CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2462|Reply: 11

Siapa Suka Beli Charger Telefon Murah? - Wanita Ini Selamat Daripada Rentung..

[Copy link]
Post time 25-4-2018 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Boleh dikatakan semua orang menggunakan handphone bagi memudahkan untuk berhubung dan pelbagai gunaan lain. Bateri handphone pula boleh bertahan sepanjang hari bergantung kepada penggunaan dan semestinya perlu dicas bagi membolehkan ia diguna untuk hari seterusnya.

Oleh itu, ramai yang mengambil peluang mengecas handphone pada waktu malam iaitu ketika sedang tidur sedangkan ia boleh mengundang bahaya.  




Apa yang berlaku kepada seorang pengguna Facebook bernama Syuhairah Yusof wajar diambil pengajaran buat semua. Wanita ini berkongsi cerita detik cemas dan menakutkan apabila dia membayangkan dirinya rentung seperti tilam yang digunakan untuk tidur. Ini kerana, pengecas telefon yang sedang digunakan itu tiba-tiba meletup ketika dia sedang nyenyak tidur dan menyebabkan berlaku kebakaran kecil.




Inilah keadaan sebahagian tilam yang terbakar dan rentung. Wanita ini terus fobia dan terbayang nasib mereka yang meninggal dalam kebakaran kerana jarak api sangat dekat dengannya ketika itu.






Netizen masing-masing berpesan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan agar berhati-hati. Sudah banyak kes pengecas telefon dan powerbank meletup secara tiba-tiba tetapi ramai yang tidak ambil berat dengan faktor keselamatan.




Komen netizen menunjukkan terlalu ramai yang suka mengecas handphone pada waktu malam. Ini kerana handphone tidak digunakan ketika sedang tidur dan mereka mengambil peluang untuk mengecasnya.




Netizen ini pula sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematikan semua suis elektrik dirumah ketika sedang tidur. Tidak ramai yang mempunyai sikap sebegitu tetapi ramai yang mengambil mudah dalam segala hal termasuk faktor keselamatan.




Jadi, pastikan kalian tidak menggunakan pengecas yang terlalu murah dan tiada kelulusan keselamatan. Jika boleh, elakkan juga mengecas handphone sepanjang malam ketika sedang tidur walaupun menggunakan pengecas yang mahal. Malang tidak berbau. Setuju tak?- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2018 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kak, jangan cas sambil chat dengan jantan, jangan tengok porno, jangan mengumpat secara private atau dalam group.
jangan sentiasa atau banyak cas phone.
ok kak?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut aah. Iols selalu guna charger cable daiso mr diy. Sbb cable apple sucks!
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 12:50 PM | Show all posts
Yang murah2 ni qualitynya kurang dan boleh membahayakan nak2 kalau dicas overnight cam tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 01:43 PM | Show all posts
kalau beli kat MR DIY tu ok tak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 01:59 PM | Show all posts
iolls slalu je cas memlm..tp klu gune charger ori xpe kot kn..
charger murah jela xleh..yg mahal xpe gamaknye..
sbnrnye die nk kte jgn cas memlm smpai pg ke..
die nk kte jgn bli charger yg murah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2018 02:31 PM | Show all posts
caj hp kat powerbank, letak jauh2 dari tilam
tak mati eh tido takde hp

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 04:28 PM | Show all posts
bahaya..pastikan time nak tdo..jgn caj hp....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2018 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Thats why ai very particular about benda2 cmni..pernah beli bateri murah sbb tdesak sgt,fon xley hidup,tp sebulan je tahan,lps tu bateri tu kembung..

Bila dia stat kembung ai dah xguna laa,biarkan je atas katil ngn brg2 lain..tiba2 one day tgerak hati nak tgk bateri tu,fulamak aih,makin mengembung walaupun ai xguna..terasa scary y amat,ai terus buang..tkt bila tgk kes2 meletup semua ni..PB pn kdg2 je bwk,salu cas penuh kt umah je dlu..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang mahal x semestinya ok... tengok jugak cara kita.. kalo rakus sangat, gajah pun boleh tumbang..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
pakai charger cap ayam mmg la... try pakai charger original dtg sekali dlm kotak tu. takde masalah pun... koi pakai hp dr zaman 3210 smpi ke redmi nh ok je cas...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 03:08 PM | Show all posts
Pakai charger  yang berkualiti. Beli yg mahal sikit pun xde hal. Insyallah ok...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.067855 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list