CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 564|Reply: 2

[Tempatan] Wanita gagal dapat perintah dirinya beragama Buddha

[Copy link]
Post time 26-4-2018 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita berusia 36 tahun yang mempunyai nama Islam hari ini gagal mendapatkan perisytiharan daripada Mahkamah Rayuan bahawa dirinya beragama Buddha.

Panel tiga anggota yang diketuai oleh Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid sebulat suara menolak rayuan Rosliza Ibrahim yang mahukan perintah itu atas alasan dirinya dilahirkan secara luar nikah oleh ibu berbangsa Cina dan bapanya seorang mualaf Cina.

"Kami mencapai keputusan sebulat suara. Tidak ada kekhilafan dan kami mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi," kata Umi Kalthum. Hakim lain yang bersidang sama adalah adalah Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Suraya Othman.

Rosliza dalam saman pemulanya mendakwa dirinya dilahirkan pada tahun 1981 dan dibesarkan oleh ibunya sebagai seorang penganut agama Buddha.

Menurut peguamnya, Aston Paiva, selepas diberikan identiti yang menyatakan agamanya sebagai Islam, beliau memfailkan semakan kehakiman pada tahun 2009 terhadap Jabatan Pendaftaran Negara tetapi permohonannya itu gagal.
Berikutan itu, beliau memfailkan saman pemula yang menamakan Jabatan Agama Islam Selangor, Majlis Agama Islam Selangor dan kerajaan negeri pada tahun 2015.

Dalam saman itu, beliau memperoleh afidavit dari 10 negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak dan Terengganu untuk mengesahkan bahawa ibunya tidak pernah memeluk Islam atau berkahwin cara Islam.

Namun permohonan Rosliza ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam tahun lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Why like that?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 11:17 AM | Show all posts
la klu bkn islam nape name melayu..nape x nme cine je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.832946 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list