CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_BeachBoys

[Politik] SIRI PENDEDAHAN : WAJAH SEBENAR GOLONGAN PROFESIONAL YANG KELUAR DARI PAS (UPDAT

[Copy link]
 Author| Post time 26-4-2018 07:06 PM | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 26-4-2018 07:09 PM

PERMULAAN KERJASAMA DI ANTARA ANWAR IBRAHIM DAN IRC.

Pada 29 Mac 1982, Anwar Ibrahim telah meninggalkan ABIM untuk menyertai UMNO. Anwar Ibrahim meninggalkan ABIM setelah beliau berjaya meyakinkan Majlis Syura ABIM untuk membenarkan beliau untuk menyertai UMNO, satu situasi yang mengejutkan PAS ketika itu.

Anwar berjaya menguasai ABIM dan membentuk fikrah yang memihak kepada beliau sehingga ABIM berpecah kepada 2 kumpulan iaitu yang pro-PAS dan satu lagi pro-UMNO.

Situasi ini menjadi kacau-bilau kerana PAS baru sahaja dihalau keluar dari BN pada tahun 1977 akibat daripada krisis politik di Kelantan diantara YDP PAS (Asri Muda), MB Kelantan (Mohd Nasir) dan Pesuruhjaya PAS  Kelantan (TG Nik Aziz) sehingga Kelantan diisytiharkan darurat.

Walau bagaimanapun pada 21 Oktober 1990 Kelantan jatuh ke tangan Angkatan Perpaduan Ummah hasil kerjasama diantara PAS dengan S46.

Sebelum itu, Anwar Ibrahim telah menjemput IRC untuk masuk ke dalam UMNO. Tujuannya bagi membina imej Islam untuk UMNO secara umumnya dan kepada Anwar Ibrahim secara khususnya.

Hubungan di antara Anwar Ibrahim dan IRC dipercayai bermula sewaktu mereka berada di dalam ABIM iaitu sebelum tahun 1982.

Pihak IRC kemudiannya bermesyuarat dan pada bulan Febuari 1990 mereka telah mengeluarkan satu kertas kerja yang dinamakan  Grand Design Harakah Islamiah Syamilah yang ditulis oleh Saari Sungib dan Dr. Zulkifly Ahmad yang di dalamnya menyatakan:

"Majlis Syura Jama'ah dengan penuh rasa tanggungjawab bersetuju (1) Membolehkan ahli melibat dalam UMNO dengan pendekatan yang ditentukan oleh Jama'ah, sebagai salah satu langkah penglibatan politik kepartian dalam strategi dakwah bersepadu (2) ....."

Maka pada 27 Julai 1990, Jemaah Islah Malaysia (JIM) ditubuhkan sebagai proksi IRC di Malaysia dan memulakan agenda kerjasama dengan Anwar Ibrahim.

Grand Design Harakah Islamiah Syamilah juga terkandung kenyataan yang berbunyi:

"Kita berpandangan penglibatan dalam PAS itu harus dipertingkatkan dengan matlamat menguasai PAS"



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 26-4-2018 01:50 PM
sudah tentula Kelantan... bezanya DAP byk duit...bagi dana supaya org Islam penang bangga...kunun  ...

Apa yg boleh dibanggakan kerajaan pas dalam perkembangan islam di kelantan...? Berapa gaji imam, bilal, siak di kelantan berbanding penang dan selangor...?

Berapa peruntukan tahunan untuk masjid, surau di kelantan berbanding penang dan selanhor..?

Berapa kelantan bagi untuk sekolah agama dan tahfiz berbanding penang dna selangor...

Citer laa sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 26-4-2018 01:51 PM
jgn dilupa...DAP jugak bagi dana pd mubaligh kristian...manusia biasala..pandang dedak je kan..jan ...

Bagi dana pada mubaligh kristian..? Itulah keadilan.. sama2 dapat, sama2 merasa.. mereka agama mereka, kita agama kita.. ajaran taliban dan syiah jer menidakkan hak penganut agama lain...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kebodohan TT ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tulis pakai highlight itam pulak dah, tt ni schizo ka? Atau buta warna?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kowrang,



Haaaa taw, haaaaa.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2018 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
juling mata ai tulisan ijau itam ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 03:07 AM | Show all posts
ladyxez replied at 26-4-2018 09:02 PM
juling mata ai tulisan ijau itam ni ...

tu lah lobai tongong, dia ingat buat ijau itam gitu boleh tarik attention orang ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2018 04:21 AM | Show all posts
KERJASAMA POLITIK DIANTARA KELOMPOK ANWARINAS DENGAN JIM

Pihak IRC mula terlibat di dalam politik secara serius apabila Majlis Syura Jama'ah IRC memberikan kebenaran kepada ahlinya menyertai UMNO seperti yang terkandung di dalam kertas kerja Grand Design Harakah Islamiah Syamilah.

Walaupun telah ada percubaan sebelum ini oleh Khalid Samad untuk mendaftarkan Parti Negara Islam pada tahun 1981, ianya tidak berjaya.

Tindakan untuk terlibat di dalam politik ini adalah satu tindakan yang berlawanan dengan pendirian IRC sebelum ini di UK yang terang-terang menolak penglibatan mereka di dalam sistem demokrasi pilihanraya.

Tindakan luar dari kebiasaan ini sebenarnya telah mendedahkan satu rahsia iaitu telah berlakunya kerjasama di antara kelompok Anwarinas di dalam UMNO dengan pihak IRC melalui proksi mereka iaitu Jemaah Islah Malaysia.

UMNO menjadi sasaran utama mereka kerana UMNO adalah parti pemerintah dan kekuasaan itu mudah dicapai dengan menjadikan UMNO sebagai medium untuk mencapai kuasa politik di Malaysia.

Berbeza dengan UMNO yang cuma dijadikan sebagai tempat menumpang teduh, pihak IRC menyasarkan untuk menguasai PAS secara keseluruhan dan ini seolah-olah wujud pembahagian kepentingan diantara kelompok Anwarinas dan IRC pada waktu itu. UMNO untuk Anwarinas dan PAS untuk IRC.

Disamping itu, IRC juga merancang untuk menarik keluar seramai mungkin ahli ABIM sekiranya mereka gagal memanfaatkan ABIM dan meninggalkan sebahagian kecil proksi mereka bagi tujuan pemantauan dan mengelakkan musuh mengambil advantage terhadap ABIM. Tidak diketahui siapakah musuh yang dimaksudkan oleh IRC di dalam kertas kerja Grand Design mereka.

Diantara kelompok Anwarinas adalah :

1-Kamaruddin Jaafar yang dipecat oleh UMNO pada 6 Julai 1999 dan menyertai PAS pada 21 Julai 1999. Sebelum menyertai PAS beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Tumpat. Beliau juga adalah ahli ABIM.
2-Mohd Anuar Mohd Tahir -  Merupakan ahli ABIM, kemudiannya menyertai UMNO dan seterusnya  KeADILan sebelum menyertai PAS pada tahun 2004.
3-Zahid Hamidi-Merupakan ahli ABIM.Menyertai UMNO kemudiannya keluar dari UMNO setelah pemecatan Anwar Ibrahim. Menyertai semula UMNO pada tahun 1999. Semasa berlakunya rundingan rahsia diantara Anwar dan Najib di London, Najib telah menghantar Zaid Hamidi sebagai wakil beliau, suatu perkara yang tidak pelik bagi sesiapa yang tahu perjalanan karier politik beliau.


Zahid hamidi berada di sidang media selepas Anwar dipecat.



Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 10:34 AM | Show all posts
totokreturn replied at 26-4-2018 07:20 PM
Apa yg boleh dibanggakan kerajaan pas dalam perkembangan islam di kelantan...? Berapa gaji imam, b ...

kerajaan kelantan mmg x der byk duit mcm penang sejak dulu lagi....dgn kekangan dr kerajaan pusat BN sejak zaman mahathir lagi...sudah lupa ke sejak benci PAS? Jd diakui dana kelantan kurang berbanding dana kerajaan DAP penang.Penang mmg byk duit sejak dulu lagi kan sejak zaman gerakan pegang? antara  negeri yg menjana hasil tertinggi malaysia selain selangor.

Tp perkembangan Islam bukan setakat bagi dana utk tazkirah guru agama etc sahaja. Dan sedia maklum peruntukan itu bukan utk hal ehwal agama Islam shj di penang...tp jugak utk agama2 lain yg khabarnya mendapat peruntukan lebih tinggi. Perkembangan Islam di Penang akan menjadi spt di Spore...Di spore MUIS mendapat peruntukan yg byk jugak...Sbg balasan...jangan mencampuri urusan pentadbiran negara...Sehingga melayu terpinggir dlm politik negara..yg ada pun sekadar boneka utk mengaburi mata kita...Oooo sekurangnya ada jugak melayu Islam ye...Begitu jugak dgn kerajaan penang kini kan. Jd tiada apa yg harus dibanggakan. Ada org cakap..untung dah DAP kasi peruntukan pd umat Islam yg minoriti di sana. Apa lagi Umat Islam mau???

So Sebenarnya ramai penyokong PH  ni x kesah pun kalu DAP menguasai politik negara....janji najib tumbang..gst mansuh..harga minyak turun...tol hapus....pedulikan sistem2 Islam bagai...janji dpt dana utk guru agama dan tazkirah saban malam....pedulikan melayu2 ni..janji hidup senang...tanah tergadai pun no harm....Bumi ni kan milik Allah...hah gitu...melayu kan pemurah....jdi melukut di tanah sendiri pun x der masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 27-4-2018 10:34 AM
kerajaan kelantan mmg x der byk duit mcm penang sejak dulu lagi....dgn kekangan dr kerajaan pusat  ...

Ko type panjang2 sepatah haram takder isi dan ayat ko sendiri melemahkan agama islam sendiri macam ko ckp kelantan takder dana dan kerajaan sekat.. nampak sangat kerajaan pas yg kata islam langsung tak pandai menjana ekonomi sendiri demi membangunkan islam.. kerajaan sekat skit. Terus tak boleh itu ini...dan pas kelantan halau org asli rampas tanah org asli sebab nak curi balak tuh ajaran islam kan..?

Sepatah pun ko tak menjawab apa pas kelantan buat untuk perkembangan islam disana.. zero.. dan tanpa ko sedar dana2 yg penang bagi tuh untuk perkembangan islam laa dol.. gi tanha org penang, yg mana dah kena halau dan takder kuasa dalam kerajaan negeri... hatta adun pas saleh man pun dok dalam kerajaan oenang.. apa fungsinya.. adun pas sekadar jadi anjing suruhan juga ker..?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by scorpionkiki at 27-4-2018 01:45 PM

Senang saja nak undi.ni...
Kalau nak tau DAP tengok Penang
Kalau nak tengok PKR tengok Selangor
Kalau nak tengok PAS tengok Kelantan lepas 2015
Kalau nak tengok UMNO tengok Malaysia lepas 2003...

Pilihlah yg mana berkenan di hati
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 01:59 PM | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 27-4-2018 04:21 AM
KERJASAMA POLITIK DIANTARA KELOMPOK ANWARINAS DENGAN JIM

Pihak IRC mula terlibat di d ...

korang tau siapa anak Kamaruddin Jaafar?

Shahrul Nasrun tu la. sekarang kemain lagi melobi umno.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 27-4-2018 01:44 PM
Senang saja nak undi.ni...
Kalau nak tau DAP tengok Penang
Kalau nak tengok PKR tengok Selangor

aku suka la ayat ko ni... pinjam sat
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kakigebang replied at 27-4-2018 02:11 PM
aku suka la ayat ko ni... pinjam sat

Ambik ambik...aku pun ambik idea dr orang ain...cuma ubah sikit sikit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2018 09:51 PM | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 27-4-2018 10:02 PM

Tuan Guru Haji Harun Taib-individu pertama yang berdepan dengan Jemaah IRC di Malaysia



Tuan Guru Haji Harun Taib sudah mengenali Shaari Sungib lebih awal dari pimpinan PAS yang lain apabila beliau berdepan dengan kumpulan IRC ini di kampus UTM, sarang utama IRC di Malaysia.

Satu debat antara mereka berdua pernah berlaku di pentas di UTM di awal 80an dalam menentukan samada mahasiswa tempatan harus ambil sikap partisan atau tidak partisan. IRC tidak mahu ambil sikap partisan kepada Islam apatah lagi kepada PAS dalam isu-isu semasa termasuk isu politik yang berkaitan dengan kepentingan ummah dan Islam.

Alasannya mahasiswa masih belajar dan bahaya kalau mereka menzahirkan diri sebagai petugas Islam atau penyokong Islam.

Inilah alasan puak Ikhwan Alami yang berpandangan identiti pejuang Islam harus disorok. Jangan zahirkan. Maka apabila pelajar Malaysia dari UK balik Malaysia, mereka tidak mahu bersama PAS atas alasan nanti kena tangkap oleh kerajaan BN-UMNO. Kemudian mereka menimbulkan polemik “PAS masuk pilihanraya, dan pilihanraya tidak syar’ie”.

Apabila pimpinan PAS bertanya balik, adakah tidak masuk pilihanraya itu syarie? Mereka diam membatu kerana tiada hujah balas. Murabbi dari Ikhwan Alami adalah orang-orang Ikhwan yang diburu oleh kerajaan negara asal  mereka kerana penglibatan mereka dalam Ikhwanul Muslimin yang bermula di Mesir. Psikologi orang Ikhwan Alami ialah takut menzahirkan diri. Perasaan takut dididik dalam pelajar Malaysia dalam kumpulan IRC, lalu apabila pelajar Malaysia dari kumpulan IRC ini kembali ke tanahair, mereka takut bersama PAS dan takut menyatakan sokongan kepada isu yang ada kepentingan Islam dan ummah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2018 10:30 PM | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 27-4-2018 11:26 PM

Shaari Sungip mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi




Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah ketua Lajnah Tarbiyah PAS Pusat sekitar pertengahan tahun 80-an. Sebagai satu jemaah Islam, kegiatan usrah adalah suatu aktiviti yang wajib ada bagi melengkapi ahli jemaah dengan ilmu terutamanya dalam soal politik Islam.

Ketika Tuan Guru Haji Abdul Hadi membentuk Usrah Naqabah, beliau telah mengambill 2 orang ahli IRC menyertainya iaitu Ustaz Alias Osman dan Ustaz Zawawi Ali.

Ianya sebagai respon terhadap permintaan
Shaari Sungip dan Mustafa Kadir kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Tuan Guru Haji Harun Taib apabila mereka kembali dari UK setelah tamat belajar pada pertengahan 1980-an dan menawarkan diri untuk membantu PAS.

Pada asalnya permintaan itu dizahirkan kepada Ustaz Fadzil Nor namun Ustaz Fadzil Nor mengarahkan mereka untuk berbincang dengan 2 orang pemimpin PAS Terengganu iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Tuan Guru Haji Harun Taib yang juga memimpin Lajnah Tarbiyah PAS Pusat.

PAS menganggap mereka sudah matang dalam berjamaah. PAS bersangka baik. Akhirnya Shaari Sungib dan Mustafa Kadir diberi tugas untuk menulis silibus usrah untuk LajnahTarbiah PAS Pusat. Mereka berjanji akan menyediakan buku dengan mengumpulkan tulisan-tulisan pimpinan PAS yang mengikut manhaj PAS, dasar dan prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS  dan uslub dakwah PAS dengan mengambil kira Perlembagaan PAS.

Maka lahirlah buku Usrah Jilid 1, tulisan Abu Urwah (nama samaran Shaari Sungib). Buku ini mengandungi beberapa  bab yang dikumpulkan oleh Shaari Sungib dari tulisan-tulisan sahabat-sahabat dari MISG USA & Canada. Malang Shaari Sungib mendakwa dia adalah penulis buku tersebut. Tulisan-tulisan pimpinan PAS tidak ada di dalam buku tersebut.

Setelah buku ini digunakan oleh ahli-ahli PAS dalam usrah-usrah di seluruh negara, Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat membuat pemantauan dan mendapati kupasan buku tersebut oleh Shaari Sungib dan Mustafa Kadir menyeleweng, di mana mereka menafikan kedudukan ulama sebagai pimpinan ummah. Bagi mereka pimpinan ummah tidak mesti ulama sedangkan di dalam ulama adalah waris anbiya dan menjadi pemimpin ummah. Pemimpin negara atau parti boleh terdiri dari umara yang boleh jadi juga dari kalangan ulama. AkanTetapi pemimpin ummah mestilah terdiri dari ulama. Akibat dari penyelewengan ini, buku ini ditarik balik dan dibatalkan dalam silibus usrah PAS. Pemahaman yang menyeleweng ini telah menyerap masuk dalam pemikiran ahli-ahli usrah PAS terutama di dalam kalangan mahasiswa.

Mustafa Kadir telah masuk UMNO selepas rahsia identitinya terbongkar. Shaari Sungib sambung belajar dan aktif di UK selepas itu sehinggalah tahun 1990 beliau kembali dan menubuhkan JIM.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2018 10:40 PM | Show all posts
Majlis Syura IRC batalkan keputusan Musyawwarah Terra Haute

Pada tahun 1987 pula, berlaku satu perdebatan yang hebat di MISG Convention di Kentucky mengenai isu yang sama, iaitu samada mahasiswa harus partisan atau tidak partisan pada gerakan Islam dalam isu-isu berkaitan dengan Islam dan ummah khususnya di Malaysia. Kumpulan IRC dalam MISG tidak mahu partisan, tapi kumpulan pro-PAS mahu ambi sikap partisan kepada Islam. Susulan Convention itu, pimpinan PAS dan pimpinan IRC bertemu di Terra Haute Indiana untuk berbincang semula dan selaraskan sikap mahasiswa. Siapa yang hadir pada masa itu? Syed Azman, Ustaz Hassan Shukri,Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Ali Othman, Ustaz Zawawi Ali. Mereka mula berbincang selepas waktu Isya hingga ke waktu Subuh esok. di Masjid Terra Haute. Abu Iman atau Dzulkifli Ahmad dari England mewakili Syura UK turut hadir. Perbincangan amat ilmiah dan bersandarkan kepada hujah dan nas yg kukuh, mengambilkira semua aspek iman, akhlak, sosial politik psikologi, dan politik antarbangsa, yang mana kesimpulannya menetapkan satu keputusan secara musyawwarah bahawa mahasiswa Malaysia mesti ambil sikap partisan kepada Islam untuk kepentingan ummah. Malang bila Dzulkefly Ahmad balik ke England dan bertemu dengan Syura IRC, mereka membuat keputusan membatalkan keputusan musyawwarah Terra Haute. Soalan: Apakah ini bukan taqiyyah, setuju pada awalnya, kemudian langgar janji bersama? Bukankah ini janji pura-pura?

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 10:59 PM | Show all posts
an2toncit replied at 25-4-2018 10:49 PM
Azli Taliban masih lagi PAS kan ? dengar ceramah dia camne

Taliban ke?  
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2018 04:25 AM | Show all posts
..so, gimana wajah sebener yang diperkatakan itew? rupa rimau ka, rupa siamang ka?? still i didnt get it
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.286943 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list