CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1066|Reply: 12

[Tempatan] Denda RM10 juta jika wakil rakyat PKR lompat parti

  [Copy link]
Post time 25-4-2018 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Denda RM10 juta jika wakil rakyat PKR lompat parti

https://www.malaysiakini.com/news/421470

Kow Gah Chie  |  Diterbitkan 25 Apr 2018, 12:04 tengah hari  |  Dikemaskini 25 Apr 2018, 12:25 tengah hari





Wakil rakyat PKR akan dikenakan denda RM10 juta jika mereka melompat parti, kata seorang pemimpin kanan parti itu.

Datuk Johari Abdul berkata PKR telah memulakan amalan itu sejak 2013 susulan beberapa pemimpin mereka beralih arah selepas pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum lalu, calon-calon cuba berjanji secara lisan mereka akan membayar RM1 juta jika melompat parti, kata Johari.

“Tetapi ia tidak didokumenkan dan kita kita sediakan dokumen sah. Jadi itu tidak dikira,” katanya.

Bagaimanapun, kali ini, katanya kesemua calon di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) telah menandatangani dokumen itu semalam.

PKR mengeluarkan watikah calonnya semalam.

“Sekarang wakil-wakil kena fikir dua kali (untuk lompat parti), melainkan kamu ada RM10 juta,” katanya.

Sebuah harian berbahasa Inggeris hari ini turut melaporkan Pengerusi PKR Negeri Sembilan Aminuddin Harun mengaku telah menandatangani dokumen berkaitan.

Sementara itu, Johari berkata beberapa wakil rakyatnya telah belot dalam dua pilihan raya umum terakhir ini, terutamanya di Sabah.

Pada 2010, anggota parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Mohamed Hashim keluar PKR, menjadi calon bebas dan kemudian menyertai Umno.

Beliau dilantik sebagai duta Malaysia di Indonesia.

Pada tahun 2016, anggota parlimen Penampang Darell Leiking dan dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) -- Lajim Ukin (Klias ) dan Terrence Siambun (Moyog) menyertai Parti Warisan Sabah.

Lajim ketika itu pengerusi PKR negeri.

Sementara itu, PKR berkata, RM10 juta yang dikutip itu akan disumbangkan kepada orang ramai.

“Wang itu bukan untuk parti, wakil rakyat itu bayar pada kami, kami akan bayar pada rakyat,” katanya.

Johari berkata dokumen yang ditandatangani wakilnya akan terikat secara langsung secara undang-undang.

PKR akan bertanding di 51 parlimen dan 131 DUN.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2018 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu jujur buat jer sumpah baiah mcm PAS.  Tapi kenapa pkr mati2 tak nak sokong cadangan akta lompat ?


#tsunamiPHitnah

#AnwarPeliwatAtauMahathirPemfitnah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:26 PM | Show all posts
klu nk jd wakil rakyat kne pk 10x gak la..
#tsunamiPHitnah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la daripada melacurkan agama dan kitab suci ....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Parlimen/Dun yg wakilnya lompat dpt 10j....bagusla...BN Kena bayar lebih lagi la nak suruh mereka lompat...lol
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
revolusi_30 replied at 25-4-2018 02:39 PM
Parlimen/Dun yg wakilnya lompat dpt 10j....bagusla...BN Kena bayar lebih lagi la nak suruh mereka lo ...

16 sept kita berarak ke putrajaya.. Haha

#tsunamiPHitnah
#AnwarPeliwatAtauMahathirPemfitnah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2018 03:31 PM | Show all posts
baguslah daripada derma pak arab 2.6 billion
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 04:53 PM | Show all posts
kebabian apa kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2018 05:09 PM | Show all posts
apa barang rm10j... satgi dpt counter offer rm15j... untong lg rm5j...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
adakah anda tidak yakin dgn calon pilihan anda sendiri???
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmnila bru betul dr parti lobai penonggang agama..sbb politik tercerai dgn biniyg seksa bini la..lobai sedap kawen dgn org lain..dpt menutoh lg
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah daripada bini jadi barang gadaian... rendah betul maruah seorang wanita..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
roy3 replied at 25-4-2018 07:11 PM
Mcmnila bru betul dr parti lobai penonggang agama..sbb politik tercerai dgn biniyg seksa bini  ...

Betul tue... Baru nampak ada akal skit dari PAS tue harap belajar agama tinggi tapi bodoh letak otak kat lutut... Isteri tue tinggi nilainya tp kerana politik mudah digadaikan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.063322 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list