CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1187|Reply: 6

[Tempatan] PRU 14: Kayveas kecewa, letak jawatan. #4, Parti kata kena pecat.

[Copy link]
Post time 25-4-2018 02:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 25-4-2018 06:32 AM

Kayveas kecewa, letak jawatan

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/04/333753/kayveas-kecewa-letak-jawatan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 April 2018 @ 12:47 PM

Fahmy Azril Rosli
cnews@nstp.com.my



TAN Sri M Kayveas hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) dan Penasihat Kerajaan Negeri Perak.

Beliau mengumumkan perkara itu di akaun Twitternya sebentar tadi.

Tindakan itu susulan kekecewaannya gagal mendapatkan kerusi Parlimen Cameron Highlands selepas bertungkus-lumus menggerakkan jentera di kawasan itu sekian lama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurut Kayveas peletakan jawatannya itu berkuat kuasa kelmarin, 23 April.

Sebelum ini media melaporkan, MyPPP akan mempertimbang semula keahliannya sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN).

Secara tradisinya, kerusi Parlimen Highlands diperuntukkan kepada MIC dan kelmarin sah bahawa kawasan itu bakal ditandingi oleh Ketua Pemuda MIC Datuk C Sivarraajh.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2018 02:09 PM | Show all posts
baguih laa... tak significant pun party nie
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:10 PM | Show all posts
la rupenye bertungkus lumus tu sbb nk jd calon ke..
bkn sbb mmg nk tlg..
apada..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2018 02:30 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 25-4-2018 06:33 AM

Kavyeas dakwa letak jawatan, parti kata kena pecat

https://www.malaysiakini.com/news/421474

Diterbitkan 25 Apr 2018, 12:13 tengah hari  |  Dikemaskini 25 Apr 2018, 2:20 petang



Pandangan yang bercanggahan timbul setelah Tan Sri M Kayveas mengumumkan peletakan jawatannya sebagai presiden MyPPP selepas menerajui parti itu selama lebih dua dekad.

Dalam satu hantaran di Twitter, bekas ahli Parlimen Taiping itu berkata peletakan jawatannya sebagai presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) dan penasihat kerajaan Perak berkuatkuasa bermula Isnin lalu.

Kayveas turut melepaskan jawatannya sebagai pengerusi MyPPP Wilayah Persekutuan.



Sebelum ini, Kayveas pernah dipetik media sebagai berkata bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum kali ini.

MyPPP menuntut BN memperuntukkan kerusi Parlimen Cameron Highlands kepada parti itu tetapi pada pengumuman baru-baru ini, kerusi berkenaan diserahkan kepada MIC dan bakal diwakili oleh ketua Pemuda parti itu, C Sivarrajh.

Bagaimanapun, pada sidang media kemudian hari ini, Setiausaha Agung MyPPP Mohan Kandasamy berkata Kayveas dipecat.

"Berikutan mesyuarat lembaga disiplin malam tadi, keputusan adalah untuk memecat Kayveas sebagai presiden dan ahli MyPPP dengan segera.

"Kami tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan (Kayveas)," katanya.

Beliau juga mendedahkan bahawa terdapat surat daripada Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengarahkan mesyuarat lembaga disiplin diadakan berhubung kenyataan Kayveas mengenai peruntukan kerusi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:51 PM | Show all posts
berebut rebut nk cameron highland tu kan, nmpak sgt blablablabla
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih tertarik dengan jawatan dia..penasihat negeri perak?

Ada gaji dan elaun ke ni?
Membazirnya...apa exco2 perak tu tak berwibawa sgt ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2018 03:05 PM | Show all posts
kenapa ada jawatan penasihat negeri perak?
menteri besar perak dengan anggota tak boleh pakai ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.059191 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list