CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2200|Reply: 15

[Dunia] Kantoi guna Photoshop kononnya melawat kawasan

[Copy link]
Post time 24-4-2018 06:36 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Bandar dituduh tipu, guna gambar 'Photoshop' lawat kawasan
Diterbitkan: Selasa, 24 April 2018 3:42 PM



SEORANG Datuk Bandar tiba-tiba popular di negaranya selepas gambar dia bersama pengikutnya sedang memeriksa tapak pembinaan yang didakwa disunting menggunakan perisian 'Photoshop' tular.

Gambar tersebut menunjukkan Datuk Bandar Alvorada, José Arno Appolo do Amaral dan timbalannya Valter Slayfer berada di sebuah tapak kapal korek di Alvorada, sebuah bandar di Brazil.

Posting asal gambar itu dimuat naik di Facebook rasmi Perbandaran Alvorada, bersama dengan keterangan panjang yang memperincikan tentang lawatan tersebut.

Kedua-dua pegawai itu didakwa mengawal sebahagian daripada operasi dan mengisytiharkan diri mereka berpuas hati dengan kerja-kerja hidraulik yang dijalankan.

Tidak lama kemudian orang ramai mula curiga dengan foto tersebut, yang menunjukkan Amaral dan Slayfer berdiri dari jauh sambil dilihat memberikan arahan kepada penyelia tapak.

Kedudukan dan cara kedua-dua mereka berdiri di atas jalan serta warna gambar mereka berbanding warna persekitaran dilihat ganjil, jadi pengguna Facebook mula berkongsi dan mempersoalkan keasliannya.

Apabila foto itu tular dan orang ramai mula membuat suntingan gambar lain dengan memasukkan gambar Amaral dan timbalannya, gambar lawatan itu telah dipadam oleh Perbandaran Alvorada tanpa sebarang penjelasan.

Tindakan itu dilihat sedikit terlambat kerana ia telah tular dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pihak media mahu mendapatkan kepastian.

Ketika dihubungi oleh akhbar tempatan, Correio do Povo, pengarah komunikasi Perbandaran Alvorada, Celso Dornelles, menafikan bahawa gambar itu telah 'diganggu' dengan apa-apa cara, tetapi gagal menerangkan mengapa ia dipadamkan dari laman Facebook rasmi perbandaran itu.

Sebaliknya, dia menegaskan bahawa kerja-kerja pengorekan memang telah dilaksanakan,

Bagaimanapun, Amaral sendiri ketika dihubungi media mengakui gambar itu kelihatan palsu apabila nampak jelas suntingan dilakukan menggunakan Photoshop.

Katanya dia tidak terlibat dalam penciptaan dan penerbitannya dan mungkin ia merupakan 'karya' seorang pekerja pelatih yang sangat bersemangat.

Walaupun siasatan dalaman mungkin akan dilancarkan, Datuk Bandar itu berjanji bahawa sesiapa yang bertanggungjawab atas kesalahan ini tidak akan dipecat.

Malah, Amaral mungkin akan memberi mereka kenaikan.

"Dari sisi yang baik, saya menjadi sangat popular di internet, mungkin saya juga akan menjadi senator tidak lama lagi," katanya sambil bergurau kepada Guachazh Porto Alegre.

Amaral kini adalah salah satu meme yang sedang trending di Brazil sekarang, malah mempunyai beberapa laman Facebook yang didedikasikan untuk dirinya dan timbalannya.

Ini bukanlah kali pertama kita melihat individu berjawatan menggunakan Photoshop untuk menipu orang ramai.

Beberapa tahun lalu, pihak berkuasa di St Petersburg, Rusia, melakukannya sebanyak dua kali dalam tempoh hanya sebulan, untuk menunjukkan bahawa mereka telah membaiki infrastruktur awam walau hakikatnya mereka tidak melakukannya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Well
Photoshop is normal nowadays..
Sikit boleh jadi ramai...
Hitam boleh jadi putih
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 08:57 PM | Show all posts
nampak normal jer pic tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 09:37 PM | Show all posts
dia photoshop yang kat tiang bengkok tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti belajar dri umngok
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 09:47 PM | Show all posts
tgk dkt2 la bru nmpk
gmba atas tu xbrapa jelas


http://www.odditycentral.com/wp- ... hotoshop-mayor2.jpg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2018 09:48 AM | Show all posts
lantak pi depa la bukan kat msia pun...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 09:50 AM | Show all posts
batmana replied at 24-4-2018 09:47 PM
tgk dkt2 la bru nmpk
gmba atas tu xbrapa jelas

nmpk cm terapung bile dekat..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2018 10:45 AM | Show all posts
mmg nampak sgt photoshop.

eh kat utusan meloya dlu kan ade gmbr mcm ni jgk kan?

Edit nk suruh nmpk ramai last2 kantoi gmbr org sama duk mencelah kat org ramai tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 10:54 AM | Show all posts
ingatkan batang pokok rupanya tiang elektrik..bahahahha..plik shiak smpai bengkok2 kne edit tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 12:12 PM | Show all posts
haha komfem kena troll kawkaw
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 12:16 PM | Show all posts
Masyarakat dah makin bijak buat cara ni cepat je kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 01:39 PM | Show all posts
tetiba teringat dekat kes koh tsu koon yg kantoi photoshop naik basikal tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 01:45 PM | Show all posts
zulka replied at 25-4-2018 01:48 AM
lantak pi depa la bukan kat msia pun...

sket hari nanti ada la golongan yang belajar benda2 gini kat Tanah airku ini..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:47 PM | Show all posts
Teru2Bozu replied at 25-4-2018 01:45 PM
sket hari nanti ada la golongan yang belajar benda2 gini kat Tanah airku ini..

rasanya mcm dah ader...masa kes hantar bantuan banjir dulu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 03:09 PM | Show all posts
tampal kat kg....mesti tak de komen...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.069682 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list