CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1538|Reply: 11

[Tempatan] Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) sama level Program Bersamamu TV

  [Copy link]
Post time 25-4-2018 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Sumber dari laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) :

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenalpasti bahawa antara faktor keciciran di kalangan murid sekolah adalah disebabkan kemiskinan. Untuk mengatasi masalah ini, KPM telah melaksanakan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah mulai Darjah Satu (1). Selaras dengan pelaksanaan dasar ini, satu Tabung yang dinamakan “Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin” ditubuhkan untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah. Berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan Kementerian Kewangan pada 10 April 2003, sumber kewangan Tabung KWAPM diperolehi daripada peruntukan kerajaan dan sumbangan pihak luar.ktif
Objektif utama Bantuan KWAPM ini adalah untuk memberi bantuan secara khusus kepada murid miskin warganegara Malaysia di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan dari semua bangsa dan agama dengan harapan dapat mengelakkan keciciran, meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara menyeluruh.

Baru-baru ini laman rasmi KPM mengeluarkan Kempen Sumbang 50 sen Tabung KWAPM, yang boleh aku rungkaikan sebagai seperti Program Bersamamu yang bersiaran di TV3. Telah dinyatakan di dalam risalah kempen, sumbangan boleh dibuat dengan potongan gaji bulanan. Seharusnya perkara ini tidak boleh berlaku sama sekali, peruntukan kerajaan itu sendiri yang perlu dipertingkatkan, bukan lah kempen sumbangan yang harus di war-warkan seperti ini. Untuk pengetahuan pembaca, kadar bantuan semakin berkurang, mengikut pekeliling kewangan bil. 6 tahun 2010 - Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kadar bantuan RM200.00 setahun tetapi pada tahun ini (2018) kadar bantuan telah berkurangan, hanya RM100.00 setahun. Semoga tahun-tahun akan datang, kadar bantuan tidak di kurangkan lagi. Menderma itu tidak salah, seikhlas hati anda ingin membantu tetapi tanggungjawab pemimpin menjaga kebajikan rakyat itu perlu diutamakan dulu. Sedih aku ketika membaca kempen sumbangan tersebut, terlalu terdesak sangat kah sampai begitu sekali.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2018 12:59 PM | Show all posts
Edited by CiliPadiSedap at 25-4-2018 01:05 PM

bukan duit saku pelajar miskin kena tarik ke? duit saku tahunan dan duit saku bulanan?

https://youtu.be/oMVReHRHt8c?t=30m16s


bukan bajet bantuan dah di tarik ke?? kenapa tak keluar kat surat khabar?? kenapa hanya profesor sahaja tahu?

p/s: kalau nak cepat tengok minit 31 sampai habis pasal bantuan pelajar ditarik

memang kaka marah hak orang miskin di tarik. konon GST untuk rakyat allocation pelajar miskin pun di tarik.  benda hak pelajar miskin jangan usik. kesihatan jangan usik. naikkan cukai kepada orang kaya 35% macam luar negara. itu baru betul.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 01:10 PM | Show all posts
kerajaan dah tak de duit dik. derma arab boleh dapat 2.6 billion,  amerika boleh beli boeing, tapi untuk rakyat pelajar miskin tiada bajet.

sedih dengar nasib rakyat kita. zaman mahathir orang miskin di beri peluang ubah nasib hidup. mrsm tempat pelajar miskin jadi pandai dan ubah nasib hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 01:11 PM | Show all posts
separuh daripada gaji rakyat malaysia di kuala lumpur ialah bawah RM 3000
separuh daripada gaji rakyat malaysia di putrajaya ialah bawah RM 5000

kalau gaji anda di KL RM 5000 banyakkan bersyukur anda di kira top 50%

kos hidup makin menekan. jimat cermatlah ye. jangan beli iphone dino walaupun dia buat muka comel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2018 01:19 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 25-4-2018 12:59 PM
bukan duit saku pelajar miskin kena tarik ke? duit saku tahunan dan duit saku bulanan?

https://yo ...

Isu-isu seperti ini selalunya memang tidak di war-warkan di media masa. Itu belum lagi isu peruntukkan untuk universiti telah di kurangkan dan saranan kerajaan kepada universiti mencari sumber pendapatan tambahan sendiri. Logik akal, perlukah pegawai2, pensyarah dan mahasiswa dibebankan dengan faktor kewangan, sedangkan pembelajaran itu lebih penting dan perlu diutamakan. Elaun bulanan mahasiswa maktab perguruan telah ditarik balik dan digantikan dengan pinjaman PTPTN. Bak orang kedah ckp, sembang 3 ari 3 mlm pon tak abisss.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 01:22 PM | Show all posts
tengku_anggun00 replied at 25-4-2018 01:19 PM
Isu-isu seperti ini selalunya memang tidak di war-warkan di media masa. Itu belum lagi isu peruntu ...

sebab tu macai umno ni bongok belaka sis, sembang gst untuk elak peniaga lari cukai. tp subsidi tarik senyap2. bajet tarik senyap2. nampak tak permainan macai ni? dia pukul kompang gst, tapi realiti di sebalik kebusukan pekung cerita berita subsidi bajet ditarik tidak dihebahkan. kita harapkan politician, pakar ekonomi, gov servant untuk hebahkan agar ada kesedaran kepada masyarakat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2018 01:25 PM | Show all posts
@danieladam @akusukaq

uit pundek dua ekor, mai sini baca dalam thread ni. sembang gst  tetapi subsidi bajet di tarik. pundek punya macai.  mai masuk gelanggang.  setakat dua ekor pundek ni , akak seligi tumbang, tu belum sis vokuru punya kuntau

kau fikir rakyat malaysia bongok cam kau, zaman sekarang zaman internet semua maklumat hujung jari. kalau ada bongok tu simpan sikit dalam fixed deposit  tak perlu tunjuk dalam cariforum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2018 01:34 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 25-4-2018 01:22 PM
sebab tu macai umno ni bongok belaka sis, sembang gst untuk elak peniaga lari cukai. tp subsidi ta ...

Diorg memang spesis tu dah sis, diorg tahu cuma buat2 tak tahu....sepatutnya media masa diberi kebebasan untuk mana-mana parti. Ini buka siaran 3 suku, cerita babi pon boleh terbang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2018 01:38 PM | Show all posts
sedihnya.

dah la kat sidebar ni asyik lalu lalang iklan fashion valet baju raya RM200 ++. terus tak jadi aku nak beli.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 01:38 PM | Show all posts
bagi duit, peruntukan kena potong pun dh dilupai
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 01:40 PM | Show all posts
tengku_anggun00 replied at 25-4-2018 01:34 PM
Diorg memang spesis tu dah sis, diorg tahu cuma buat2 tak tahu....sepatutnya media masa diberi keb ...

babi dah terbang nak tegakkan benang basah, kaka seligi tumbang sekor2 hambat masuk kandang semula



kelakar kan sis picture ni?



Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:08 PM | Show all posts
kne potong sbb nk tambah duit brim agaknye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.955256 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list