CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 851|Reply: 17

[Tempatan] Fitnah pembangkang setebal kamus Dewan VS fitnah BN setebal Encyclopedia Britann

[Copy link]
Post time 26-4-2018 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Berita
Fitnah BN pula setebal Encyclopedia Britannica, kata Kit Siang
Diterbitkan 25 Apr 2018, 6:43 petang
   

PRU14 l Jika dakwaan Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Najib Razak kononnya fitnah pembangkang boleh jadi setebal Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata fitnah daripada Umno dan BN pula adalah setebal keseluruhan 32 jilid Encyclopedia Britannica.

Najib, dalam catatan di blog berkata jika beliau menyenaraikan setiap satu lemparan fitnah yang dibuat pembangkang, ia boleh menjadi setebal Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Semakan dalam talian oleh Malaysiakini mendapati bahawa edisi keempat Kamus Dewan mempunyai 1,817 muka surat manakala edisi ke-15 dari 32 jilid Encyclopedia Britannica mempunyai 32,640 halaman.

Sementara itu, Lim meluahkan simpatinya kepada Najib, yang mendakwa beliau dan keluarganya sering menjadi mangsa fitnah pembangkang.

"Tetapi bagaimana dia begitu yakin pemimpin pembangkang yang bertanggungjawab? Saya sendiri pernah menjadi mangsa fitnah tetapi bolehkah saya dakwa dia (Najib) secara peribadi bertanggungjawab? " soalnya.

Veteran DAP itu seterusnya mencabar Najib untuk mengadakan satu pertemuan dengannya bagi membincangkan mengenai fitnah yang dilemparkan kepada kedua-dua pihak.

"Perjumpaan di mana setiap kita boleh membawa lima hingga 10 kes pembohongan, berita palsu dan maklumat palsu dalam tempoh lima tahun lalu dan yang mana pihak satu lagi harus dipertanggungjawabkan.

"Jika hati nurani Najib bersih dan dia bersedia untuk pertemuan terbuka itu, biarlah dia berkata demikian, dan kita boleh bergerak ke peringkat seterusnya dengan melantik wakil-wakil yang akan memuktamadkan butiran mengenai tempat, tarikh dan masa serta syarat-syarat seperti - siaran langsung, penyertaan orang ramai dan sebagainya," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2018 02:50 PM | Show all posts

Gambar hiasan
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 02:54 PM | Show all posts
amboi..men kire sape lg tebal..
so the winner is ....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 02:59 PM | Show all posts
bosannye la hai
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 03:37 PM | Show all posts
dah macam lawan, anu saper lg panjang
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 03:39 PM | Show all posts
palmolive replied at 26-4-2018 03:37 PM
dah macam lawan, anu saper lg panjang

peha sapa lagi melimpah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2018 03:40 PM | Show all posts

kalo ikut konteks semasa, gitulah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 03:40 PM | Show all posts

ni strategi divert attention. nak pecah undi melayu gaduh dengan pembangkang bersihkan pas jadi undi akan pecah kepada suci embun pas. akak dengar nak lembutkan daging lembu dengan ayat suci alquran dah gelak dah.

layankan je drama2 akhir pru ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
setebal kamus dewan je? tebal lagi lemak di badan suaminya itteewwwww
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha lawak pulok unker nih.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 08:46 PM | Show all posts
Surat kabar sapa yang paling banyak kena  saman ?
Saluran tv mana yang paling banyak kena kutuk?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
2x5x2x5x2x5....……............................
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini kepala bapak kau...itu kepala bapak aku...kalau berani pijak lah...pijak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 03:11 AM | Show all posts
- apa pumbangkang cakap - fitenah

- - apa yg UMNGOK  cakap - fatonah
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 09:00 AM | Show all posts
itu maknanya tak ada  seorg pun dr mana2 parti yg  layak jd pemimpin krn semua kaki fitnah. Sikit ke byk ke fitnah, pokoknya x ada rasa bersalah/berdosa.

Kpd pengikut parti yg ada, jgnlah terjebak kesukaan dpt tumpang sekaki memfitnah. X larat kena balun di akhirat nnti. Ada otak Allah bg, sila fikir dan tapis berita yg kalian dgr/baca
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 10:02 AM | Show all posts
Sementara itu, Lim meluahkan simpatinya kepada Najib, yang mendakwa beliau dan keluarganya sering menjadi mangsa fitnah pembangkang.

"Tetapi bagaimana dia begitu yakin pemimpin pembangkang yang bertanggungjawab? Saya sendiri pernah menjadi mangsa fitnah tetapi bolehkah saya dakwa dia (Najib) secara peribadi bertanggungjawab? " soalnya.



pada aku fitnah2 ni masing2 bertanggungjawab, memang bukan ko yg buat, habis cybertrooper yg ko bayar tu bukan dari ko????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 10:28 AM | Show all posts
He he he.. Masih ada lagi macai2 mempertahankan parti masing2, sila semak kembali ceramah di youtube pada PRU yg lepas2. Bandingkan. Yg benci disucikan, yg suci dijelekkan..............
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
video fitnah pembangkang jauh lebeh byk dr video bn. usah nak nafi.itu sbb ditakdirkan tak pernah jejak keputrajaya sbb Allah melaknat pemfitnah tegar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.461783 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list