CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[Dunia] FBI & Polis US Berjaya Menyelesaikan Kes Pembunuhan Bersiri Terkenal 40thn L

[Copy link]
Post time 26-4-2018 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 26-4-2018 06:10 PM
USA ni serial killer mereka semua pandai2. Yang paling sadis serial killer yang suka bunuh prostit ...


Yang kes bunuh pelacur kat tepi pantai tue pun x selesai lagi kan .. sekarang serial killer tu dah senyap .. mcm tengok citer csi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 26-4-2018 02:03 AM
Secara ringkasnya, the Original Night Stalker/East Area Rapist nih menjadi salah satu contoh pembunu ...

OMG patutlah terer semacam!

Malaysia tak nak siasat balik unsolved cases macam kes Nurin Jazlin ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2018 07:41 PM | Show all posts
Edited by dani-rox at 26-4-2018 07:42 PM
chazey replied at 26-4-2018 07:33 PM
OMG patutlah terer semacam!

Malaysia tak nak siasat balik unsolved cases macam kes Nurin Jazlin ...

tu la... bayangkan kes 40thn akhirnya bole diselesaikan, mungkin ada sinar harapan utk unsolved cases di tanah air. adakah dlm hayat kita ni berpeluang utk mengetahui identiti org yg bertanggungjawab bunuh Nurin Jazlin? kalau kes2 lama di publish dan disiarkan semula, mana tahu kot2 ada saksi/org awam yg ada maklumat lembut hati utk membantu siasatan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 26-4-2018 07:41 PM
tu la... bayangkan kes 40thn akhirnya bole diselesaikan, mungkin ada sinar harapan utk unsolved ca ...

Fuh mmg hrp sgt kalau dpt selesaikan kes adik nurin tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 09:37 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 26-4-2018 01:54 PM
ni memang betul sepandai2 tupai melompat.

kat malaysia tak de lagi kedengaran cold cases yg melibatkan pembunuhan bersiri kejam bertahun2..
kalau ade pembunuhan bersiri pun, pelakunya orang mental..mcm kes bunuh seluruh isi keluarga di gemencheh, N9 dan pontian dahulu
yg berlaku dalam satu masa saja.

pelaku pun bukan jenis psychopath yg 'intelligent' dalam menyembunyikan diri daripada pihak berkuasa
kemudian dia melakukan balik jenayahnya..
selalunya berakhir dengan satu kejadian saja?

adakah kerana pihak berkuasa begitu cekap? atau mereka tak se'intelligent' mcm di negara2 luar spt US, Jerman, Jepun dan South Korea? atau media tak gembar-gemburkan kes kerana sensitiviti rkyt malaysia?

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes dlm Msia yg saya paling nak lihat selesai ialah kes nurin
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-4-2018 10:27 PM | Show all posts
Selepas 40 tahun, akhirnya pembunuh bersiri di California dicekup



Seorang bekas anggota polis ditangkap dan didakwa terhadap empat tuduhan pembunuhan yang berkaitan dengan kes pembunuh bersiri 'Golden State', kata pihak berkuasa California pada hari Rabu.

Ia merupakan siri jenayah membabitkan puluhan kes rogol, pembunuhan di beberapa kawasan di California pada tahun 1970-an dan 1980-an.

Suspek itu dikenal pasti oleh pihak berkuasa di satu sidang media di Sacramento sebagai Joseph James DeAngelo, 72, dalam satu kes yang menurut polis,  akhirnya dapat diselesaikan oleh bukti DNA dua bulan setelah ia dikisahkan dalam buku bestseller "I'll Be Gone in the Dark".

Sheriff County Sacramento Scott Jones berkata buku itu  membantu mendedahkan maklumat baru tetapi menambahkan, "tidak ada maklumat yang diambil dari buku itu yang secara langsung membawa kepada penangkapan tersebut."

Biro Penyiasatan Persekutuan sebelum ini mengatakan bahawa lelaki yang diburu dalam kes 40 tahun lalu itu berkaitan dengan 12 pembunuhan, 45 kes rogol dan lebih daripada 120 kes samun di sekitar Sacramento, kawasan Teluk di timur San Francisco dan dua daerah di California Selatan.

Suspek yang juga digelar oleh penyiasat sebagai "East Area Rapist" dan "Original Night Stalker, dianggap sebagai salah satu siri pembunuh yang paling prolifik di negara itu, kata FBI.

"Akhirnya, selepas bertahun-tahun, persoalan mengenai siapa yang melakukan jenayah dahsyat ini telah terjawab," kata Peguam Daerah Orange County Tony Rackauckas kepada wartawan.

DeAngelo tinggal di pinggir bandar Sacramento di Citrus Heights apabila ditangkap pada hari Selasa.

Dia telah di bawah pengawasan sejak beberapa hari lalu dan kelihatan "terkejut" apabila ditahan ketika dia keluar dari rumahnya, kata Jones.

Jones berkata DeAngelo adalah seorang anggota polis yang bertugas di dua jabatan polis California Utara semasa tahun 1970-an - Exeter dan Auburn.

Menurut Jones, DeAngelo telah dipecat dari pasukan di Auburn pada tahun 1979 selepas dituduh mencuri tukul dan satu tin ubat penghalau anjing di sebuah kedai.

Pihak berkuasa telah lama membuat spekulasi bahawa pembunuh mempunyai latar belakang ketenteraan atau badan penguatkuasaan undang-undang kerana kecekapannya menggunakan senjata api dan keupayaannya mengelak daripada ditangkap untuk begitu lama.

Jones mengakui beberapa jenayah terdahulu telah dilakukan semasa DeAngelo masih anggota polis dan sedang menyiasatnya.

Usaha untuk menangkap pembunuh itu dilakukan semula pada bulan Jun 2016, apabila FBI menawarkan ganjaran $50,000 untuk menangkap suspek, yang merayap masuk ke rumah pasangan pada waktu malam, mengikat mereka dan merogol wanita itu sebelum membunuh kedua-dua mangsa.

Antara tahun 1976 dan 1978, dia melakukan siri  rogol dan pembunuhan di kawasan Sacramento, dan kemudian memusatkan serangannya di Teluk Timur sebelum beralih ke Ventura dan daerah Orange di selatan,demikian menurut FBI.

Dia telah didakwa di Sacramento County minggu ini dengan dua tuduhan membunuh Brian Maggiore dan isterinya, Katie, pada Februari 1978 ketika bersiar bersama anjing mereka di mana mereka diburu dan dibunuh dalam apa yang menjadikannya kes pembunuhan pertama yang dikaitkan dengan siri awal kes rogol di Bay Timur.

Dua lagi tuduhan membunuh telah difailkan di Ventura County.

Kes siri jenayah itu diterokai secara intensif dalam buku “I’ll Be Gone in the Dark", yang diterbitkan pada bulan Februari.

Pengarangnya Michelle McNamara meninggal dunia pada tahun 2016, dan buku itu, yang menduduki senarai bestseller New York Times, disiapkan oleh seorang penulis yang diupah oleh suaminya, pelakon-pelawak Patton Oswalt.

Oswalt, terkenal di kalangan penonton televisyen sitkom popular CBS "King of Queens.
https://www.malaysiakini.com/news/421625


masa jd polis, dia curik tukul dan ubat penghalau anjing... nampak nau tools utk dia mengganas.

wpun ada pasangan mangsa di rumah, EARONS nih tak peduli dan tak takut pun. dia akan ikat suami/bf yg meniarap di sebelah mangsa di atas katil, kemudian dia letak cawan dan piring di belakang suami/bf. dia akan ugut; "kalau ko bergerak2 sampai cawan dan piring ni terjatuh, aku bunuh ko dan bini ko." pastu EARONS akan rogol dan pukul mangsa di sebelah suami/bf mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kisah ini didokumentarikan, kita nak tonton. Syabas FBI. Mesti ramai mangsa yang lega akhirnya dapat tahu juga identiti penjenayah. Kalau tak, tiap-tiap tahun mereka hidup dengan rasa paranoia dan ketakutan melampau dengan orang asing.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru i tahu bay area di panggil kawasan teluk bahasa melayu nya

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Penulis buku I'll Be Gone in the Dark tersebut wajar mendapat pujian. Disebabkan inisiatif beliau, akhirnya tertangkap penjenayah ini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
I tunggu zodiac killer ..... sebab putus cinta hingga gila membunuh ..... bangsat begini boleh pula asal di bay area..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2018 11:39 PM | Show all posts
awanearisu replied at 26-4-2018 10:52 PM
Kalau kisah ini didokumentarikan, kita nak tonton. Syabas FBI. Mesti ramai mangsa yang lega akhirnya ...

memang dlm ketakutan pun, dulu2 pembunuh tu rajin call mangsa2nya yg masih hidup. saja nak takut2kan dan ugut supaya jgn bg info kat polis. kejam gila.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2018 11:57 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 26-4-2018 11:12 PM
I tunggu zodiac killer ..... sebab putus cinta hingga gila membunuh ..... bangsat begini boleh pula  ...

u dok kat kawasan teluk ka sis?

hari tu ai baca, bekas polis dan pakar jenayah yakin identiti sebenar Zodiac Killer adalah Ross Sullivan. pernah disenaraikan sbg suspect ketika awal siasatan zodiac, rupa dia hampir sama dgn police sketch, suka pakai military boots dan berminat dgn bidang cryptography. dia meninggal lewat thn 70an. tapi mungkin jua org lain, sbb bukti2 tak cukup kukuh utk tuduh Ross secara rasmi.




Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 26-4-2018 11:57 PM
u dok kat kawasan teluk ka sis?

hari tu ai baca, bekas polis dan pakar jenayah yakin identit ...

Sebijik dah ni bukan hampir sama
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
mialunar replied at 26-4-2018 06:42 PM
Yang kes bunuh pelacur kat tepi pantai tue pun x selesai lagi kan .. sekarang serial killer tu d ...

Yang kes Gilgo beach tu ada banyak serial killer dari kalangan truck drivers dan belum solve.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 02:41 AM | Show all posts
..ini kerana pulis Amureka agak bebas, so dapat fokus 100% tangani jenayah... yang kesian adalah polis kita, dok dikerah Umngok untuk tangkap pumbangkang saja, hinggakan penanganan  jenayah tidak dapat dibuat secara optima, sebab tu orang2 luar senang2 aje datang sini bunoh orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu iols sll tgk criminal minds. Byk reference kat zodiac n ted bundy. Apa pun pacific northwest ni mmg breeding ground serial killer kut. Area tu sll hujan n lembab je sepanjang tahun. Depressing kut. Terus mental orgnya. Iols pun harap sgt polis msia boleh solve kes2 unsolved like nurin tu. Kita kena ada dna bank. Every offender yg penah kena tangkap kita ambik dna nya to keep walaupun minor offense. Mana tau pembunuh tu ditangkap mencuri tapi lead to bigger crime yg dia pernah lepas. Ini kita report keta kena pecah pun polis don't bother ambik finger prints. Wonder apa SOP polis msia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 07:55 AM | Show all posts
dauswq replied at 26-4-2018 09:37 PM
kat malaysia tak de lagi kedengaran cold cases yg melibatkan pembunuhan bersiri kejam bertahun2..
...

Malaysia ni mana nak lari??? sekangkang kera je, selalu suspect akan dapat diberkas within 72 jam, cuma kes nurin jazlin agak susah sebab kurang bukti, dan mungkin kes nurin jazlin boleh pergi macam kes ni. Di US org yg buat jenayah ni bukan org2 bodoh, aku ada tgk satu cerita tajuk dia vanish, sampai berpuluh tahun dia cari penculik bini dia, last2 dia jumpa, pembunuhnya seorg professor kat perancis, last2 dia kena bunuh dek professor tu dan negara US ni besar, lagi pun kes ni berlaku circa 70's, 80's yg mana teknologi komunikasi tak secanggih zaman sekarang

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih teringat lg rkmn cctv kes nurin..penjenayah tu baik moto letak beg tu kat dpn..pastu rilek2 je call masa stop kat dpn kedai tu..didoakan kes nurin akan terungkai satu hari nnt...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 27-4-2018 08:51 AM
Masih teringat lg rkmn cctv kes nurin..penjenayah tu baik moto letak beg tu kat dpn..pastu rilek2 je ...

Tu pasal kita perlu dna bank. Now dna pembunuh tu dah ada kan. Nak match kan tu kena ada a big database. Kalau setiap offender big or small kena fingerprinted n dna recorded lambat laun pembunuh tu mungkin akan tertangkap bila buat silap. Mungkin la dia kena tangkap dadah ke n bila masuk dna database matched dgn kes2 bunuh lain. Negara kita terlalu lax dgn criminals that's why diorang x serik2. Sebab selagi x ditangkap in the act diorang boleh lepas. Dah la sempadan terlalu bolos. Sng gila keluar masuk. Klia airport plg rilek security iols pernah lalu. Kat thailand tu berlapis2 checkpoint nye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.430029 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list