Zikri Kamarulzaman | Diterbitkan 24 Apr 2018, 11:19 pagi | Dikemaskini 24 Apr 2018, 11:21 pagi
Menyelam sambil minum air.
Begitu tindakan perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak apabila menjual “pantun” di Institut Kanser Negara di Putrajaya hari ini.
Sungguhpun di negeri Selangor terjumpa baldi,
kes denggi tertinggi di Darul Ehsan tetap kita perangi;
Biarla pemimpin itu bawa hati ke Pulau Langkawi,
Namun yang paling penting Pak Lah tetap setia kekal di sisi.
Puisi Melayu lama, yang dilihat lebih kepada syair itu, bukan semata-mata memuji kesetiaan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi turut menyindir calon perdana menteri pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tidak terlepas, kerajaan Selangor pimpinan PKR juga menjadi mangsa kritikan Najib dalam karya itu dalam isu bekalan air negeri dan masalah denggi.
Karya itu dibacakan di akhir ucapan perasmian instititut itu yang telah mula beroperasi sejak Ogos 2013.
Abdullah tidak hadir hari ini. Institut itu bagaimanapun mula dibina ketika pentadbirannya.
tak boleh lawan sajak Mamak Mudah lupa oleh memanda mahathir ..
Sajak Mamak Mudah Lupa ialah sebuah sajak yang ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia keempat Tun Dr Mahathir Mohammad semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun 2001.
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Pak Lah tak terlawan dengan Madey, aset & dana2 politik UMNO yg ditinggal kan Madey ciput, Madey tak nak serah banyak aset2 yg dipegang trustee2 dia sampai sekarang, dana2 politik kroni2 Madey dialih piii puak pembangkang untuk menekan Pak Lah & Najib.
Malang nyerrr bagi Madey, Anak Tun Razak bijak melawan & pandai cari jalan lain untuk tidak mengharap pada dana2 politik kroni2 Madey, malah dia berjaya hancur kan beberapa periuk nasi utama kroni2 Mahathir, dia tak mati kan terus, kalau kroni2 madey ni nak cari makan, kena guna jalan susah macam orang lain, you gagal, bagi orang lain pulak peluang....