CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3043|Reply: 17

Kenali Jo Anna - Calon DUN Kiulu, Sabah Yang Digelar Beauty With The Brain

[Copy link]
Post time 25-4-2018 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Hanya tinggal dua minggu sahaja lagi menjelang pilihanraya PRU14 Malaysia dan debarannya kian terasa. Walaupun hari penamaan calon adalah pada 28 April ini, tetapi kebanyakan parti sudah pun mengumumkan beberapa calon yang bertanding bagi kawasan-kawasan yang dianggap 'panas'.


Antara calon baru yang mendapat perhatian dan menjadi tular di media sosial baru-baru ini adalah Jo-Anna Sue Henley Rampas yang dikatakan bakal bertanding di DUN Kiulu, Sabah.








Ramai tertanya siapakah gerangan wanita cantik yang berasal dari negeri bawah bayu ini. Melalui laman Lobak Merah, kami kongsikan biodata wanita yang mendapat jolokan 'Beauty with Brain' ini:


1. Anak jati Sabah yang berketurunan Dusun-British




Wanita yang baru berusia 29 tahun ini memiliki wajah pan asian dan berasal dari Kiulu, sebuah kawasan kecil di perbukitan Gunung Kinabalu, Sabah. Ibunya berketurunan Dusun manakala bapanya berketurunan Inggeris.




2. Juara Unduk Ngadau 2007 dan bekas Bintang RTM


Foto: Lobak Merah



Dengan wajah cantiknya maka tidak hairanlah apabila dia berjaya memenangi pertandingan ratu cantik, Unduk Ngadau Sabah pada tahun 2007. Pada ketika itu dia baru berusia 17 tahun. Dia juga sebenarnya boleh menyanyi dengan baik dan pernah menyertai pertandingan Bintang RTM dan memenangi tempat kedua.




3. Berkelulusan Luar Negara - Kelulusan Undang-Undang


Foto: Lobak Merah



Jika anda sangka dia terkenal hanya kerana cantik dan berbakat, anda silap sama sekali. Jo Anna merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Universiti of London dan turut mempunyai kelulusan Master of Law (International Law and Corporate Social Responsibility) dari University of the West of England. Memang 'beauty with brain' yang sebenar!


4. Keluarga politik


Foto: Lobak Merah



Bidang politik bukanlah sesuatu yang baru bagi Jo-Anna kerana keluarganya sudah pun menceburi bidang ini sejak sebelum dia lahir ke dunia lagi. Datuknya merupakan ketua orang asli dan merupakan antara individu terawal menemui penempatan Kiulu. Ibunya juga pernah menjadi calon bagi parti AKAR pada tahun 1994 dan pakciknya pula, Louis Rampas pernah menjadi ADUN bagi kawasan tersebut pada tahun 1999 sehingga 2003.



Foto: Lobak Merah




Selain itu, Jo-Anna dikatakan berminat dengan isu berkaitan masyarakat semenjak dari muda lagi. Walaupun belum dipastikan lagi sama ada dia akan bertanding untuk kerusi Kiulu ataupun tidak. Semuanya akan terjawab pada hari penamaan calon nanti. Pastinya ramai jejaka yang cair hati melihat kecantikan Jo-Anna ini. Akan tetapi dia sudah berkahwin tau! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2018 02:11 PM | Show all posts
yeah..hidup jo-anna..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:13 PM | Show all posts
cantiknya dia!
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:21 PM | Show all posts
Ni baru betul, cantik dan bijak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:53 PM | Show all posts
emm.. emm.. emm..
gud luck kazen
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
zulka: emm.. emm.. emm.. gud luck kazen


Kazen chuols ke? Wah nk kirim otograf {:good
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2018 03:56 PM | Show all posts
cantik ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 04:02 PM | Show all posts
cantik dan bijak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2018 04:22 PM | Show all posts
cantiknya sumandak ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah biar betul dia bertanding???
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 08:36 PM | Show all posts
Edited by zorrro_03 at 25-4-2018 08:41 PM
zulka replied at 25-4-2018 02:53 PM
emm.. emm.. emm..
gud luck kazen
kazen kau juga ke?  
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dah kalau cantik..boleh menang ke,{:nose{:nose
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah barai.pn cun



...


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yang obses betul dengan dia dulu ya kat porem ni? Lupa suda.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
memang post org2 politik nh dr keturunan ke cam mana... dr atok nenek ayah mak pakcik makcik turun ke anak cucu eh
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Mooverine: cantiknya sumandak ni

tak nature. kena mkeup bagai{:cryrun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 09:16 AM | Show all posts
cantik.. muka sweet je
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 10:42 AM | Show all posts
good luck to her
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.077289 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list