CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2904|Reply: 14

Ben Nathan bakal beraya di kediaman baharu, luah hasrat untuk berkahwin

[Copy link]
Post time 25-4-2018 12:31 PM | Show all posts |Read mode



Ben (duduk, tengah) bergambar bersama ahli keluarganya dan Datuk Dj Dave (tiga dari kiri) pada sambutan hari lahirnya ke-56 hari ini.


KUALA LUMPUR - Keadaan penyanyi Ben Nathan, kini semakin baik setelah hampir setahun menjalani rawatan di sebuah pusat pemulihan yang tidak didedahkan.

Perkara tersebut diakui oleh Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave yang ditemui pada majlis sambutan hari jadi Ben Nathan di pejabat YA1M di sini petang tadi.

Jelas DJ Dave, Ben kini telah bersedia untuk aktif semula dalam bidang nyanyian selain bakal menjalani rakaman sebuah lagu baharu dalam tempoh masa terdekat.

"Sepanjang menjalani rawatan, saya melihat banyak perubahan berlaku kepada dirinya termasuk ingatan Ben yang telah pulih.

"Jika sebelum ini dia kerap mengatakan bakal menjalani rakaman lagu di Indonesia, tetapi sekarang tidak lagi. Dia sendiri memberitahu, tiada sebab untuk merakam lagu di Indonesia sekiranya dapat dijalankan di sini," ujar DJ Dave.

Mengulas lanjut, sepanjang tempoh setahun Ben atau nama Islamnya Ben Adam Patmanathan Abdullahko menjalani rawatan, pihak keluarga tidak mengeluarkan sebarang belanjan kerana kesemua kos ditanggung oleh pihak YA1M.

"Segala kos melibatkan perubatan yang dianggarkan bernilai RM 1,500 sebulan ditanggung oleh YA1M menerusi hasil kutipan sumbangan daripada Konsert Kasih & Harapan yang diadakan pada tahun lalu.

"Selain itu kami turut berusaha mendapatkan sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kepong buatnya. Jadi, dia dapat menyambut sambutan Aidilfitri di kediaman baharu nanti," katanya.

Sementara itu, Ben, 56, turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pihak YA1M kerana telah membantunya keluar daripada kehidupan sebagai gelandangan.

Ben juga mengakui berasa teruja dan tidak sabar untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian sekali gus merakam lagu baharu yang masih dirahsiakan bagi memberi kejutan kepada peminat.

"Saya kini sedang menjalani latihan vokal dan teknik penafasan bagi memastikan tidak berasa semput ketika membuat persembahan kelak.

"Diharapkan dengan kemunculan single baharu ini nanti dapat mengubat kerinduaan peminat selain memenuhi cita rasa pendengar masa kini," terang penyanyi yang terkenal dengan lagu Stanza Sepi Sekeping Hati itu.

Pada masa sama, Ben juga meluahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga selain tidak menolak andai calon isterinya itu datang daripada kalangan peminat.
"Pastinya saya mempunyai hasrat untuk berkahwin. Segalanya terserah pada jodoh dan biar Tuhan yang tentukan," kata Ben.

Penyanyi yang turut popular menerusi lagu Tak Mungkin Ku Lepas Pergi itu mula menarik perhatian khalayak selepas kontroversi rakaman klip video memaparkan dirinya hidup gelandangan dan tidak terurus pada tahun lalu.

Dia kemudian dibantu oleh DJ Dave dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapat rawatan termasuk melakukan pemeriksaan mental.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2018 01:53 PM | Show all posts
alhamdulillah dh sihat..
heharap psni dpt la umah yek..
gud luck..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu dia da ok
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:17 PM | Show all posts
Alhamdulillah.
Walaupun iols BBNU tak kenal beliyau.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:19 PM | Show all posts
apa jasa mak hayam ni sampai nak ditolong dapatkan rumah ye nyah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:24 PM | Show all posts
BookerT replied at 25-4-2018 02:19 PM
apa jasa mak hayam ni sampai nak ditolong dapatkan rumah ye nyah?

kena tolong yang berjasa je ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2018 02:27 PM | Show all posts
2nd chances are rare, use ur first wisely
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:27 PM | Show all posts
petit-saconnex replied at 25-4-2018 02:24 PM
kena tolong yang berjasa je ke?

ye la nyah..mengenangkan ramai lagi yang masih tersadai bergelandangan di kuala lumpur...tiada pula dapat rumah pprt..yang dapat rumah perlindungan..apa kau ingat mak hayam tu semua tak berhak untuk rumah pprt ke nyah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2018 05:01 PM | Show all posts
bila masa dia ni msuk islam?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 05:26 PM | Show all posts
BookerT replied at 25-4-2018 02:27 PM
ye la nyah..mengenangkan ramai lagi yang masih tersadai bergelandangan di kuala lumpur...tiada pul ...

betul.. aku sokong.. ramai jer lagi yg duk berhimpit dalam satu rumah..
sbb nak nak beli rumah mmg da tak mampu ler kalau duk area KL tu...
mampu tengok jer...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah la dj dave. Nmpk pulih dah dia. Ramai lg retis2 malaya yg peelu dibntu persatuan. Mohon jed jaidi juga kerja keras. Ge15 boleh jd calon.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 05:55 PM | Show all posts
ppr kepong baru tu ke?
macam cantik gak rumah tu... kalau itu lah yang dimaksudkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
DJ Dave kat situ pon nampak mcm family member diorang
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Selama dia merayau2 satu KL.. family members yg dlm picca tu mna?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 25-4-2018 08:31 PM
Selama dia merayau2 satu KL.. family members yg dlm picca tu mna?

Kan?
And boleh try buat kerja lain kot. Tu lah masalah retis ni tak ada education, tak ada skil. Macam dia ni pula jenis one hit wonder. Nak buat come back lah pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.071838 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list