Minah tikam mati bos kuat bebel
https://www.hmetro.com.my/global/2018/04/333175/minah-tikam-mati-bos-kuat-bebel
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 April 2018 @ 6:14 PM
Agensi
Pembantu warga Indonesia dipenjara 15 tahun. FOTO The Straits Times
Singapura: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipenjara 15 tahun kerana menikam mati majikannya dengan pisau akibat tidak tahan mendengarnya membebel kerana dia makan terlalu lama.
Pembantu rumah terbabit baru sebulan bekerja dengan mangsa.
The Straits Times melaporkan, tertuduh, Minah, 38, mengaku bersalah menyebabkan kematian Tay Quee Lang , 77, tanpa niat membunuh di rumah mangsa pada 13 Februari tahun lalu.
Ketika ditahan, Minah menipu pihak polis dengan mengatakan majikannya membunuh diri.
Menurut Pesuruhjaya Kehakiman Audrey Lim, alasan Minah membunuh majikannya kerana kuat membebel tidak munasabah memandangkan mangsa tidak langsung menggunakan kekerasan terhadapnya.
“Ini kerana majikannya tidak melakukan sebarang kekerasan terhadapnya,” katanya.
|