CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14306|Reply: 102

Edry KRU nak pindah Eropah demi anaknya

  [Copy link]
Post time 25-4-2018 12:22 PM | Show all posts |Read mode





Edry dan keluarga. (dari kiri) Emil, Edylia, Emery di atas pangkuan Milia dan Elya di atas pangkuan Edry.




Sewaktu zaman kegemilangan KRU, Edry Abdul Halim adalah yang paling awal mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata.

Hampir 19 tahun mendirikan rumah tangga dengan Milia Mohamed dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Emil, 18, Edylia, 15, Emery, 11, dan Elya, 8, Edry mengakui dia tidak pernah meluangkan masa yang banyak dengan keluarga.



Oleh sebab itu, apabila berita pembubaran KRU diumumkan Rabu lalu, lelaki berusia 42 tahun itu memberitahu selepas ini fokusnya hanya keluarga, bukan lagi kepada muzik.
Hal ini kerana anak ketiga Edry, Emery merupakan kanak-kanak istimewa autisme yang tidak mampu bercakap seperti orang lain. Dia memerlukan sekolah serta pengajian yang berbeza di luar negara.
Bakal berhijrah ke benua Eropah demi memastikan kebajikan anaknya itu terjamin, Edry memberitahu, dia tidak mahu lagi culas dalam memberikan perhatian kepada Emery setelah tanggungjawab seni secara rasminya tamat bersama KRU.

KOSMO!: Adakah anak merupakan sebab utama Edry memberi idea agar KRU dibubarkan?
EDRY: Tidak, pembubaran KRU adalah keputusan sepakat dan profesional serta tiada kaitan dengan kehidupan peribadi kami.
Ia sudah lama bermain dalam minda kami, cuma tidak berjumpa keadaan sesuai untuk merealisasikan. Namun, saya tidak menafikan jika tiada pembubaran mungkin saya tidak dapat memberi komitmen kepada KRU setelah berpindah ke luar negara.

Tidakkah anda berasa bermigrasi ke luar negara suatu keputusan drastik?
Ini soal anak saya, jadi tiada apa yang keterlaluan. Pihak sekolah Emery sekarang sudah bertanya kepada isteri saya, Milia bila mahu keluarkan anak saya dari situ kerana mereka sudah tidak mampu mengajarnya.
Perkara itu membuatkan saya tersentak dan tersedar betapa kesibukan kerjaya membuat saya kurang prihatin terhadap keadaan Emery.

Di manakah sekolah khas Emery yang anda pilih?
Kami masih dalam pertimbangan sekolah khas mana yang paling baik, namun ia terletak di benua Eropah sama ada di United Kingdom atau Jerman. Setakat ini, rancangan awal adalah untuk mencuba tinggal di sana selama setahun dan melihat penyesuaian keluarga di sana.
Insya-Allah jika tiada kekangan, kami akan berlepas ke sana selepas hari raya puasa.

Adakah itu bermakna anda tidak akan aktif dalam pembikinan lagu selepas ini?
Saya tidak tahu tapi buat masa sekarang, famili keutamaan saya. Saya rasa cukuplah 25 tahun saya curahkan kepada industri dan kini masanya untuk anak-anak dan isteri.

Apakah perkara yang paling anda terkilan dalam soal Emery?
Pernah terdetik di dalam hati saya mengapa saya boleh bersungguh-sungguh dan sibuk mengajar orang lain menyanyi sedangkan tidak berjaya buat anak saya untuk belajar bercakap. Jadi, saya mahu berikan yang terbaik buatnya sedaya upaya.

Apakah yang anda belajar selepas bergelar bapa kepada anak istimewa seperti Emery?
Saya belajar untuk lebih banyak bersabar dan bertenang terutama apabila Emery bertindak di luar kawalan apabila mengamuk.
Memandangkan dia tidak boleh bercakap, saya dan Milia belajar untuk berkomunikasi dengannya menerusi bahasa isyarat.
Membesarkan Emery suatu cabaran hebat dalam hidup dan menyedarkan saya betapa pentingnya masa dengan keluarga.
Dia adalah amanah dan anugerah terindah buat kami sekeluarga.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2018 12:29 PM | Show all posts
Emil tu sebiji Edry.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 12:45 PM | Show all posts
yg sulung besar tu potostat edry. apapun semoga yg terbaik utk emery
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala usaha.
Bagus lah...fokus kat anak..family.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
anak lelaki yg sulung tue sebijik mcm edry.. all the best bt edry sekeluarga
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 01:47 PM | Show all posts
Hensom sgt Emery..anak2 edry yang perempuan pun cantik2. Iols ada kawan yang ada anak2 istimewa. Nak hantar kat sekolah khas pun memerlukan duit yang banyak. Pernah my frens menangis cerita nursery tak mau jaga anak dia...sedih sgt..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2018 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh bestnya nak duk ober c..untung family edry..byeeee  
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 01:56 PM | Show all posts
yg sulung muka edry sebelum renovate
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2018 01:56 PM | Show all posts
emil tu sebijik edry sebelum cucuk n operate muka..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia yg sulung buat I teringat dekat Pierre Andre aka Adif dalam Dunia Baru
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:02 PM | Show all posts
salah satu cara nk fokus kt anak..
gud luck edry
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edry ni hot dulu. X sangka setia orgny.
Semoga urusan d permudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:19 PM | Show all posts
anak sulung tu sebiji muka edry ... mmg copy paste lah kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:21 PM | Show all posts
kan dah bubar..edry kru apa lagi nyah? please do your research...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:21 PM | Show all posts
kan dah bubar..edry kru apa lagi nyah? please do your research....eh ke belum lagi?...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat plagiat lagu org pastu oter2 sikit terus claim lagu sendiri, x da x pun takpe. Malu wehh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2018 02:30 PM | Show all posts
his daughters comel comel laaa.. ikut rupa mak!
edry, nanti kat oversea, sila undo semua wrongdoings kat muka hang tu, freaking ugly!
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:36 PM | Show all posts

Macam Gibran Agi pun ada

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:38 PM | Show all posts
Yeke noks heols buat muka
sejak bila
dikbadik kru ttp kelihatan busuk
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:51 PM | Show all posts
Oh ada anak autisme. Semoga baik-baik aja lepas ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.253843 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list