CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 531|Reply: 0

[Politik] MANIFESTO GAGASAN SEJAHTERA : PAS tawar ‘Kelantan Sejahtera Untuk Islam’

[Copy link]
Post time 24-4-2018 05:52 AM | Show all posts |Read mode

KOTA BHARU: PAS mengemukakan tawaran bertema ‘Kelantan Sejahtera Untuk Islam’ untuk dinilai rakyat negeri tersebut sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Tawaran itu mengandungi 14 teras dengan keutamaan mendaulatkan Islam bagi meneruskan usaha memperkasakan perundangan syariah di Kelantan.

Selain itu meningkatkan kecemerlangan pendidikan dengan menyusun semula perkhidmatan pegawai pendidikan.

Menyuburkan ekonomi melalui meningkatkan sektor koperasi sebagai peluang pelaburan.

Memperkasakan pembinaan rumah untuk rakyat antaranya memperkasakan program rumah dhuafat di setiap Dun.

Mewujudkan alam sekitar lestari antaranya memperkenalkan sistem penuaian air hujan atau penggunaan panel solar.

Manifesto itu dilancarkan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob di Kelantan Trade Centre hari ini.

Sebelum itu kandungan manifesto terbabit dibentang Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Mohd Amar Abdullah di hadapan kira-kira 2,000 tetamu yang hadir.

Antaranya pemimpin PAS, wakil badan bukan kerajaan dan pegawai kerajaan negeri.

Selain itu manifesto PAS Kelantan juga berusaha mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dengan menawarkan bantuan caj perubatan.

Meningkatkan kemudahan asas antaranya mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan bekalan air bersih.

Pembinaan Kelantan Sejahtera Rakyat antaranya memperkenalkan insentif kepada setiap pemandu kereta sewa.

Memperkenalkan sektor pelancongan Islam melalui penggalakkan pelancongan berteraskan Islam dengan menjadikan produk berasaskan agama.

Meneruskan kecemerlangan sektor pertanian, antaranya mengekalkan keluasan tanah rizab padang ragut dengan menggantikan kawasan yang terlibat dengan pembangunan.

Program Pembangunan Belia Bermaruah pula berusaha memperkasakan usahawan belia bagi tempoh 2018 hingga 2021.

Bagi memartabatkan wanita, PAS berhasrat menubuh Pusat Pengajian Pondok Moden Wanita.

Kecaknaan perantau pula bagi memastikan anak Kelantan di perantauan turut menerima manfaat daripada program anjuran kerajaan negeri.

PAS juga terus memperjuangkan hak-hak rakyat iaitu berjuang menuntut royalti petroleum dan menubuh Perbadanan Petroleum Kelantan. – HARAKAHDAILY 23/4/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/6332-pas-tawar-kelantan-sejahtera-untuk-islam

MANIFESTO GAGASAN SEJAHTERA : Manifesto Malaysia Sejahtera (Fasa Pertama)
MANIFESTO GAGASAN SEJAHTERA : Manifesto Malaysia Sejahtera (Fasa Kedua)
MANIFESTO GAGASAN SEJAHTERA : PAS tawar solusi atasi isu perumahan rakyat
MANIFESTO GAGASAN SEJAHTERA : Rakyat mudah beli kereta
MANIFESTO GAGASAN SEJAHTERA : 2 tawaran istimewa PAS kepada siswazah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.374513 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list