CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 772|Reply: 1

[Politik] BN YANG HARU-BIRU #4 : Ahmad Said lega tetapi protes

[Copy link]
Post time 24-4-2018 04:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by cmf_BeachBoys at 24-4-2018 04:27 AM



                                
AHMAD: Apa yang paling membimbangkan saya selepas ni ialah kemungkinan lebih banyak
peti undi BN akan ditutup di sana sebagai tanda protes. - Gambar fail

KUALA TERENGGANU: Walaupun boleh dikatakan menarik nafas lega kerana masih dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal bagi pusingan kali ini, namun bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said tidak mampu menahan untuk menzahirkan ketidakpuasan hatinya terhadap calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding di kerusi N31 Cukai Datuk Mohamed Awang Tera.

Ini kerana, jelas beliau seluruh ahli UMNO Kemaman dan semua parti komponen BN Kemaman sedia maklum bahawa calon tersebut pernah berpaling tadah dan bertindak melakukan sabotaj terhadap BN pada PRU13 yang lalu dan menyebabkan calon BN di kerusi tersebut tewas kepada Pas.

Perkhabaran ini jelasnya telah menimbulkan banyak rasa tidak puas hati bukan sahaja di peringkat kepimpinan BN Kemaman malah kepada ahli yang mula membantah pencalonan tersebut.
“Dan ini semua orang tahu malahan pada hari pengundian, beliau sendiri menaiki kereta orang Pas.. dan saya berasa dukacita kerana beliau tidak memberi kerjasama selepas itu kepada kepimpinan dan juga UMNO bahagian.

“Apa yang paling membimbangkan saya selepas ni ialah kemungkinan lebih banyak peti undi BN akan ditutup di sana sebagai tanda protes terhadap keputusan ini. Malah pagi inipun saya menerima gambar-gambar dari pemuda menunjukkan rasa protes mereka," kata Ahmad.

http://www.astroawani.com/berita-politik/ahmad-said-lega-tetapi-protes-173561
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 12:29 PM | Show all posts
next drama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.610457 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list