CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2364|Reply: 25

[Tempatan] Bakal doctor malaya graduan uni mesir jadi bapa ayam kepada kanak kanak berusia

  [Copy link]
Post time 24-4-2018 06:14 AM | Show all posts |Read mode
Bakal doktor jadi bapa ayam dijel 10 tahunSITI AZIELAH WAHI





Sekadar gambar hiasan.



PUTRAJAYA - Seorang graduan perubatan dari universiti di Mesir dipenjara 10 tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak hari ini, kerana kesalahan hidup atas hasil persundalan seorang kanak-kanak berusia 14 tahun.

Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman itu terhadap Khairul Azzuar Yusoff, 30, yang mengaku hidup daripada hasil persundalan kanak-kanak itu, di Berjaya Times Square Hotel dan Servis Apartment, Jalan Imbi, jam 2 sehingga jam 3.30 petang pada 26 Januari 2017.


Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah, namun menukar pengakuannya kepada bersalah selepas pihak pendakwaan memanggil tujuh saksi memberi keterangan.
Timbalan Pendakwa Raya, Jasmee Hameeza Jaafar memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana tertuduh hanya membuat pengakuan selepas beberapa saksi selesai memberi keterangan.
“Ini adalah kesalahan serius, bukan sahaja salah dari segi undang-undang, malah dari sudut agama dan membabitkan kanak-kanak.

"Tertuduh adalah seorang yang bijak dan sebagai orang dewasa sepatutnya boleh membuat pertimbangan antara salah dan benar. Apa juga alasan untuk dia menawarkan khidmat seks bukanlah untuk tertuduh mengambil kesempatan,” hujahnya.
Sementara itu, tertuduh yang diwakili peguam Suzanawati Ismail, merayu dikenakan hukuman ringan kerana telah insaf dan memohon diberikan pilihan kedua.
“Tertuduh adalah penuntut dalam jurusan perubatan dan pembedahan. Tertuduh bersedia menawarkan kepakarannya untuk banduan yang berada di dalam penjara.

"Tertuduh juga telah dibuang keluarga dan masa depannya musnah," katanya.
Tambah peguam itu, mangsa dalam kes itu mencari tertuduh untuk mendapatkan wang dan menggunakan wang yang diperoleh bagi membeli barangan.
“Mangsa kini bebas, sedangkan tertuduh berada di penjara menghabiskan masa mudanya,” katanya.

Berdasarkan fakta kes, ketika tangkapan dilakukan, mangsa dilihat sedang menunggu seseorang, berada di pekarangan pusat beli-belah berkenaan.
Hasil siasatan, remaja itu mengesahkan dia melakukan aktiviti pelacuran selepas ditawarkan oleh tertuduh, selain mendakwa dilanggan oleh dua lelaki pada 26 Januari 2017 antara jam 2 sehingga jam 3.30 petang di tempat kejadian.
Mangsa juga mendakwa mendapat bayaran khidmat seks yang diberikan oleh pelanggan tetapi dibayar kepada tertuduh.

























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa sudah jadi ???...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Apabila iq je dikejar, eq ke laut dalam so sad

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 07:43 AM | Show all posts
kekadang..pandai pun tak leh nak fikir...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 07:50 AM | Show all posts
persundalan ....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kahwinkan je dia ni ngn pmpuan mental twidder tu..kekeke~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2018 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kanak2 tu pun rela la ye disundalkan
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 09:22 AM | Show all posts
15 tahun jahhh kena lokap?
muke heols ala2 bad boy jugak kann?
ke sebab dah dibotakkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 09:23 AM | Show all posts
Muka not bad gak bakal doc ni... sia2 je dok penjara....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 09:25 AM | Show all posts
Bakal doktor dipenjara 10 tahun lacurkan pelajar tingkatan dua
pada 30-03-2018 02:03
Post Pic

PUTRAJAYA: Seorang bakal doktor dihukum penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah terlibat dalam aktiviti pelacuran seorang kanak-kanak pada 2017.

Khairul Azzuar Yussof, 30, pelajar perubatan dan pembedahan sebuah universiti di Mesir, turut dihukum satu sebatan selepas menukar kepada pengakuan itu.

Mahkamah mengarahkan hukuman itu dijalan berasingan selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara 14 tahun bagi satu kes yang lain, lapor Kosmo!.

Tertuduh didakwa melibatkan diri dalam aktiviti pelacuran seorang kanak-kanak 14 tahun melalui aplikasi WeChat, pada 27 Februari 2017.   

Anak bongsu tujuh beradik tersebut didakwa terlibat melakukan aktiviti itu di sebuah hotel di ibu negara, antara jam 2 petang hingga 3.30 petang.

Mahasiswa itu didakwa bawah Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan sebatan.

Hakim Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak menasihatkan tertuduh agar menggunakan peluang hukuman berkenaan demi memperbaiki diri sendiri.

“Saya harap awak dapat gunakan pengetahuan dalam bidang perubatan untuk membantu banduan-banduan yang berada di penjara,” kata Hakim Yong Zarida Sazali.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
lililen replied at 24-4-2018 09:15 AM
Kanak2 tu pun rela la ye disundalkan

Bdk tu baru 14 tahun u...mana laa dia bole pikir dgn bijak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 09:26 AM | Show all posts
As expected dari wechat jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
celaka punya jantan3 1 cent no use! ko pergi lacurkan & langgan kanak2 yg sepatutnya ko lindungi. moga pupus & tak membiaklah jantan2 haram jadah tu semua. patut kena tambah hukuman sebat mengikut jumlah bayaran yg bapak ayam ni terima dari hasil melacurkan anak malang itu. pastu 2 ekor pelanggan tu jangan dilepaskan pulak. patut kena hukum sebat sampai bang jamil mampus jugak!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Again high iq deficient eq
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutnye mamat ni yang offer lubang kunyit dia pada customer..dan hasil persundalan tu bagi kt bdk 14 thun tu. Ni barucla dikatakan membantu
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan i mesti kenal dia ni...ke kawan2 i dulu jugak ni...umur sebaya dengan i
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 10:19 AM | Show all posts
yg jadi master kepada freelance bawah umur tu satu hal....yg melanggannya tak kena tangkap ke? takkan tak buat siasatan lanjut sapa pelanggan2 'master' dan budak tu? Ada permintaan tentunya ada penawaran.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 10:31 AM | Show all posts
org mcm ni ke nak jd doktor utk rawat pesakit??
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecewanya mak bapak bila anak yang disanjung disayangi diharap2kan rupanya bapak ayam budak bawah umur.

Penat kerja siang malam cari duit nak sekolahkan dia sampai hantar ke Mesir pun tak habis lagi..

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 10:58 AM | Show all posts
sbb mangsa rela ke kne penjara sket je..14thn ngan 10thn je..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.586117 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list