CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2441|Reply: 27

[Tempatan] Saya akan tinggakkan bola sepak selamanya jika.....' - TMJ

  [Copy link]
Post time 24-4-2018 05:20 PM | Show all posts |Read mode





TUNKU Ismail Sultan Ibrahim meluahkan untuk meninggalkan segala-galanya berkaitan bola sepak jika Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mencapai peningkatan seperti yang diharapkan.

Kenyataan pemilik JDT itu dimuat naik pada laman Facebook, JOHOR Southern Tigers, hari ini.


“Saya akan pulang esok. Bukan sahaja pasukan akan berubah tetapi cuaca juga akan berubah. Tidak percaya? Kita lihat nanti.

“Baru-baru ini saya sudah menandatangani dua pemain baharu kami. Pada Mei nanti JDT akan menjadi sebuah pasukan yang berbeza.

“Jika prestasi pasukan tidak meningkat selepas ini seperti mana yang saya yakin, saya akan lepaskan segala-gala yang berkaitan dengan bola sepak untuk selama-lamanya. Ini kerana saya yakin mereka akan berikan persembahan terbaik,” katanya dalam kenyataan itu.

Kenyataan Tunku Ismail itu mendapat pelbagai reaksi balas daripada penyokong di ruangan komen dengan kebanyakannya melahirkan kebimbangan selepas menganggap Tunku Mahkota Johor (TMJ) akan meninggalkan JDT.

Bagaimanapun, pengendali laman JOHOR Southern Tigers tampil menjelaskan yang kenyataan TMJ itu lebih kepada menyatakan keyakinan tinggi beliau bahawa JDT akan tampil dengan persembahan berbeza selepas ini.

“Cuba faham maksud baginda (TMJ) betul-betul. Baginda sayangkan bola dan tidak mungkin ingin tinggalkan JDT. Baginda yakin pasukan akan ‘perform’ (mempamerkan persembahan terbaik) selepas ini dan jika tidak ‘perform’ baginda sanggup tinggalkan bola sepak selama-lamannya.
“Ia seperti berbunyi jika pasukan tidak ‘perform’ baginda akan kerat jari baginda. Itulah yang cuba di sampaikan. Bukan kalau pasukan tidak ‘perform’ baginda ingin angkat kaki,” kata pengendali laman JOHOR Southern Tigers.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 05:58 PM | Show all posts
ikot ko la..
nk setaraf ngan antarabgse..mmg jauh la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 06:01 PM | Show all posts
OKlah................. bye-bye...........
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 07:48 PM | Show all posts
sembang jambang
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:01 PM | Show all posts
sembanggggggggggg
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:05 PM | Show all posts
kahkah kah sembang kencang ja ko, bdk hingusan gemok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2018 08:13 PM | Show all posts
ni mcm kisah orang yg pukul canang nak deactivate & tinggalkan fesbuk.  tapi diam2 register akaun baru fb dan kembali membaca newsfeed fb  
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ruginya team bertaraf dunia dengan pemain bertaraf bintang terpaksa bermain dengan pasukan2 yg bergelut dengan hutang, tiada penaja, serba miskin dan kekurangan.
Saya harap dia terus berusaha agar pasukan hebat ini dan menyelinap ke liga utama dunia di Eropah atau Amerika Selatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 08:24 PM | Show all posts
kuat sentap laa brader ni......baru kalah dgn pahang 3-0 kat larkin dah nak blah.....lek ahhh ada laa tu tak betul kat team
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dodol harap kaka oren masuk. Dodol suka baca komen oren mengenai hal ini.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 01:20 AM | Show all posts

Lantak hang lah ~ hang anak raja boleh jer idup dgn bola ke hulu bola ke hilir.  Rakyat jelata kena kerja keras utk hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 24-4-2018 09:53 PM
Dodol harap kaka oren masuk. Dodol suka baca komen oren mengenai hal ini.

aku pun sama nak dgr sepatah dua kata dr oren....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 01:33 AM | Show all posts
malaysia mmg tak pandai main bolesepak sampai bila2,
janji ada kerja ada gaji jah

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 05:16 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang kari
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 07:51 AM | Show all posts
hehehehehee....tak kemana pun bolasepak Malaysia nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2018 09:08 AM | Show all posts
oklah tuh, bye2 kaki sentap....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 09:30 AM | Show all posts
x tau la mcm mn rupe klu dia ni jd agung
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 09:33 AM | Show all posts
aku cadangkan agar TMJ tinggalkan JDT buat 3-4 tahun
biar team J terkontang kanting sampai masuk liga FAM
pastu buat comeback..
dari Liga FAM terus ke liga super..menang semua piala, bolot semua kemenangan
cam buat comeback yang cemerlang gitu
pasti bangsa J akan melompat lompat kegembiraan
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
hahahhahahah... mcm budak wicet lah kau
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.092593 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list