CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 478|Reply: 0

[Politik] BN YANG HARU-BIRU : Pencalonan Ahmad Husni: 'Dengar suara akar umbi UMNO Tambun

[Copy link]
Post time 24-4-2018 04:15 AM | Show all posts |Read mode



IPOH: Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah memohon agar pucuk pimpinan mempertimbangkan pandangan kesemua ahli serta peringkat akar umbi mengenai pemilihan calon bagi kerusi Parlimen Tambun.

Beliau berkata, ahli UMNO bahagian itu mahu pimpinan tertinggi parti meletakkan harapan serta keinginan ahli di peringkat bawahan yang merupakan jentera parti dalam membuat keputusan.

"Saya harap pucuk pimpinan beri pertimbangan yang sewajarnya sebelum membuat pilihan kerana kita yang berada di bawah, kita yang melaksanakan kerja, kita yang melaksakanan tanggungjawab kepada parti.

"Saya harap sekurang-kurangnya pucuk pimpinan mengambil kira hal itu kerana sebagai anggota parti kita juga berhak menyuarakan hak kita," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas menyempurnakan Program Ramah Mesra bersama warga emas Rumah Seri Kenangan (RSK) Ulu Kinta, di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai laporan yang mengatakan UMNO Bahagian Tambun menolak pencalonan semula Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tambun dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Difahamkan ahli bahagian berpendapat tidak wajar untuk mencalonkan semula Ahmad Husni berikutan tindakan beliau melepaskan semua jawatan dalam parti dan mengumumkan persaraan sekitar Julai 2016.

Ahli bahagian mula menyuarakan pendapat setelah Ahmad Husni menyatakan keinginan untuk bertanding semula baru-baru ini.

Ahmad Husni merupakan Ahli Parlimen Tambun selama empat penggal selepas memenangi PRU pada 1999. Pada PRU13 lalu, beliau memenangi kerusi Parlimen Tambun dengan menewaskan calon PKR, Siti Aishah Shaik Ismail dengan majoriti 9,325 undi.

"Saya selaku pemangku Ketua Bahagian, apabila Ahmad Husni menyatakan hasrat untuk meninggalkan bidang politik dulu, wajarlah kita sediakan golongan pelapis.

"Apa pun kita akur dan mengakui keputusan akhir terletak di tangan Presiden parti, cuma yang kita harapkan supaya pucuk pimpinan mengambil pandangan dan pertimbangan jentera parti di akar umbi," tambah Aminuddin yang juga penyandang DUN Hulu Kinta.

Pada PRU13, ketiga-tiga kerusi dimenangi BN dengan Ahmad Husni di Parlimen Tambun, Aminuddin di DUN Hulu Kinta dan Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin di DUN Manjoi.

http://www.astroawani.com/berita-politik/pencalonan-ahmad-husni-dengar-suara-akar-umbi-umno-tambun-dahulu-173572
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.058834 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list