Sabah,
Parti Cina Sabah,
Parti Damai Sabah,
Parti Ekonomi Rakyat Sabah,
Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah,
Parti Kebangsaan Sabah,
Parti Kebenaran Sabah,
Parti Pembangunan Warisan Sabah,
Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah,
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu,
Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah dan
Parti Perpaduan Rakyat Sabah, serta
Parti Kerjasama Rakyat Sabah




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2018 06:28 PM | Show all posts
Contoh perpecahan pembangkang menyebabkan kemenangan besar BN di Sabah

Keputusan PRU13







Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
I harap sangat ada banyak parti kat negeri2 individual di malaya neh
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
tanakkampung1x replied at 23-4-2018 06:23 PM
Sebanyak 22 buah parti politik telah didaftarkan secara sah oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Mala ...

Sangat banyak parti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2018 06:29 PM | Show all posts
Lebih 95% kerusi di Sabah ialah pertandingan 3,4,5,6,7 penjuru

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-4-2018 06:33 PM | Show all posts
Edited by tanakkampung1x at 23-4-2018 06:35 PM



Contoh paling tepat di kampung saya, Ahli Parlimen DS Max Ongkili merangkap Menteri 2 penggal sepatutnya boleh ditewaskan oleh muka baru jika pembangkang bersatu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
parti banyak..tapi pengundi x sampai 10k..hanya di borneo..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2018 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tanakkampung1x replied at 23-4-2018 06:33 PM
Contoh paling tepat di kampung saya, Ahli Parlimen DS Max Ongkili merangkap Menteri 2 penggal se ...

Hai tanak kampung...  Jom balik mengundi parlimen kota marudu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 08:17 PM | Show all posts
Jumlah bilangan Borang Pencalonan Calon yang telah dijual oleh SPR...
Sabah paling tinggi..
Kerusi ada 86 ja(parlimen + DUN), tapi jumlah borang yang dijual hampir 900..


http://www.freemalaysiatoday.com ... i-bertanding-pru14/
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
tanakkampung1x replied at 23-4-2018 06:33 PM
Contoh paling tepat di kampung saya, Ahli Parlimen DS Max Ongkili merangkap Menteri 2 penggal se ...

Inilah kebuduhan Sabahan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
tanakkampung1x replied at 23-4-2018 06:23 PM
Sebanyak 22 buah parti politik telah didaftarkan secara sah oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Mala ...

cam era rock kapak...yg bnyknya bebudak buat 'rock band'.....kihkihkih....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by OmJualGas at 24-4-2018 12:26 AM

Tanding untuk pecah undi saja kot...huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Setiap kampung ada parti politik sendiri kot.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Babi apa 6,7 penjuru ni? Baik kau masuk penjuru jel jah biar kena ramas dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 06:59 AM | Show all posts
Banyak sangat nak jadi Napoleon....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.463424 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list