Selain Paloh, Gua Musang yang disandang veteran Umno Tengku Razaleigh selama lebih 4 dekad turut memuatkan kerusi negeri Galas dan Nenggiri.
Seorang pemimpin Umno di Gua Musang yang enggan namanya didedahkan berkata punca utama krisis dalaman di kawasan itu ialah kesilapan percaturan oleh Tengku Razaleigh, yang juga ketua Umno bahagian di situ.
“Ramai lagi di peringkat bawah penyokong BN tak puas hati dengan Tengku Li. Presiden parti (Datuk Seri Najib Razak) sendiri tidak berani masuk campur pemilihan calon di sini, Pengerusi Umno Kelantan (Datuk Seri Mustapa Mohamed) tidak berani campur, sebab kuasa mutlak kepada Tengku Li.
“Sepatutnya Tengku Li memainkan peranan jelas dalam hal ini,” katanya kepada FMT.
Menurutnya, beberapa hari sebelum pengumuman calon Paloh, Norzula dimaklumkan oleh Tengku Razaleigh akan kekal bertanding di Paloh.
“Tetapi 2 hari sebelum pengumuman calon, Timbalan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berjumpa Norzula dan beritahu beliau tidak dicalonkan.