CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 359|Reply: 0

[Tempatan] Warga emas ii) maut terkena renjatan elektrik.

[Copy link]
Post time 24-4-2018 05:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-4-2018 01:35 PM

Lelaki maut terkena renjatan elektrikROSALWANI CHE SOH
22 APRIL 2018

[url=][/url]


Mohd Nasir Yaacob



TANAH MERAH - Seorang isteri tidak dapat menahan kesedihan selepas menerima berita duka suami maut terkena renjatan elektrik.
Mangsa, Mohd Nasir Yaacob, 52, dipercayai keluar menangkap ikan menggunakan teknik renjatan generator di sungai berhampiran masjid Kampung Bukit Kechik, di sini, petang semalam.



Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa dikatakan ke kawasan itu berseorangan mencari ikan dengan menggunakan peralatan itu yang diletakkan di atas perahu.
Nurul Iezlinde Zambri, 30, berkata dia berada di rumah sebelum dimaklumkan jiran mengenai kejadian yang menimpa suaminya.

“Dia (suami) hanya beritahu mahu tinjau kawasan pencarian madu lebah di Kampung Kelisar ,Batu Gajah dan tak bagitahu pun nak pergi cari ikan di sungai berkenaan sebelum keluar rumah jam 11 pagi.
“Saya pun cuba hubungi telefon bimbitnya namun rupanya ia ditinggalkan di rumah,” katanya yang ditemui di perkarangan unit kecemasan Hospital Tanah Merah (HTM), awal pagi ini.
Nurul berkata, arwah suaminya mencari ikan di sungai dan turut mencari madu lebah di hutan sebagai sumber utama bagi menampung pendapatan keluarga sejak lapan tahun lalu.

“Apa pun saya terima dengan reda kerana arwah meninggal dunia ketika mencari rezeki untuk kami,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah Mohd Hanafi, berkata mangsa didapati sudah meninggal dunia sebaik anggota tiba di tempat kejadian kira-kira jam 8.55
“Maklumat awal diterima mangsa mencari ikan di sungai berhampiran masjid Kampung Bukit Kechik menggunakan teknik renjatan generator,” katanya.
Menurutnya, kes terbabit diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.419727 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list