CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 801|Reply: 4

[Tempatan] Warga emas i) maut terkena renjatan elektrik.

[Copy link]
Post time 24-4-2018 05:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-4-2018 01:36 PM

Warga emas maut terkena renjatan elektrikNORJULIANA YAACOB
23 APRIL 2018

[url=][/url]


Mayat mangsa yang terkena renjatan elektrik


YAN - Seorang warga emas maut terkena renjatan elektrik apabila cuba menarik kabel di hadapan rumahnya di Kampung Singkir Darat daripada terbakar, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Fauzi Shuib berkata,  pihaknya menerima panggilan pada jam 10.27 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 10.42 pagi.


Katanya, setiba di lokasi kejadian api sudahpun marak dan 70 peratus rumah telah terbakar.
"Pihak bomba membuat kawalan api dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk memadamkan keseluruhan api," katanya.
Katanya, mangsa Ghazali Din, 62 bersama isteri dan tiga ahli keluarga berada di dalam rumah ketika kebakaran berlaku.
"Dipercayai, apabila menyedari api yang muncul dari garaj kereta, mangsa bertindak keluar dari rumah dan cuba menarik kabel elektrik di luar rumah namun terkena renjatan," katanya.
Menurut Fauzi, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan dan sehingga kini proses memadam sisa kebakaran masih dijalankan.
"Anggota bomba Yan turut dibantu oleh pasukan bomba sungai petani dan sukarela Tanjung Dawai, Sungai Limau dan Gurun," katanya.










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 07:06 AM | Show all posts
Al Fatihah.

Allah lebih menyayangi nya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 07:58 AM | Show all posts
dah ajal .... tak mati kerana umah terbako tapi mati kerana renjatan letrik
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:05 AM | Show all posts
Takziah. Kabel TNB ni kalau ada yang terbakar atau short, jangan kita pandai2 nak betulkan atau cuba sentuh. Tapi cepat2 call TNB untuk beritahu masalah yang berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bimbo nya kau dek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.068266 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list