CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2128|Reply: 32

[Tempatan] Lagi sebuah universiti baharu kalau BN menang

[Copy link]
Post time 26-4-2018 05:22 PM | Show all posts |Read mode
KANGAR 26 April - Mewujudkan sebuah universiti baharu dan kampus cawangan di negeri ini adalah sasaran yang terkandung dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) Perlis bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sekali gus merancakkan perkembangan ekonomi selain mencetus anjakan paradigma masyarakat terhadap budaya ilmu.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu, antara janji lain dalam manisfesto yang mempunyai lima teras utama itu adalah menjadikan Perlis sebagai sebuah negeri yang berprestasi tinggi dalam lapangan pendidikan.

Katanya, perkara itu adalah tambahan kepada aku janji dan dan komitmen BN di peringkat Pusat terhadap negeri Perlis meliputi aspek pembangunan ekonomi dan prasarana, peningkatan kualiti hidup, penjanaan peluang pekerjaan serta perniagaan selain fokus terhadap soal kebajikan dan pemerkasaan pendidikan.

“Kita sedia maklum begitu banyak manfaat yang diterima oleh rakyat melalui Manisfesto BN yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini,” katanya ketika berucap melancarkan Manisfesto BN negeri ini dan majlis pengumuman calon PRU-14 di Dewan 2020 di sini hari ini.

Tambahnya, teras pertama dalam manifesto tersebut adalah meliputi aspek pembangunan ekonomi dan prasarana dengan perancangan melaksanakan pembangunan Lembangan Sungai Perlis, mewujudkan kawasan perdagangan bebas di Padang Besar, Pelabuhan Kuala Perlis dan perlaksanaan Bandar Baharu Sanglang.

Katanya, teras kedua iaitu peningkatan kualiti hidup merangkumi pembinaan 1,000 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR), pembinaan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di setiap kawasan Parlimen dan mewujudkan litar lumba untuk kegunaan generasi muda.

“Teras ketiga pula adalah peluang pekerjaan dan perniagaan dengan menjadikan Perlis sebagai hab pelancongan, pembukaan kawasan ekonomi baharu, memperluaskan program bantuan gerai dan penjaja kecil selain membuka tapak-tapak perniagaan baru.

“Bagi teras keempat pula ialah keutamaan dalam soal kebajikan dengan memperluaskan program Jualan Sentuhan Rakyat secara berkala di lokasi strategik seluruh negeri ini, pembinaan dewan serbaguna, perluaskan skim bantuan ibu tunggal dan memperkemas mekanisme sedia ada berkaitan bantuan hal ehwal kebajikan.

“Teras kelima pula ialah pemerkasaan pendidikan dengan mensasarkan pembinaan sebuah universiti baharu dan sebuah kampus cawangan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap seluruh rakyat di negeri ini dapat memberi sokongan kepada BN agar perancangan dan hala tuju yang telah direncana dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana pi universiti di teluk intan seperti yg dijanjikan/dilongkangkan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Universiti kunun   
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 05:50 PM | Show all posts
pulauturtle replied at 26-4-2018 05:35 PM
Mana pi universiti di teluk intan seperti yg dijanjikan/dilongkangkan?

itu namenye janji dicapati..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dr tambah yg baru..elok korg tambahbaikkn yg lame dan x cut budget pendidikan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa janji BN buat Negri Sembilan???
Takat air lior je kah..
Konon negeri FD BN.

Kalau NS jatuh ke tangan Harapan..... aku akan cakap.....memang patut pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2018 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa guna universiti berlambak bila mana peluang kerja pun tak ada? Patut fokus macam mana nak wujudkan peluang kerja.
Setakat galakkan penganggur bawa grab, juai nasi lemak, tak payah wujudkanlah tertiary education ni..
Selesaikan dulu masalah pengangguran dan lambakan graduan sedia ada.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 08:28 PM | Show all posts
percaya la cakap cilaka2 ni, kt pendang jnji nk bina spital berkurun dh,  tak nampak kepala kotey hospital apa pon.. mai berkempen kt sin baru nii buat lagi janji nk bina spital, puihhh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 09:00 PM | Show all posts
namieamuro replied at 26-4-2018 06:16 PM
dr tambah yg baru..elok korg tambahbaikkn yg lame dan x cut budget pendidikan..

banyakkan kolej vokasional  yg ajar skills..memasak, menjahit, bengkel kereta dan sebagainya...

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 09:50 PM | Show all posts
wirazam replied at 26-4-2018 09:00 PM
banyakkan kolej vokasional  yg ajar skills..memasak, menjahit, bengkel kereta dan sebagainya...

...

kat kolej komuniti banyak kursus2 ni.. cuma mau ngan tak mau saja..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 09:53 PM | Show all posts
Hospital Pendang: Penantian dua dekad rakyat berbaloi
Oleh Nur Syazwana Mansor
cnews@nstp.com.my


Share


Tweet


Share






PENDANG: Biarpun terpaksa menunggu selama dua dekad, penduduk daerah menganggap penantian itu berbaloi apabila kerajaan memutuskan Hospital Pendang yang jauh lebih besar dan canggih berbanding perancangan asal.

Mereka berkata pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang Hospital Pendang bakal mempunyai 210 katil bertaraf hospital pakar minor itu adalah jauh lebih baik berbanding cadangan asal iaitu sebuah hospital dengan 36 katil sahaja sebelum ini.


Bagi penduduk pekan Pendang, Som Ramli, 57, pengumuman mengenai Hospital Pendang terbabit adalah perkara paling dinanti-nantikan warga daerah luar bandar itu sejak sekian lama.

Som berkata, setelah lebih 20 tahun menanti pembinaan hospital terbabit, kini dia yakin impian warga Pendang untuk mempunyai hospital di daerah itu bakal menjadi realiti.

"Sudah lama kami menanti dan syukurlah penantian dan kesabaran kami tidak sia-sia dan diberikan sebuah hospital yang lebih besar dan moden berbanding cadangan asal.

"Sekarang ini, penduduk Pendang perlu ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk mendapatkan rawatan, tapi selepas ini kami boleh jimat masa dalam 30 minit apabila siapnya Hospital Pendang nanti," katanya.

Penduduk dari Kampung Kubang Jelai Tokai, Chim Kheam, 59, berkata dia berasa gembira dengan pengumuman PM mengenai Hospital Pendang yang bakal direalisasikan tidak lama lagi.

Katanya, rakyat daerah Pendang sememangnya sudah lama menanti sebuah hospital untuk memudahkan urusan mereka mendapatkan rawatan kesihatan.

"Sekarang ini jika sakit kami hanya boleh pergi ke Klinik Kesihatan atau Klinik swasta yang berhampiran untuk dapatkan rawatan, tapi jika ada sakit yang lebih serius atau perlukan rawatan pakar, kami perlu ke HSB Alor Setar," katanya.

Ng Sim, 61, dari Kampung Cina, Sungai Tiang, berkata dia yang pernah menghidap penyakit tiroid kini perlu ke HSB tiga bulan sekali untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Apabila siapnya Hospital Pendang ini nanti, saya tidak perlu lagi berulang alik jauh ke Alor Setar untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit saya ini," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya ketika melancarkan projek Hospital Pendang hari ini, Najib mengumumkan kerja pembinaan akan bermula 7 Mei ini dan ia dijangka disiapkan dalam tempoh dua setengah tahun.

Hospital Pendang yang menelan belanja RM210 juta itu bakal dibina berdekatan Kampung Manggol Pauh di sini, dan dijangka siap pada November 2021.

Najib dalam ucapannya berkata, kesabaran warga Pendang dalam menanti projek pembinaan Hospital Pendang terbabit kini terbayar apabila kerajaan bukan sahaja akan menunaikan janji membina hospital malah hospital yang bakal dibina ini jauh lebih baik daripada perancangan awal kerana ia merupakan hospital pakar minor yang membabitkan 10 perkhidmatan kepakaran antaranya pembedahan,ortopedik, obstetrik dan ginekologi, pediatrik serta anestesiologi.







Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 09:54 PM | Show all posts
20 tahun woo cibai2 ni dok tipu orang kampong kata nak buat spital pendang, haram tak buat2 pon. tup2 nak election teruih kata projek jalan next month, lahanat punya dajjal laknatulloh penipu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 10:00 PM | Show all posts
Banyak yang  baca tajuk saja...

Ni manifesto khusus untuk Perlis la...

Perlis ni kecik ja tapi aku rasa banyak IPT especially kat kawasan arau/pauh... unimap,uitm,politeknik,matrik
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 10:23 PM | Show all posts
najib888 replied at 26-4-2018 06:36 PM
Apa guna universiti berlambak bila mana peluang kerja pun tak ada? Patut fokus macam mana nak wujudk ...

Ye betul tu, saya sokong najib!
Eh sama nama la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Uni kat perlis?  Kalo akak jd student pun akak x hengen nak pi stadi kt sana
Baik akak pi usm kat penang nun.. Penang lg happening
Sbg student bbnu, hiburan tu sgt pentingg
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MarryPottet at 26-4-2018 11:07 PM

university of umngok lah tu. antara bidang pengajian ialah degree in songlap, degree in putar belit, degree in fitnah, degree in sailang, master of arts in getting derma from tok arab, master of arts in sleeping while working
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat apa universiti byk2 kalau keluar pun tak dapat kerja?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 03:21 AM | Show all posts
..dah siap Uniobersiti baru tu nanti, sumbat banyak2 dengan prof. prof. kangkung pro Umngok .... lepas tu bising dapat renking corot doniya
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 08:25 AM | Show all posts
buatla pape pon
yg aku harapkan adakan balik F1 kat sepang
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 08:29 AM | Show all posts
manipisto saya nak buat airport setiap 50km
manypestol saya nak buat uknibersti setiap 20km

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.077269 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list