CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1344|Reply: 12

[Tempatan] Dua perempuan, tujuh lelaki mengaku salah khalwat. Negeri mana? Semua sedia makl

[Copy link]
Post time 26-4-2018 08:15 AM | Show all posts |Read mode
Dua pelajar mengaku khalwat tujuh lelaki
24 April 2018

KUALA TERENGGANU - Dua pelajar perempuan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), di sini, antara sembilan individu dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Terengganu kerana berkhalwat.

Kedua-duanya yang berusia 21 dan 22 tahun bersama tujuh lagi rakan lelaki berusia antara 19 hingga 23 tahun itu bagaimanapun mengaku salah atas pertuduhan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ( Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Sebelum itu, mereka didakwa berkhalwat di dalam sebuah rumah di Kampung Padang Nenas, kira-kira jam 2.15 petang, 16 November 2017.

Susulan pengakuan salah itu, Hakim Syarie mengenakan dua hukuman berbeza yang mana denda RM2,500 kepada pelajar perempuan berusia 21 tahun manakala seorang lagi berusia 22 tahun bersama tujuh lelaki  yang lain dikenakan denda RM1,500.

Bagaimanapun, kesemuanya diarahkan dipenjara tiga minggu sekiranya gagal menjelaskan denda.

Berdasarkan fakta kes, semasa tiba di lokasi serbuan, didapati pintu utama rumah tertutup rapat serta berkunci dari dalam.

Pintu dibuka seorang lelaki selepas diketuk dan diberi salam beberapa kali sebelum pemeriksaan lanjut di dalam rumah menemukan dua lagi lelaki berada di ruang tamu satu, manakala di ruang tamu dua terdapat tiga lagi lelaki.

Pemeriksaan seterusnya di dalam bilik pertama menemukan seorang lelaki yang hanya memakai seluar track panjang bersama seorang perempuan (21 tahun) yang sedang berada di atas katil.

Pemeriksaan ke atas bilik kedua menemukan seorang perempuan (22 tahun) berseorangan.

Hasil soal siasat, kedua-dua pelajar perempuan itu memberi alasan datang ke rumah yang disewa rakan lelaki mereka untuk membuat tugasan sahaja.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie Nurul Hajja Mustafa.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 08:20 AM | Show all posts
hasil amanat hadi bawang ka suka sangat berzina ummah ganung ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 26-4-2018 08:20 AM
hasil amanat hadi bawang ka suka sangat berzina ummah ganung ni?

Diaorg berzina ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena buang kolej la kn
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Pprt la diorang get together jah kot...korang jah gila sex.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapak harap kau belajar nak oiii.....

Bkn buat anak......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2018 12:37 PM | Show all posts
entah-entah housemate sendiri yang report
buat tugasan atas katil lagi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
of course negeri lain pun ada, tp penguatkuasa jab agama islam terengganu proaktif tak mcm negeri lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 12:43 PM | Show all posts
apesal yg jantan kena denda rm1500 ja?
yg perempuan 21 thun kena rm2500??
yg lelaki bersama perempuan 21thun apesal xkena rm2500 jugak?
apesal murah sgt denda ni??
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
bila negeri tertentu dilabel teruk sebegini..akhirnya penguatkuasa akan dilarang buat kerja mereka utk mengelak publisiti tak popular camni. gitu jugak dgn tangkapan jenayah, dadah, rasuah dll

sbb persepsi masyarakat / public judgement melihat satu aspek sahaja. ko byk tangkap meaning ko byk kes.

akhirnya? kurangkan tangkap, rakyat akan kata kurang jenayah.

adakah masalah sebenar dpt diselesaikan dgn mengurangkan tangkapan? tidak, malah akan lebih menjadi-jadi.

public perception sgt bahaya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki zaman ini tidak reti menjaga teruna masing-masing.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 01:09 PM | Show all posts
Edited by tanakkampung1x at 26-4-2018 01:14 PM

Sebelum itu, mereka didakwa berkhalwat di dalam sebuah rumah di Kampung Padang Nenas, kira-kira jam 2.15 petang, 16 November 2017.

Takkanlah siang2 pun lepas tu ramai2

Overlah penguatkuasa ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 02:51 PM | Show all posts
C1k_J4h replied at 26-4-2018 12:43 PM
apesal yg jantan kena denda rm1500 ja?
yg perempuan 21 thun kena rm2500??
yg lelaki bersama peremp ...

baru nak tanya apsal sorang tu je kena rm2500...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.422356 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list