Dulu-dulu, buli hanya berlaku dengan sentuhan fizikal serta membabitkan orang yang dikenali sahaja.
Namun siapa sangka dengan teknologi tanpa sempadan ini membuatkan buli menjadi lebih besar dan berleluasa membabitkan internet iaitu buli di alam siber.
Ada yang menghantar mesej berbaur ancaman, mengejek, mencela, mengugut dan mempengaruhi orang lain dianggap seperti tiada apa berbanding buli fizikal. Namun yang dipandang remeh ini lah akan menyebabkan kemurungan sehingga ada yang membunuh diri!
Jadi, beberapa selebriti bekerjasama dalam kempen ‘Spread Truth Not Lies’ untuk menyebarkan kempen anti buli siber. Antara artis terbabit ialah Neelofa, Awal Ashaari, Maya Karin, Joe Flizzow, Nora Danish dan Kavita Sidhu.
Neelofa menggunakan pengikutnya yang ramai untuk sebarkan kempen
Caprice juga antara ikon berwibawa
Ada 5 tip yang boleh dilakukan jika anda atau rakan anda dibuli
1) Jangan layan
Ya! Mereka hanya mahukan perhatian. Jika orang yang dibuli melatah lalu melawan, pembuli ini semakin menjadi-jadi dan makin ganas. Apa yang anda boleh buat ialah jangan hiraukan mereka. Itu sahaja.
2) Bertenang
Susah kan kalau diejek atau dicaci di ‘wall’ peribadi, namun nak mempertahankan diri sekalipun belum tentu anda akan menang. Jika nak menjawab boleh, tiada masalah. Tapi pastikan jawapan anda lebih bijak dari mereka.
Namun jika komen yang datang lebih teruk, bertenang, tarik nafas dan ‘block’ sahaja orang itu.
3) Rekodkan segala tulisan
Sekarang memang zaman screen shot. Jadi jika pembuli mengeluarkan kata-kata yang dasyat, apa kata simpan bukti tersebut. Manalah tahu satu hari nanti anda perlukannya untuk laporan polis.
4) ‘Block’ si pembuli
Ini yang paling brutal anda boleh lakukan jika yang mereka terus-terusan mengganggu. Paling aman dan tak sakit kepala – ‘block’ sahaja mereka.
5) Jadilah pelindung
Bagaimana? Sebarkan mesej keamanan, ‘say no to cyber buly’ dan sebagainya. Hantar mesej untuk membantu mangsa buli yang lebih teruk. Biar ramai yang tahu kita perlu bersatu untuk menentang golongan ini.
Mungkin nampak kecil, namun percayalah ada mangsa-mangsa yang tidak berani bersuara kerana orang lain memandang perkara ini remeh. Tetapi jika ramai yang menyuarakan hal sama, maka kita mempunyai kuasa veto untuk menyahkan golongan ini! - CARI
|