CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8119|Reply: 67

Gara-gara makan hati... berat Dato Vida turun 5kg

  [Copy link]
Post time 26-4-2018 11:35 AM | Show all posts |Read mode
gara-gara mengalami masalah dalam perniagaan, berat dato vida turun 5 kg sebab makan hati.... siannnnnn... tapi tetap nak keluar single baru


Makan Hati… Berat Badan Datuk Seri Vida Turun 5 Kilogram
Selebriti terkenal, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Dr. Vida menyatakan badannya kini sedikit kurus setelah beratnya turun sebanyak lima kilogram akibat makan hati.

Menurut Dr. Vida, dia makan hati kerana diserang daripada pelbagai pihak dalam menjalankan perniagaannya sehingga membuat jiwanya sedikit kacau.

“Inilah harga sebuah populariti apabila apa yang kita buat semuanya dipandang negatif. Cuma saya tidak mahu ulas lanjut tentang apa yang berlaku, tetapi ia berkaitan dengan perniagaan.

“Biasanya, kalau ada masalah yang berlaku saya cuma simpan dalam hati. Bagaimanapun, kini saya dah tak boleh tahan dan itu yang menyebablan berat badan saya turun lima kilogram dalam tempoh 10 hari,” ujarnya.

Menurut pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd. itu, biarpun selalu mengalirkan air mata sekarang ini, namun dia berterima kasih kepada mereka yang terus memberikan sokongan kepadanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang projek terbaharunya, Dr. Vida memberitahu dia bakal muncul dengan sebuah lagi single baharu tidak lama lagi.

Menurutnya, dia sudah memulakan sesi rakaman single hasil ciptaan Cat Farish itu, namun tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenainya kerana ingin membuat kejutan.

“Selepas ini saya tidak akan keluarkan banyak lagi duit seperti sebelum ini. Memang saya agak menyesal kerana bukan senang nak cari duit.

“Yang penting saya tidak mahu lagi boros untuk berbelanja dan semua yang berlaku itu akan saya ambil sebagai pengajaran buat diri saya,” jelasnya. – KopiPlanet.com


sumber: www.kopiplanet.com


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay...............
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 12:13 PM | Show all posts
untung la dapat makan hati..
ko tengok orang sebelah..
hari-hari makan tulang..
buat sup..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Pening kepala macaman nak settle tax juta2 kot
cara ckp tu mcm tak berduit sgt dah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 12:23 PM | Show all posts
Cukai 4.6j dah bayar Dato Seri??


https://www.bharian.com.my/berit ... ai-pendapatan-rm46j

Vida diarah selesai cukai pendapatan RM4.6j
Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@nstp.com.my
Share

Tweet

Share
IPOH: Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Seri Vida diarahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini menyelesaikan bayaran cukai pendapatan individu bagi tempoh lima tahun yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah lebih RM4.6 juta sebelum 21 Mei depan.

Arahan penyelesaian di luar mahkamah itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Anselm Charles Fernandis hari ini selepas tuntutan itu difailkan peguam LHDN, Nor Hidayah Mohd Anas di dalam kamar hakim.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 12:28 PM | Show all posts
okeyla tu..xyh mkn suplement nkkurus..
dh bole trun 5kg..mkn ati je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2018 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
lepas ni bolehlah tok vida keluarkan slimming product brand "makan hati"
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok vida kena say thanks kat LHDN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 12:56 PM | Show all posts
Hilang 5kg part mana tu? Jari? Ker telinga?







Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala2 sesekali mkn hati ok la...dh berapa lama duk mkn juta2....bg la can LHDN pulak tambah berat bdn..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
mieymiey replied at 26-4-2018 12:56 PM
Hilang 5kg part mana tu? Jari? Ker telinga?

Tang bibir kut
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 01:12 PM | Show all posts

Adakah ini bermakna bibir DV semakin menipis?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan aritu ada org cakap dia ni buat bariatrik surgery ka? Sbb tu start mengurus gak kot...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kucing_gebu replied at 26-4-2018 01:09 PM
Tang bibir kut

Choi... kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 01:20 PM | Show all posts
gambo mana gambo?
nak gak bukti
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 01:23 PM | Show all posts

bahahahaha..hanat tol ayat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 01:24 PM | Show all posts
takde gambo leh la sembang pamoga...buktikan dulu tang mana part kurus itu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap lagik kuar jus kurus.. 5 kg ko sorang je perasan. Kalo 10kg baru orang nampak
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mana gambar dsv kurus turun 5kg
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 01:55 PM | Show all posts
elok la kurus, bertambah cantik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.205255 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list