CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4028|Reply: 58

[Tempatan] Dengar tu semua wanita wanita malaya semua...jangan memandang jijik kepada polig

[Copy link]
Post time 24-4-2018 06:30 AM | Show all posts |Read mode
Jangan cemarkan kemuliaan poligamiSARINA MOHD SOM
23 APRIL 2018

[url=][/url]


Gambar hiasan


SHAH ALAM - Kekeliruan untuk memahami konsep poligami yang sebenar ini telah menimbulkan perdebatan sengit sehingga terjadi penolakan terhadap hukum poligami. Antara kenyataan yang sering dimomokkan, poligami dianggap sebagai suatu bentuk penganiayaan dan kezaliman terhadap wanita. Ada pula sesetengahnya yang tanpa segan mengatakan tidak kepada poligami dan sebahagian pula menentang secara halus.
Bercakap ketika menjadi panel bual bicara ‘Poligami Madu atau Racun,’ Ustaz Coach Hasnol Basri Hassan bagaimanapun berkata, punca salah faham terhadap hukum berpoligami itu adalah disebabkan kegagalan individu yang mengamalkan poligami tersebut.


“Poligami mahupun monogami, kedua-duanya adalah syariat. Namun apabila ada pihak yang mencemari kemuliaan itulah menyebabkan pelbagai tanggapan buruk berlaku.

“ALLAH membolehkan seorang suami itu berkahwin lebih daripada satu, tetapi haruslah adil dan tidak berbuat aniaya terhadap isteri, terutamanya isteri yang pertama. Poligami bukan sahaja dinilai dari segi pembahagian giliran dan nafkah sahaja, tetapi juga soal kasih sayang dan keprihatinan untuk kedua-duanya,” katanya.
Meskipun suami mempunyai hak untuk beristeri lebih, namun ia diharuskan sekiranya terdapat beberapa kes-kes dengan syarat-syarat tertentu. Misalnya, niat berkahwin itu untuk mengelakkan maksiat, menjaga balu atau janda, isteri gagal untuk hamil, berjauhan dengan isteri dan banyak lagi sebab yang membolehkan suami untuk berkahwin sekiranya mampu.

“Isteri yang dikahwini tidak boleh dinilai dari rupa dan usia semata. Sebaliknya carilah isteri yang sudah bersedia dan berilmu. Menilai seseorang dari segi rupa itu hanya akan menyebabkan keseimbangan kasih sayang antara isteri pertama dan seterusnya akan menjadi berat sebelah. Wajah yang cantik, dan usia yang muda bukan ukuran untuk mengekalkan kesejahteraan rumah tangga, sebaliknya kematangan serta kesediaan untuk bermadu itulah utama.  

Menyentuh tentang kesilapan besar yang biasa dilakukan oleh pengamal poligami, Hasnol berkata, sikap tidak peka dengan perasaan isteri pertama adalah punca berlakunya kepincangan. Lebih-lebih lagi apabila suami meninggalkan isteri dengan  kadar yang lama tanpa berita, tidak mengambil berat kebajikan keluarga, dan tidak pandai menguruskan dua isteri. Rumah tangga yang diharapkan bahagia, akhirnya porak peranda dan sukar untuk disatukan.

“Perkahwinan yang hanya memenuhi tuntutan hawa nafsu dan sifat-sifat fizikal pasangan, kebiasaannya perkahwinan seperti ini tidak akan dapat kekal lama. Sebaliknya, jika pasangannya itu dibekalkan dengan ilmu serta mampu untuk berlaku adil, rumah tangga tersebut akan kekal bahagia dan mudah untuk dikemudi,” katanya.

Penceramah bebas, Nurul Adni Adnan bagaimanapun berkata, naluri wanita untuk tidak mahu berkongsi kasih adalah normal, begitu juga lelaki yang mempunyai naluri untuk beristeri lebih dari satu. Namun, setiap wanita itu harus bersedia dalam apa juga kemungkinan.
“Apabila ALLAH timpakan ujian poligami, seseorang itu perlu sabar dan berdoa agar ia dipermudahkan dengan baik. Jadi bila kita faham konsep ni, kita akan lebih berlapang dada dan reda dengan ujiannya. Saya sendiri sudah sembilan tahun mengamalkan poligami. Menjadi isteri kedua daripada tiga isteri, banyak yang saya belajar untuk diri sendiri.

“Poligami boleh menjadi madu dan juga racun, namun ia bergantung kepada situasi.
“Untuk mengubati hati dan menerimanya dengan baik, kita perlu kembali kepada al-Quran dan Sunnah. Islam itu adalah agama yang penuh keadilan, Islam juga adalah agama rahmat. Jadi, bila kita faham Islam itu dengan baik, tak mungkin ALLAH  mahu menyakiti hati kita, sedangkan ALLAH tahu isi hati setiap wanita,” ujarnya.
Katanya, seseorang itu akan mula memahami kemanisan hidup berpoligami setelah berjaya melepasi fasa kecamuk, tsunami dan sebagainya.
“Kita akan rasa kebahagiaan itu akan bertambah di kemudiannya. Al-Quran memberikan kita kefahaman dan kesembuhan seperti mana firman ALLAH yang bermaksud, seandainya manusia menghabiskan seluruh kekayaan bumi, untuk menyatukan hati-hati manusia, manusia tidak akan mampu menyatukannya. Sesungguhnya ALLAH lah yang menyatukannya,” katanya.






http://www.sinarharian.com.my/nasional/jangan-cemarkan-kemuliaan-poligami-1.825394


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2018 06:36 AM | Show all posts
@mbhcsf  @chazey  cepat cepat carikan bakal madu kamu ye!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Berlaku adil lah sangat lobai ..... nabi pun ada wife yang dapat lebih perhatian ....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 07:04 AM | Show all posts
Untuk sesiapa yang masih GAGAL memahami konsep poligami di dalam Islam, ini ada sedikit penerangan ringkas berkenaan poligami.

Faktor utama Islam membenarkan poligami adalah kerana PEPERANGAN yang berlaku sejak dahulu lagi.

Kerana PEPERANGAN lah yang menyebabkan populasi lelaki berkurangan daripada wanita.

Kerana PEPERANGAN lah yang menyebabkan wanita menjadi janda, anak-anak menjadi yatim, suami terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anak dan sebagainya.

Jumlah wanita yang berlebihan ini menyebabkan berlakunya aktiviti maksiat seperti pelacuran, perempuan simpanan dan sebagainya.

Islam adalah agama fitrah yang tidak berlawanan dengan asal usul kejadian dan tindak tanduk manusia.Maka Islam membenarkan poligami bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah SWT.

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 07:08 AM | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 24-4-2018 07:10 AM

Dari segi istilah, ADIL itu bermaksud "meletakkan sesuatu perkara itu pada tempatnya" dan bukannya bermaksud "SAMA RATA".

Ilustrasi berikut adalah yang paling mudah untuk membezakan apa itu ADIL dan SAMA RATA.






Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz coach ni istilah baru ke? Ape maksud eh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2018 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 24-4-2018 07:08 AM
Dari segi istilah, ADIL itu bermaksud "meletakkan sesuatu perkara itu pada tempatnya" dan bukannya b ...

Yesss, jelas sangat gambar ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kedekut dgn anak bini jgn harap poligami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 07:26 AM | Show all posts
Dalam hal poligami ini, jarang kita jumpa seorang isteri se baik Khadijah Am ia itu isteri kepada Ulamak Abuya "Ailiomleleh" Asaari.

Dilaporkan bahawa untuk membantu suaminya memberi nafkah batin kepada bini nombor 4 nya, Ummu Jah sanggup memegang kaki Abuya macam memegang handle wheel barrow dan mengangkatnya keatas kebawah. Ini kerana badan suaminya sudah tidak kuat.

Apa apa pon Allah SWT tahu bahawa walaupon poligami itu baik untuk kita, Dia menghadkan kita berbuat kebaikan. Kita hanya boleh kahwin 4 sahaja. Hanya junjungan kita Rasulullah SAW dikecualikan dimana baginda tidak tertalok kepada jumlah maksima 4 ini.

Ini sesuai dengan pepatah Melayu "Buat baik perpada pada".

Namun begitu jumlah hamba wanita (termasuk tawanan perang) yang kita boleh pakai tidak lah ada hadnya.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 24-4-2018 07:04 AM
Untuk sesiapa yang masih GAGAL memahami konsep poligami di dalam Islam, ini ada sedikit penerangan r ...

Oh begitu. Pohon pencerahan bagaimana aplikasi konsep ini skrg sbb lelaki jauh lebih ramai dari wanita pada zaman sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
ini bukan sesuatu yg harus 'digalakkan'. poligami akan berlaku dan biarlah ia dlm bilangan yg kecil. tidak patut menggalakkan amalan ini
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:20 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:25 AM | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 24-4-2018 07:39 AM
Oh begitu. Pohon pencerahan bagaimana aplikasi konsep ini skrg sbb lelaki jauh lebih ramai dari wa ...

Bergantung kepada faktor lain

-Isu moral seperti LGBT.
-kemampuan dari segi ekonomi.
-kesihatan.
-Jurang taraf pendidikan antara lelaki dan wanita.


Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 24-4-2018 06:36 AM
@mbhcsf  @chazey  cepat cepat carikan bakal madu kamu ye!

Akak nak carik madu kelulut jah. Madu puki akak tak nak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:32 AM | Show all posts
taikor replied at 24-4-2018 07:45 AM
ini bukan sesuatu yg harus 'digalakkan'. poligami akan berlaku dan biarlah ia dlm bilangan yg kecil. ...

Ianya harus digalakkan sekiranya kerajaan tidak mampu mengekang perzinaan,pelacuran dan sebagainya.

Juga sekiranya dalam keadaan kerajaan tidak mampu untuk menyediakan satu persekitaran ekonomi yang tidak mencengkam hidup rakyat.

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 10:40 AM | Show all posts
mawarika replied at 24-4-2018 07:22 AM
Kalau kedekut dgn anak bini jgn harap poligami.

tu la psl..kedekut tp ade ati nk poligami..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 10:43 AM | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 24-4-2018 07:39 AM
Oh begitu. Pohon pencerahan bagaimana aplikasi konsep ini skrg sbb lelaki jauh lebih ramai dari wa ...

Ko jgn, mana ko dpt data lelaki lagi ramai dari pompuan....x salah aku Zehar Derus cakap nisbah lelaki dgn pompuan 1:27 ke hapa dulu dlm ceramah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk sangat pasal puki je..
Anak2 & isteri yang ada pun tak habis ajar lagi.
Zaman sekarang zaman duit.
Masuk jamban pun pakai duit.
Sekolahkan anak pun nak duit.
Duit tau, duit..
Bukan fikir duniawi tapi fikir keperluan hidup kat dunia ni..

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 10:47 AM | Show all posts
Sembang lah yg citer hikmah tu hikmah ni pasal perang pasal mende bagai....hakikatnya poligami skang nih nak cari yg muda bergetah jer.....

SO enough lah nk citer pasal hikmah2......yg nk berpoligami pegang jer lag itu dibenarkan,xyah berselindung dgn hikmah and whatnot
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Actually, monogami ni baru je popular dalam abad ke 19 - 20, sebelum tu mmg poligami normal.

Sejarah, Sains dan perubatan dah buktikan, poligami yg baik adalah baik utk manusia.

Tapi, apakah poligami baik yg dimaksudkan? Terlalu subjektif, dalam dunia ni ada yg puas kalau memberi, ada yg puas kalau menerima.

Monogami ni lebih romantis dan simple. Lebih kepada pasangan yg bersifat teritorial.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.070862 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list