CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 877|Reply: 15

[Tempatan] Kerajaan BN sahkan 1Malaysia ada 6.7 pekerja asing HANYA 2.1 juta ada dokumen SA

[Copy link]
Post time 24-4-2018 06:52 AM | Show all posts |Read mode
Warga Kuala Lumpur mahu polisi pengurusan warga asing yang cekap
Diterbitkan pada April 24, 2018 05:13 MYT

KUALA LUMPUR: Polisi pengurusan warga asing yang efisen diperlukan agar kemasukan golongan ini tidak merugikan rakyat Malaysia.

Ini pandangan yang disuarakan penduduk Kuala Lumpur mengenai isu kemasukan warga asing di negara ini.

Walaupun terdapat perbezaan pandangan mengenai implikasi kemasukan warga asing, rata-rata orang ramai menginginkan kerajaan menggubal polisi kukuh bagi mengurus komuniti warga asing dengan cekap.

Pengurusan tersebut termasuk dalam hal berkaitan keselamatan setempat, kesihatan awam ataupun peluang pekerjaan.

"Sebenarnya kalau kita lihat, pekerja asing ada sumbangan kepada negara. Namun, kerisauan buat kami lebih kepada sikap atau perbuatan mereka.
"Contoh yang boleh saya beri lebih kepada aspek kebersihan. Ada dalam kalangan mereka yang membuang sampah di merata-rata serta tidak menjaga kebersihan di tempat awam," kata Nur Athirah Azahar, seorang graduan.

Tambahnya, kalau minat warganegara ingin diraih untuk mengisi permintaan bagi kerja-kerja yang dianggap berbahaya dan kotor, inisiatif-inisiatif baharu perlu diwujudkan kerajaan untuk menarik lebih ramai orang untuk mengambil peluang ini.

Pandangannya turut dikongsi Eksekutif Pemasaran Thomas Woo yang merasa isu peluang pekerjaan melibatkan warga asing boleh diselesaikan sekiranya peluang pekerjaan sedia ada dapat diperkasakan.

"Maksud saya, kalau bilangan pekerjaan yang bergaji tinggi boleh ditambahkan, saya pasti tiada siapa yang akan merungut tentang perkara ini," kata Woo.

Namun, bukan semua rakyat di Kuala Lumpur berpandangan bahawa kemasukan warga asing adalah satu perkara yang membimbangkan.

Ada juga yang merasakan bahawa golongan ini perlu diberi peluang agar mereka dapat memberikan sumbangan positif buat negara.

“Apa yang penting di sini adalah mereka tidak melakukan jenayah atau memberi impak negatif kepada orang lain,” kata Syukran Anuar, seorang pekerja swasta.

Tambahnya, walau siapa pun yang bakal dipilih rakyat, mereka harus mengambil maklum bukan sahaja mengenai perihal warganegara yang telah mengundi mereka tetapi juga mana-mana golongan lain yang menetap di kawasan mereka, termasuk pekerja asing.

Menurut Kementerian Sumber Manusia, dianggarkan terdapat 6.7 juta pekerja asing di negara ini dan 2.1 juta daripadanya adalah warga asing yang mempunyai permit kerja manakala selebihnya adalah imigran tanpa dokumen yang sah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi gaji rm5k kat buruh binaan dan cleaner. Kau tgk berebut2 orang nak keje, yang. Orang yang smart takdenye nk.membuang masa mencapap keje ofis klo bukan sebab gaji nak bayar mortgages. Period
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 07:37 AM | Show all posts
untong ler deme....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 07:43 AM | Show all posts
Setakat anggaran menteri kabinet dungu macam Richard Riot saja tak payah sembang la.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
6.7 juta tu yg belum dapat ic percuma hence statusnya masih pekerja warga asing. campur yg dah selamat dapat ic percuma, total sebenar pekerja warga asing di msia truly asia mungkin melepasi 10 juta orang.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 09:36 AM | Show all posts
selang 3 4 tahun buat pemutihan... senang2 je depa dpt masuk mesia..

pastu makin lama makin ramai ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2018 10:09 AM | Show all posts
Hai mane tak ramai pati. Masa tangkap penuh 1 lori. Sampai depot tak sampai separuh. Ajaib betul
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 10:34 AM | Show all posts
bila rasuah berleluasa inilah jadinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Aman2 je PATI merayap sana sini..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
So pati2 ni nak undi apa?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
"itu warga asing kasi wa kaya...kasi susah lu...bukan wa punya pasal..."-Majikan Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 11:49 AM | Show all posts
Tak mustahil satu hari nanti rakyat Malaysia dipinggirkan dan PATI di beri status keistimewaan hanya utk memenangkan kerajaan korup.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 11:55 AM | Show all posts
warga asing lbh ramai lagi dari sstgh kaum di malaysia.... nanti blh la tubuhkan Parti Indo Malaya Bersatu. Parti Bangla Malaysia.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2018 06:56 PM | Show all posts
yg bagusnya nk ambush PATI siap buat pengumuman dlm media berminggu -minggu awal
hujung2 tak sampai sejuta pun PATi ditangkap

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 07:12 PM | Show all posts

mahathir kata 700,000 warga china undi BN dan 1 juta warga bangla akan undi BN juga.  so kenapa Pakatun masih masuk pilihanraya walaupun dah tahu tak boleh menang. letak 6000 undi bangla di langkawi dah cukup utk mahathir cium tanah, so apa susah2 nak masuk bertanding di langkawi klu dah tahu kalah dgn undi bangla? maknanya dia sendiri tak percaya his own bullshit.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam promo pilihanraya BN di tv, saya ada tertonton Najib menyebut kerajaan dah wujudkan 2 juta (kalau tak silap pendengaran saya) peluang pekerjaan sejak tahun 2009.

Jadi tak lah pelik pendatang asing sedemikian ramai sebab ada peluang pekerjaan terbuka luas untuk mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.418591 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list