CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 597|Reply: 1

[Politik] PH YANG HURU-HARA : Tolak 'calon minit terakhir', kata Tian Chua kepada pemimpin

[Copy link]
Post time 24-4-2018 04:31 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin PKR menasihati pimpinan tertinggi parti untuk menolak sebarang 'calon minit terakhir' untuk bertanding di Pilihan Raya Umum ke-14.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata sebarang usaha atau lobi dari pihak-pihak tertentu untuk menepati agenda sesetengah pihak tidak patut mengganggu persediaan parti dan Pakatan Harapan untuk memenangi PRU 14.

"Ketika ini, memang Pakatan Harapan ada sokongan rakyat.

"Namun, janganlah terbawa-bawa sangat dengan keyakinan untuk menang dengan memilih calon yang tidak tepat bagi sesebuah kawasan," katanya.

Apabila ditanya apa tindakan beliau sekiranya digugurkan sebagai calon untuk Parlimen Batu, Tian Chua berkata beliau masih akan terus kekal dengan PKR.

"Saya sayang parti ini, saya sayang perjuangan ini.

"Jika saya digugurkan, tidak mengapa kerana saya masih tetap akan berusaha untuk memenangkan PKR dan Pakatan Harapan," kata Tian Chua.

Beliau menafikan sebarang spekulasi bahawa beliau akan tinggalkan parti atau berlaku pergaduhan dalaman dalam parti.

"Saya sendiri berada dalam Jawatankuasa Pemilihan Calon PKR.

"Saya boleh menjaminkan bahawa kriteria pemilihan calon adalah ketat dan dipastikan sesuai untuk sesuatu kawasan," tambahnya.

http://www.astroawani.com/berita-politik/tolak-calon-minit-terakhir-kata-tian-chua-kepada-pemimpin-pkr-173587
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2018 05:13 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.164625 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list