View: 1351|Reply: 15
|
[Tempatan]
SKMM hantar pesanan spam? SKMM boleh didakwa?
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 26-4-2018 08:39 AM
SKMM hantar pesanan spam kepada orang ramai?
| April 25, 2018
Ramai pelanggan telefon bimbit kehairanan selepas menerima teks mesej daripada penghantar yang disenaraikan sebagai 'SKMM'.
Tangkap layar pesanan daripada ‘SKMM’ yang tular di Twitter. (Gambar Twitter)
PETALING JAYA: Ramai pelanggan telefon bimbit tertanya-tanya jika Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ada menghantar spam kepada orang ramai dengan teks pesanan rawak.
Persoalan itu berlegar selepas ramai menerima pesanan di telefon daripada penghantar yang disenaraikan sebagai “SKMM”.
Lebih membingungkan tiada nombor penghantar dipaparkan, hanya nama “MCMC” tertera dalam peti masuk telefon penerima.
Teks pesanan berbunyi: “Meraikan 20 tahun Akta Komunikasi & Multimedia 1998. Rakyat terus mengecapi nikmat kemajuan teknologi. Jadilah rakyat digital yang HEBAT!”
Teks pesanan itu dikongsi di media sosial di mana ramai pengguna bertanya apakah ia benar-benar dihantar oleh badan yang ditugaskan untuk mengawal selia industri komunikasi dan multimedia.
Aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir antara pengguna yang berkongsi tangkap layar yang diterima daripada “SKMM”.
“Sesiapa lagi mendapat pesanan ini? Mereka lupa siapa yang menubuhkan SKMM? kan? Tsk, tsk! #GE14),” tulisnya di Twitter.
Peguam Eric Paulsen yang turut menerima mesej spam itu berkata: “Jika ini daripada SKMM, saya rasa ada kes untuk kesalahan bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.”
Seorang lagi peguam, Syahredzan Johan, yang menerima mesej itu 2 kali berkata: “Ya, SKMM menghantar pesanan kepada saya 2 kali. Mungkin untuk pastikan saya dapat pesanan mereka.”
Seorang pengguna Twitter lain, Kyen bertanya: “Hai @SKMM_MCMC, adakah pesanan ini daripada anda?”
SKMM belum menjawab pertanyaan FMT mengenai pesanan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya dpt semalam...2 kali |
|
|
|
|
|
|
|
tangkap layar...jenuh aku digest...screen shot ropenyer.. |
|
|
|
|
|
|
|
hal kecil mcm ni pun nk diperbesarkan. mcm budak2. |
|
|
|
|
|
|
|
La ye ker... klu ko tak cakap aku sampai sekarang tak tau...
|
|
|
|
|
|
|
|
maybe sbb kes ceroboh privasi org kot..no phone kan private..
mean dia ada access la ke nombor tel rakyat msia..
sbb tu kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
iollss pon dapat kat no maxis iollss yg x berapa active tu... kat no yg mmg iollss guna x dpt pulak... iollss ignore je... |
|
|
|
|
|
|
|
Iols pung dpt
Tapi.iols.kesah ape
Bukan.iols sokong isis atau menghasut apa pung khen..
Lain.la.kalau iols pegi ke darkweb cari hitman ke..takut lah.iols bila.dpt mesej ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mzz dapat semalam. Ingatkan skmm nak bagi hadiah huawei p20 ke apa. Choii ja. |
|
|
|
|
|
|
|
Igt kan spam ape la.... lucah ke ape ke mcm dlm emel tu...
Tapi, salah ke skmm hantar mesej mcm tu? |
|
|
|
|
|
|
|
alah korg ni, yg mesej dr BNM pasal scammer pun sama gak la |
|
|
|
|
|
|
|
“Meraikan 20 tahun Akta Komunikasi & Multimedia 1998. Rakyat terus mengecapi nikmat kemajuan teknologi. Jadilah rakyat digital yang HEBAT!”
Dahulu Akta Komunikasi & Multimedia 1998 menetapkan tiada tapisan internet.
Sekarang apa sudah jadi? SKMM sudah ada kuasa untuk block website. |
|
|
|
|
|
|
|
sy pun dpt juga. tak tergugat apa2 pun.
lagi pun skmm.......bukannya iklan atau apa pun. nnti bank negara nk alert rakyat malaysia pasal scam yg terkini contohnya mcmn?
|
|
|
|
|
|
|
|
awaynepian replied at 26-4-2018 08:27 AM
tangkap layar...jenuh aku digest...screen shot ropenyer..
Bukan tembak layar ke? |
|
|
|
|
|
|
|
semalam dpt message Skmm suruh jadi rakyat yg hebat. Aku reply taknak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg ramai yg dpt kot msg tu sbb anak2 semuanya dpt dan x amik pot pun |
|
|
|
|
|
|
| |
|